Tiba di tepi Dodge Charger miliknya Zafiy melepaskan pergelangan tangan Eyfiy laju.
Eyfiy menarik nafasnya dalam.
"Saya datang sin-"
"Macam mana kau tahu tempat ni?" Zafiy pantas menguak anak rambutnya kasar. Anak matanya tidak langsung memandang Eyfiy pandangannya sengaja di alihkan ke lain arah.
Eyfiy menjulingkan matanya laju. Alah itu je pun nak berkira.
"Rahsia." Tipu Eyfiy ringkas
Zafiy mengerutkan keningnya. Otak dia rahsia.
Eyfiy tersenyum senget.
"Nah baju awak."
Eyfiy selamba menghulur beg kertas di tangannya betul-betul di depan muka Zafiy.
Zafiy diam saja memerhati beg kertas di depannya itu.
Eyfiy mengeluh perlahan.
"Lah dah takde tangan ke sampai tak boleh sambut huluran ni?" Sindir Eyfiy geram memandang lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi.
Lambat-lambat Zafiy menurut saja.
Beg kertas bertukar tangan.
"Awak dah makan ke?" Soal Eyfiy tersenyum lebar.
Zafiy menjulingkan matanya laju. Alahai perempuan.. pantang betul nampak lelaki ada rupa. Poket tebal.
"Aku tak lapar. Takde selera."
Eyfiy terlopong sebelum menepuk dahinya laju. Serious lah mamat ni?!
"Oii ghisau! Jomlah saya belanja awak makan. Risau tiga malam jumaat lagi tu." Eyfiy tersenyum nipis. Memang niat dia nak balas jasa lelaki itu sebab dah selamatkan dia tempoh hari.
"Aku dah cakap aku tak lapar. Pergi balik sana." Halau Zafiy mendatar sebelum mengesat peluh di dahinya kasar. Panas pula berdiri dekat situ.
Eyfiy mencebik kecil. Sombong amat!
"Takpelah. Err boleh tak kalau saya nak save nombor awak?" Minta Eyfiy tersenyum kelat.
Zafiy pantas memandang Eyfiy tanpa reaksi saja. Macam-macam betul perangai perempuan ni.
"Pergi balik." Halau Zafiy tanpa nada sebelum menyeluk sebelah tangannya dalam poket seluar berura-ura ingin beredar daripada situ.
Eyfiy tercengang.
"Saya Takkan Pergi Kalau Awak Tak Bagi Nombor Telefon Awak."
Zafty menghentikan langkahnya.
Nafasnya dihela perlahan sebelum mencapai telefon Eyfiy laju.
Skrin telefon Eyfiy segera diketik sesuatu.
"Hm. Pergi balik." Hulur Zafiy sebelum meneruskan langkahnya semula dengan kasar.
Eyfiy laju menyimpan nombor Zafiy sebelum tersenyum lebar.
"Thank you!"
~
Eyfiy berlalu membuka getah rambutnya perlahan sebelum selamba membaringkan tubuhnya di atas katil.
Aplikasi whatsapp-nya dibuka laju.
Lelaki Batu.
"Assalamualaikum."
"Awok?"Eyfly mencebik kecil selepas perasan I tick saja yang muncul di chatnya itu.
Eyfiy laju mencampakkan telefonnya di tepi bantal.
Sombong betul mamat ni. Sekarang baru dia faham macam mana perasan lelaki yang dulu tiap hari tunggu dia, tiap hari kirim surat, dan tiap hari juga dia reject macam tu saja.
Betullah kifarah tu wujud. Allah tu maha adil bagi dia rasa sakit yang dulunya orang lain rasa.
Eyfiy beristigfar perlahan.
Ting!
Eyfiy menghela nafasnya perlahan sebelum lambat-lambat mencapai telefonnya semula.
Lelaki Batu.
"Walaikumusalam."
"Siapa kau?"Eyfiy memejamkan matanya perlahan sebelum mengetap giginya geram.
Seriously mamat ni?
Zafiy selamba meletak telefonnya semula di atas meja sebelum mengelap rambutnya kasar.
Jarang betul orang buat direct appointment dengan dia malam-malam buta ni.
Malas semakkan otak Zafiy beralih membaringkan tubuhnya di atas katil dengan kasar.
Eyfiy mengusap dadanya perlahan. Sabar. Perempuan paling cute dalam family Ismail kena sabar.
Lelaki Batu.
"Wahh! Ayat."
"Save bck! Eyfiy."Zafiy yang hampir melelapkan matanya pantas mengaru kepalanya kasar.
Perempuan mana lagi ni otak dia tak logik betul malam-malam buta ni.
014********
"Jangan kacau aku."
"Nak scam, cari orang lain."
"Aku miskin."Eyfiy pantas mengetap giginya geram. Rasa nak backflip je mamat ni.
Lelaki Batu.
"Ni saya lah!"
"Yang minta number awak pagi tadi!"
"Belum tua lagi dah hilang ingatan!"Zafiy pantas menjongketkan keningnya. Seriously perempuan ni?
Zafiy pantas mengetik sesuatu di skrin telefonnya.
014******** to Senah Keychain.
Senah Keychain
"Oh."
"Kau nak apa?"
"Kenapa tak tidur lagi?"Lelaki Batu.
"Kalau saya cakap saya tak tidur lagi sebab nak chat awak, macam cliché pula."
"Tapi tulah kenyataan."Zafiy menjulingkan matanya laju.
Senah Keychain.
"Kau terlebih protein ke?"
"Pergi tidur sana."
"Nenek aku cakap perempuan tidur lambat ni selalunya jodoh dengan lelaki tua."Eyfiy mengetap giginya geram. Siot betul.
Lelaki Batu.
"Eleh! Ye ye je."
"Dahlah!"
"Bai!"
"Selamat siang!"Zafiy mengeleng saja.
Senah Keychain
"Malam Senah."
"M.A.L.A.M."
"Betul-betul senget dah otak kau ni."
"Pergi tidur sana."Lelaki Batu.
"Ya, ya!"
"Gurau jelah!"
"Rilek-rilek sudah lah."
"SERIUS-SERIUS NAK KE MANA?"Zafiy mengetap giginya geram.
Senah Keychain
"Hodoh betul perempuan yang guna capslock ni Senah."
"Tidur sana."
"Jangan balas chat aku ni lagi."Senah Keychain.
"Ingat tadi awak nak balas nak ke hati saya."
"Hampeh!"
"Tak handsome betul lah Jamal sorang ni."Zafiy mengelengkan kepalanya perlahan. Haihh perempuan ni. Sakit otak dia dibuatnya.
Lelaki Batu.
"Tidur Senah!"
Eyfiy tergelak kuat sebelum mencampakkan telefonnya di tepi bantal.
Tubuhnya pantas dibaringkan kasar sebelum menarik comforternya menutupi separuh tubuh.
Selamat Malam dunia tipu-tipu..
YOU ARE READING
[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩
Fanfiction[ Season 2. ] ZAFIY. Jejaka tiada perasaan. Hidupnya kosong. Tiada apa yang istimewa sepanjang hidupnya. Sejak kecil lagi dia sudah dididik untuk menjadi insan yang kuat apabila keluarga sendiri meninggalkan dia begitu saja tanpa khabar berita. Nam...