art gallery

14 4 0
                                    

Sabtu, 12:00 PM

Satu demi satu lukisan dilihat bersama riak wajah yang kagum.

Bila waktu luang, mesti Airin akan mengunjungi sebuah art gallery yang berada di dalam Mall.

Begitu juga dengan hari ini. Dia menghabiskan masa disitu. Kadangkala, dia juga turut melukis di situ.

Airin membongkokkan badan bila mahu melihat harga. Lukisan yang indah semestinya mahal.

Sambil jalan sambil juga melihat sekeliling. Pandangan nya terhenti pada satu arah.

Seorang lelaki dan perempuan yang cukup dia kenal. Ye, Zayden dan.. Mia Arissa?

Reflek dia menundukkan kepala dan menyorok di celah-celah lukisan dan langsir.

Dia menjenguk kembali. Memerhatikan setiap langkah Zayden dan Mia.

Laju tangan menyeluk beg galas. Telefon dikeluarkan lalu menekan kamera. Terus dihalakan pada Zayden dan Mia. Zoom kan sikit dan..

Klik

Berjaya mendapat satu gambar.

Perlahan keluar dari belakang langsir. Pantas dia berlari anak ke arah Zayden.

"Ehem.. bos busy ke" tegur Airin dari belakang.

Oh tak lupa, kamera telefon diarahkan kehadapan betul-betul depan Zayden dan Mia. Kali ini dia mengambil video.

Dengar suara Airin, serta merta Zayden menoleh begitu juga Mia.

"You? What are you doing here?" Mia pula yang balas. Zayden hanya mendiamkan diri

"I..I just came here to..." Airin membalas gugup.

"Tak..bukan sekarang waktu kerja ke? Kenapa sesat sampai sini?" Laju Zayden memotong.

Dari raut wajah Zayden, nampak sangat terpaksa layan Mia. Mia pulak berkepit Aje dengan Zayden macam belangkas.

"Erk..bos tak de lah ini kan waktu rehat..lagi pun saya tak de kerja nak buat kat offices tu jadi spend time lah dekat sini..kenapa bos marah ke? Kalau marah..ini semua salah bos sebab bos langsung tak bagi kerja dekat saya jadi saya terlalu free" panjang lebar Airin membalas bersama senyuman mengejek

"Hmm jadi awak nak banyak kerja? Tak pe nanti saya bagitahu Hezri..separuh kerja Hezri akan diserahkan pada awak. Puas?" Dingin saja zayden menjawab.

"Stop!! Why did you suddenly come here? You did it on purpose, right?" Sampuk Mia sembari menolak perlahan Airin.

"Oi kau dah kenapa? Tak puas hati pulak.. ini tempat awam aku ke kau ke nak datang sini..sesuka hati je macam Mall ni mak bapak kau punya pulak"

"Dah lah jangan gaduh" jelas kedengaran keluhan berat Zayden

Airin hanya menjeling sebelum beredar. Jelas tak puas hati.

"Mia you kenapa nak tolak-tolak bagai? Airin tak buat apa-apa pun kan eh kalau macam ni perangai you i pun malas lah nak layan!! Muak tahu tak" Zayden meninggi kan suara sedikit

"Why do you have to be so angry with me?" Mia pula tinggi kan suara lebih tinggi dari Zayden

"Betul kata mama you selfish!!" Terus Zayden laju kan langkah meninggalkan Mia.

Airin melangkah masuk ke dalam sebuah cafe yang berdekatan dengan Mall tadi.

Terus dia mengeluarkan telefon dan kalkulator.

Satu persatu gambar dibelek-belek. Video tadi jugak diputar berkali-kali. Ada juga dia screen shot.

Dalam 5 gambar dia pilih untuk diberikan pada puan Zenith. Kalkulator tadi dia buat kira-kira gambar tadi.

5x5000=25000

Wow!! Boleh beli motor ni..

Laju tangan mendail nombor puan Zenith.

...

"Hah.. ada apa nak jumpa saya?" Duduk saja terus puan Zenith tanya.

"Ini ini!! Saya dah dapat banyak gambar zayden bersama dengan Mia.. diorang pergi Mall" Airin menunjukkan gambar.

Tiba-tiba Airin melihat wajah bersih dan sedikit kedut puan Zenith. Haih..

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now