𝔅𝔞𝔟. 31

35 2 0
                                    

                       Pere berlalu meletak kunci kereta dalam tangannya kasar di atas meja sebelum turut melabuhkan punggungnya di atas sofa depan Zafiy.

Pere mengeleng saja memandang Zafiy sibuk mengurut pelipisnya.

Masuk saja tadi Zafiy terus saja merehatkan kepalanya di kepala sofa.

Sekali pandang lelaki itu seolah dia pula yang menguruskan hal negara. Serabut babi.

Tanpa suara Pere selamba meneruskan langkahnya masuk ke dalam dapur.

Cari makan lagi bagus.

Zafiy diam saja sambung mengurut pelipisnya sebelum mula memejamkan matanya perlahan.

"Awak jangan berani sentuh apa-apa dalam kereta saya ni. Saya dah lama tak masak Sate manusia."

"Awak ni! Kalau iya pun tunggu lah saya! Jalan macam Gajah!"

"Saja nak bagitau saya ada nama."

"Tunggul Kayu?"

"Awak dah makan ke?"

"Oii ghisau! Jomlah saya belanja awak makan. Risau tiga malam jumaat lagi tu."

"Saya Takkan Pergi Kalau Awak Tak Bagi Nombor Telefon Awak."

"Enjoy your days."

Zafiy pantas menegakkan tubuhnya semula sebelum meraup mukanya kasar. Reaksi kosong Eyfiy petang tadi bermain difikirannya semula.

Gadis itu nampak pucat saja.

Zafiy membuka whatsappnya sebelum memandang lama chatnya dengan Eyfiy dua minggu lalu.

Zafiy beralih memandang profile Eyfiy sebelum perasan gambar sunset yang digunakan oleh gadis itu sebelum ini sudah pun hilang.

Zafiy terdiam sebelum mematikan skrin telefonnya semula.

Lama jari-jemarinya memutarkan telefon dalam tangannya berapa kali sebelum selamba dicampakkan semula di atas sofa.

Pere yang sibuk melantak sesuatu di dalam dapur itu dipandang kosong saja.

Malas menunggu di situ lagi Zafiy pantas meneruskan langkahnya semula ke tingkat atas dengan kasar.





Sarah berdehem kecil sebelum mengerling Eyfiy yang diam saja membuang pandangannya ke luar tingkap.

Keluar saja dari dalam Mall itu tadi Eyfiy sudah mula berdiam diri kembali.

Sarah menghela nafasnya perlahan.

Suara Dj radio saja yang kedengaran di dalam kereta itu.

"Beb?"

Eyfiy menoleh laju.

"Hm?"

"Sorry lah kalau soalan aku ni buat kau sakit hati."

Eyfiy tersenyum segaris saja sebelum mengerutkan keningnya.

Sarah mengigit bibirnya perlahan.

"Itu ke crush kau Mat Salleh haritu?" Sarah mengerling Eyfiy kejap.

Eyfiy diam saja sebelum membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

Sarah mengaru belakang kepalanya laju.

Salah ke soalan dia?

"Hm." Lambat-lambat Eyfiy menjatuhkan kepalanya saja.

Sarah mengangguk laju. No wonder lah.

"But, aku dah uncrush dah." Eyfiy tersenyum tawar sebelum mengosok telapak tangannya perlahan.

Sarah diam saja mendengar.

"Dia tu ada rupa. Ada kerjaya. Ada segalanya."

"Aku tak sama level dengan dia."

"Mungkin dia tengah cari someone yang sekufu dengan dia."

"Dan yang pasti, orang tu Bukan Aku."

Eyfiy tersenyum senget.

"Umpama bangau yang bermimpi untuk berganding bersama helang namun di bataskan oleh takdir."

Sarah terdiam.

Air mata yang mula mengalir dikelopak matanya pantas diseka sebelum mengerling Eyfiy yang kembali diam memandang ke luar tingkap itu semula.

I know you strong babe.

























Zafiy mengerutkan keningnya memandang belakang tubuh gadis yang berdiri sedikit jauh daripada dia itu sibuk bermain bersama budak lelaki berusia 3 tahun.

"Mommy!"

"Let's play Game ni sama-sama?"

Zafiy diam saja memandang gadis itu menjatuhkan kepalanya langsung tidak menoleh.

"Anything for you sayang. Jom."

"Jom!"

Zafiy mengerutkan keningnya memandang wajah kanak-kanak lelaki itu sangat mirip dengan gambar dia sewaktu dia berusia 4 tahun dulu puan Fia tunjukkan.

Dari jauh kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu pantas tersenyum riang mencapai layang-layang di depannya sebelum ter-eye contact dengan anak mata Zafiy laju.

"Eh! Daddy!"

Zafiy tersentak.

Gadis yang daripada tadi tidak menoleh langsung itu pantas memutarkan tubuhnya sebelum memandang Zafiy dengan reaksi terkejut.

Eyfiy laju menarik kanak-kanak berusia 3 tahun itu rapat di tubuhnya.

"He's not your Daddy!"

Eyfiy pantas mendukung kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu sebelum mencapai tas tangannya laju beredar daripada situ.

Zafiy terkedu sebelum pantas mengejar langkah Eyfiy.

"Tunggu!"

Eyfiy menjeling sekilas sebelum menukarkan langkahnya kepada berlari anak.

Geram melihat Eyfiy semakin menjauh Zafiy pantas menarik lengan Eyfiy sejurus menghentikan langkah gadis itu drastik.

"Lepas lah!" Bentak Eyfiy mengeratkan pelukannya di tubuh kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu.

"Can i hug Daddy mommy?" Pinta kanak-kanak lelaki 3 tahun itu sebelum menepuk tangannya berapa kali bersama sengihan comel.

"Itu anak aku?"

Zafiy memandang anak mata Eyfiy lama yang tidak langsung membalas pandangannya.

"Tak! Ini anak Adam."

Zafiy mengetap rahangnya.

"Mustahil! Itu anak aku."

"BRO!"





🤍🌼🤍
Jangan Lupa Selawat Guys.

[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 Where stories live. Discover now