Meja bulat mewah dalam RvL Hotel itu masing-masing di duduki oleh Zafiy, Carlo, Pere, Zento, Luna dan Zin.
Pelbagai makanan khas Vvip di situ elok terhidang di atas meja diorang berenam.
Zafiy, Carlo, Zento dan Luna masing-masing sudah selesai makan.
Hanya Pere dan Zin saja yang masih makan.
"Zen, kita kena balik US esok. Remy call aku bagitahu Cafe kita ada masalah dekat sana. Urgent." Luna mengerling Zento sekilas sebelum membelek iphone di tangannya semula.
Remy secretary Luna.
"Takkan kita dua je balik?" Zento mencebik kecil.
Carlo, Pere dan Zafiy diam saja mendengar.
"Tak payah buat muka tahi lah Zen. Aku follow korang esok." Zin selamba mencampak napkin di atas meja itu selepas selesai mengelap bibirnya.
Sial punya perangai.
"Flight korang pukul berapa?" Carlo beralih memandang Luna.
"11 pagi." Luna mencicip macha nya perlahan. Carlo menjatuhkan kepalanya saja.
"Haa, korang yang nak balik tu take care. Untuk kau pulak Bro kau kena turun dekat site esok, petang sikit kau ada meeting dengan client daripada Indonesia." Pere tersenyum lebar sebelum mencicip airnya perlahan.
Zafiy menjatuhkan kepalanya saja. Hampir lupa juga dia yang esok dia ada meeting dengan pelabur hebat dalam syarikatnya itu. Agus Sontoryo.
Pelabur terbesar daripada Konoha.
"Pukul berapa meeting tu?" Zafiy menyoal tanpa nada.
Pere mengerling Zafiy laju.
"Pukul 2."
"Hm." Zafiy menjatuhkan kepalanya saja.
"Jom lah balik. Dah kenyang ni." Zin selamba menyandarkan tubuhnya di kerusi mewah itu.
Sumpah sendat.
"Hm."
Zafiy bangun daripada duduknya sejurus melangkah keluar bersama Pere.
Zento, Carlo, Luna dan Zin turut mengatur langkah masing-masing melangkah keluar daripada situ.
Berapa orang pekerja di situ pantas menunduk.
"Sir."
"Sir.."Luna tersenyum senget.
"Not bad."
Rasa macam queen pula dia dekat situ.
Puan Marya sibuk mengemaskan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan sejurus melangkah ke kereta Eyfiy dengan laju.
Haihh. Terlambat pula dia nak ke Spa harini.
"Dik, jangan lupa kunci pintu tu." Puan Marya kelam-kabut mengambil tempat duduknya di seat penumpang.
Eyfiy mengeleng saja sebelum menyarungkan sneaker putih di kakinya laju.
Pintu rumah itu segera dikunci sebelum Eyfiy mengemaskan sedikit tudung shawl cream di atas kepalanya.
Di tubuh Eyfiy elok tersarung jumpsuit jeans dan juga baju putih lengan panjang saja. Santai habis.
"Ma, adik tinggalkan mama dekat spa nanti boleh tak? Adik nak jumpa Sarah kejap." Eyfiy memboloskan tubuhnya kasar ke dalam perut kereta.
Puan Marya mengangguk saja.
"Yelah. Nanti dah siap mama call adik." Eyfiy menjatuhkan kepalanya laju.
"Okey."
Axia Eyfiy mula bergerak meninggalkan halaman rumah itu dengan perlahan.
Eyfiy memparkirkan keretanya betul-betul di hadapan Spa Halimaton.
Puan Marya segera membuka seat belt di tubuhnya sebelum membuka pintu kereta Eyfiy laju.
"Adik hati-hati drive tau. Nanti mama call." Puan Marya kelam-kabut melangkah masuk.
"Okey ma."
Eyfiy menggeleng saja sebelum mengundurkan kenderaannya semula.
Axia Eyfiy pantas meninggalkan kawasan parkir spa itu.
YOU ARE READING
[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩
Fanfiction[ Season 2. ] ZAFIY. Jejaka tiada perasaan. Hidupnya kosong. Tiada apa yang istimewa sepanjang hidupnya. Sejak kecil lagi dia sudah dididik untuk menjadi insan yang kuat apabila keluarga sendiri meninggalkan dia begitu saja tanpa khabar berita. Nam...