Pere tersengih lebar selepas berapa orang pelancong seksi dari Russia di dalam KLIA itu tersenyum meleret ke arah diorang bertiga.
Jarang-jarang betul perempuan senyum dekat dia.
Rezeki betul harini.
"Piwit!" Pere bersiul kecil sebelum mengenyit matanya berapa kali.
Zafiy dan Carlo diam saja memerhati. Kedua lelaki itu beriak mendatar saja mencicip kopi mereka perlahan.
Tangan masing-masing di seluk dalam kocek seluar.
Zafiy yang mengenakan kemeja putih dilipat hingga ke siku itu betul-betul menarik perhatian berapa orang gadis di situ.
"Mantap. Hahaha." Pere tergelak sejurus menguak rambutnya ke belakang berapa kali.
Pertama kali pula rasa diri dia hebat depan perempuan.
Carlo yang mengenakan suit labuh di sebelah Pere itu mengeleng saja. Sepupu siapalah perangai monyet betul ni.
Pere laju mengerling Carlo.
"Apa? Suka hati lah!"
"Diamlah." Carlo segera membuang pandangannya ke lain arah.
Banyak cengkadak pula.
Zafiy diam saja mengerling Pere. Ikutkan dia pun penat juga nak hadap perangai tahi tu sehari.
Berapa minit menunggu di situ figura Kash melangkah keluar dari balai pelepasan itu menjengah di pandangan diorang bertiga.
"Yo!"
Kash pantas berbalas brother hug dengan Zafiy sebelum berbalas dengan Pere dan juga Carlo.
"Yo."
"Yo!" Pere menepuk laju bahu Kash berapa kali diikuti Carlo.
"Ni jeke barang kau?" Zafiy mengerling beg galas di bahu Kash kejap.
Kash mengangguk saja.
"Haah. Wei bang! Jom makan dekat sini. Dah lama tak rasa kambing salai."
Zafiy menjongketkan keningnya saja sebelum memandang skrin telefon Kash.
Balik balik je terus cari kambing. Lain macam betul budak ni.
Video daging kambing sedang dimasak itu menjengah di pandangan diorang berempat.
"Hah jom! Bukan setakat kambing, Unta pun aku bawakan sekali untuk kau!"
"Sekali babi pun tak kesah." Pere selamba menarik bahu Kash melangkah di depan.
Carlo tersenyum senget mengerling Zafiy. Zafiy di sebelah itu mengeleng saja.
Tak pasal-pasal dia pula yang kena bawa luggage Kash.
Perbualan Kash dan juga Pere di depan itu sayup-sayup saja kedengaran.
"HAHAHAHAHAHAHA."
Zafiy diam saja mendengar suara Kash dan juga Pere tergelak kuat di depan itu.
"Dah bro. Jom." Carlo menepuk bahu Zafiy berapa kali sebelum meneruskan langkahnya berjalan keluar seiringan dengan Zafiy.
"Oh yah bro, Email kan dekat aku proposal kau dekat Jordan tu malam ni." Carlo sibuk menekan sesuatu di atas skrin telefonnya.
Zafiy menjatuhkan kepalanya saja.
"Hm. Malam ni aku hantar."
"Mantap." Carlo laju mengangkat thumbs-up nya.
Tiba di tempat parkir Zafiy dan Kash pantas memboloskan tubuh di dalam perut Audi R18.
Carlo dan Pere turut memboloskan tubuh masing-masing ke dalam perut BMW x6.
Setelah itu lapan biji tayar kereta mewah itu pantas menderu laju keluar daripada dataran KLIA itu.
~
Tangan Iftie laju saja menyusun gelas di atas dulang itu sebelum dibawa ke meja depan dengan penuh berhati-hati.
Di tubuh Iftie elok tersarung kot berwarna hitam. Harini dia ada meeting dengan klien mamanya pukul 10 pagi.
Semenjak puan Marya berusia Iftie lah yang mengambil alih perniagaan butik keluarga mereka itu.
Baru saja Iftie ingin meletakkan dulang di atas meja itu figura Eyfiy melangkah turun dari tingkat atas itu menjengah di pandangan dia dan juga Puan Marya.
Reaksi Eyfiy monyok saja mengambil tempat duduknya.
"Adik. Tak elok lah buat muka macam tu." Puan Marya pantas mengacu garfunya pada Eyfiy.
Eyfiy memandang Puan Marya kejap sebelum menjeling Iftie tajam.
"Adik ni pun.. Dah lawa-lawa macam tu. Cuba lah senyum sikit." Puan Marya mengeleng perlahan.
Tak faham betul dia dengan anak gadisnya itu.
Eyfiy tersengih menampakkan giginya berapa saat saja sebelum beriak serius semula.
Tangan Eyfiy laju menyenduk mee goreng ke dalam pinggannya.
Di tubuh Eyfiy turut tersarung kot berwarna hitam kemas. Kedua gadis itu betul-betul kelihatan seperti gadis berkarisma.
Makcik bawang kalau tengok pun segan.
"Tak payah buat muka macam tulah dik. Hodoh kau tahu." Iftie menyembunyikan senyumnya.
Eyfiy segera menjulingkan matanya ke atas. Hodoh-hodoh ni pun adik kau juga.
"Akak? Kalau taknak pergi boleh tak? Fiy sakit kaki lah." Eyfiy mula menyua mee goreng ke dalam mulutnya dengan lemah.
Iftie pantas mengetap bibirnya geram sebelum menayangkan garfu ke arah Eyfiy.
"Kau tak pergi. Siap!"
"Fine!" Eyfiy meneruskan suapannya dengan pasrah.
.
YOU ARE READING
[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩
Fanfiction[ Season 2. ] ZAFIY. Jejaka tiada perasaan. Hidupnya kosong. Tiada apa yang istimewa sepanjang hidupnya. Sejak kecil lagi dia sudah dididik untuk menjadi insan yang kuat apabila keluarga sendiri meninggalkan dia begitu saja tanpa khabar berita. Nam...