kau lagi!?

25 3 0
                                    

Troli Airin bertembung dengan satu troli yang datang dari tepi nya.

Sikit lagi Airin mahu tertungging. Tempat pegang troli tu terkena perut nya.

"Aduh!" Rengek Airin sambil pegang perut nya.

"Next time, use your eyes!!"

"Heh sejak bila jalan pakai mata!? Jalan pakai kaki!!" Pekik Airin

"Awak!?" Kata lelaki tu lepas dia berjaya melihat wajah Airin.

"Hah!?" Airin terus angkat kan muka nya untuk melihat lelaki itu.

"Kau!?" Pekik lagi Airin.

"Apa lah benda yang aku buat hari ni sampai mala petaka datang?" Bebel Airin.

"Bawa pula jumpa lelaki senget macam kau ni!!" Sambung lagi

"Tadi kerek sekarang senget!? Pelik lah awak ni.."

"Eh kau anggap je lah nickname kau.."

"Nickname? Lelaki segak macam ni nickname dia senget!?"

"Ih perasaan nye dah malas aku layan laki gila macam kau ni.."

"Gila !? Ni pun nickname!?"

Laju je Airin tolak troli pergi dari situ.

"Aku gila? Dia tu yang meroyan tak tentu pasal? Hai perempuan tu baru lari dari Tanjung rambutan kot...kesian.." kata zayden seorang diri.

Dia pun sambung cari barang yang disuruh oleh mama nya.

Di rumah sewa Airin. Semua mata tertumpu pada Airin je. Dah kenapa meroyan malam² macam ni?

"Oi kau duduk sini!!" Panggil Alia dengan nada tegas.

"Kau dah gila ke dari tadi ke hulur ke hilir.." sambung lagi Alia.

Turr..turr..turr..

"Eh jap nanti lah sambung Aniq call lah"
Kata Alia sambil bangun dari sofa terus masuk biliknya.

"Macam mana korang berdua ni boleh hadap kaum Adam ni!? Aku baru je jumpa makhluk tu pun aku dah naik angin..mulut puaka betul!!" Bebel Airin sambil lompat naik atas sofa dengan gaya berpeluk tubuh dan bersila.

"Cop..cop.. kau kenapa ..Hish satgi kang aku jahit mulut tu satgi.." balas pula Mila yang dari tadi bersabar dengan karenah Airin.

"Kau tak tahu laki senget tadi tu..aku nak beli novel yang aku dah lama cari tetibe dia dengan senang je ambil pastu bayar pastu pergi blah cam tu je" bebel lagi Airin .

"Oi diam lah orang tengah call ni!!" Jerit Alia dari dalam bilik.

"Pastu tah macam mana boleh pulak kitaorang terjumpa kat supermarket tadi .. terlanggar troli!! Kau rasa tak sakit hati ke??" Bebel lagi Airin.

"Dah la aku nak sleep call dengan Rizky" balas Mila sambil berjalan masuk dalam bilik nya.

Tinggal lah Airin seorang diri sambil membebel.

ORANG NAK TIDUR LAH!!!!

Jerit kawan kawan nya dari bilik.

Esok nya..

"Mmm pagi yang indah.." kata Alia dia terus duduk di meja untuk makan.

"Hai Mila ...mmm masak apa ni??"

"Nasi goreng la wak.."

"Mm mesti sedap.."

"Tengok lah sapa masak.."

"Eh ni mana Airin ?" Tanya Alia.

"Dalam bilik lah tu.."

"Mm bai aku nak pergi cari kerja " balas Mila sambil ambil beg nya dan keluar.

"Mm tinggal aku macam tu je!?"

Alia pun makan sampai setengah pinggan.

Alia bangun dia pergi depan pintu bilik Airin dan ketuk.

"Oi Airin bangun!! Dah pukul berapa dah ni.." jerit Alia.

"Huaaaa" terpampang muka Airin depan pintu dengan muka macam panda.

"Eh awal nya bangun.." tanya Airin polos.

"Awal ? Dah pukul 9 pagi dah nyah.. dah lah aku keluar dulu ..aku ada temuduga dengan satu company ni" kata Alia sambil berlari keluar.

"Mm temuduga..hah!? temuduga aku pun ada hari ni omg aku dah lambat.." meroyan lagi Airin

Dalam perjalanan mahu ke tempat temuduga.

"Aduh Time ni lampu isyarat nak rosak.."

Sesampai je dekat tempat itu.airin terus lari masuk.

"Masih ada ke temuduga terbuka tu dekat sini?" Tanya Airin pada salah satu pekerja disitu.

"Temuduga? Oh ada lagi rasa nya.." jawab pekerja itu.

"Terima kasih" jawab Airin terus naik lift.

Dia nampak berbaris orang hendak bertemuduga.

"Aduh diterima ke aku ni.."

Dia berjalan lagi untuk mengikut baris disitu.

Dia berjalan tiba-tiba satu pintu terbuka kearah luar.

Teng! .

Kepala Airin terkena pintu tu bila dibuka.

Kau!?

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now