Eyfiy memparkirkan keretanya betul-betul di depan satu kawasan parkir tapak pembinaan sebelum menarik handbrakenya kasar.
Kepala Eyfiy terjenguk berapa kali memandang bangunan itu dari cermin keretanya.
Bapak besar gila.
Zafiy mengeleng saja sebelum membuka seat belt di tubuhnya kasar.
"Fuh! Macam best je." Eyfiy tersenyum lebar.
Pandangan pelik Zafiy di sebelahnya itu diabaikan saja. Dia peduli apa. Yang penting maintain cute.
Hahaha.
"Macam baru keluar daripada gua je kau ni." Zafiy pantas membuka pintu kereta sejurus menarik Wallet dari dalam kotnya kasar.
Not 50 sempat diletakkan di atas dashboard Eyfiy sebelum menutup pintu kereta itu semula.
"Awa-"
Tap!
Eyfiy kelam-kabut menanggalkan seat belt di tubuhnya sebelum turut melangkah keluar.
"Awak!"
Zafiy menghentikan langkahnya sebelum memutarkan tubuhnya semula.
Sebelah tangannya selamba di seluk ke dalam kocek seluar slacknya sebelum memandang tepat ke arah Eyfiy.
Eyfiy tersengih menampakkan giginya.
"Saya nak tengok bangunan ni boleh tak?"
Zafiy pantas mengerutkan keningnya.
"Kau tengok apa je dekat sini. Ni bukan Mall."
Sengihan Eyfiy serta-merta mati. Tali sling bagnya dicubit perlahan.
Kedekut tahi hidung masin!
"Kau ingat aku datang sini nak shopping ke?" Zafiy mengeleng saja. Buang tebiat agaknya gadis itu.
"Ada ke saya cakap awak datang sini nak shopping?" Eyfiy pantas menjulingkan matanya ke atas.
Zafiy menghela nafasnya perlahan.
"Ikut kau lah Senah. Apa-apa jadi pandai-pandailah kau selesaikan sendiri." Zafiy meneruskan langkahnya dengan kasar.
Eyfiy tersenyum lebar sebelum menjatuhkan kepalanya laju.
"Thank you!"
Santai lah! Ini Eyfiy kot. Semua benda tu dia dah biasa buat.
Eyfiy kelam-kabut menekan button lock keretanya sebelum menyaingi langkah Zafiy dengan laju.
Eyfiy tersenyum lebar mengatur langkahnya di sebelah Zafiy. Pandangannya dialihkan ke kiri dan kanan berapa kali memerhati bangunan di situ.
Zafiy di sebelah diam saja melangkah.
Berapa orang pekerja di situ pantas menunduk selepas perasan Zafiy sudah pun tiba di situ.
"Sir."
"Sir."
Eyfiy di sebelah selamba melambai pekerja di situ dengan senyuman manisnya.
"Hai."
"Hai, miss!"
Zafiy menjulingkan matanya ke atas.
Ada juga bangla tu terpikat kejap lagi karang.
Berapa orang pekerja di situ turut membalas lambaian Eyfiy dengan senyuman teruja.
Zafiy diam saja sebelum beralih memerhati bangunan di situ. Takde masa langsung dia nak tersenyum-senyum dekat situ.
Mahal kot senyuman dia.
"Awak saya nak ronda dekat sana kejap."
Tanpa menunggu balasan Zafiy Eyfiy pantas mengatur langkahnya ke bahagian taman bangunan itu yang hampir siap.
Zafiy memandang kosong saja langkah Eyfiy yang semakin menjauh. Tiada niat langsung ingin menghalang gadis itu.
"Itu Isteri sir ke?"
Zafiy menoleh dengan reaksi mendatarnya.
"Bil-"
"Nice to meet you Ceo of Rival's Empire ? "
Zafiy pantas memutarkan tubuhnya.
"Nice to see you Ceo of Ariez Holding." Zafiy pantas berjabat tangan dengan Adam dan Fikri.
Kedua lelaki itu merupakan saudara sepupu namun Adam merupakan Ceo kepada Company Ariez.
Dari jauh Eyfiy diam saja memerhati Zafiy yang sibuk bersalaman dengan berapa orang lelaki berkot formal itu.
Nampak macam serius dan penting.
Entahlah.
Bunyi deringan telefon dalam sling bag Eyfiy pantas menarik perhatian dia dari terus memerhati Zafiy.
Skrin telefonnya diseret laju.
"Walaikumusalam ya ma?" Eyfiy menutup sebelah telinganya. Bingit juga bunyi mesin di situ.
"Dik, mama nak bagitahu tak payah ambik mama tau. Lepas ni mama nak keluar dengan kawan mama. Hajah Syifa. Adik okey kan?"
Eyfiy mengaru pipinya perlahan sebelum menapak ke belakang berapa langkah.
Mantap betul Mama ni. Ni kalau tadi dia masih menunggu dekat Bastop itu mahu basi dia dekat situ.
"Hm yelah. Mama jaga diri tau."
"Ya kamu pun, kamu tu drive elok-elok. Assalamualaikum."
"Baik ma, walaikumsalam." Eyfiy segera menamatkan panggilannya.
"Haihh emak siapa lah ni." Eyfiy tersenyum kecil.
Baru saja Eyfiy ingin memusingkan tubuhnya tanpa sengaja kakinya tersadung pada bonggol simen di situ sebelum tubuhnya hilang keseimbangan.
"Mama!!"
Terasa tangan seseorang pantas menjalar di pinggangnya.
Mata Eyfiy terbuntang luas.
YOU ARE READING
[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩
Fanfiction[ Season 2. ] ZAFIY. Jejaka tiada perasaan. Hidupnya kosong. Tiada apa yang istimewa sepanjang hidupnya. Sejak kecil lagi dia sudah dididik untuk menjadi insan yang kuat apabila keluarga sendiri meninggalkan dia begitu saja tanpa khabar berita. Nam...