job baru!!

12 3 0
                                    

"kenapa" Airin mula gugup. Dia menapak selangkah ke belakang.

"Perempuan tadi tu..buat apa datang sini?" Suara Zayden sedikit merendah. Dia tidak sedar bahawa dia begitu rapat dengan Airin

"Bos tanya saya? Mana lah saya tahu.. perempuan tu tiba-tiba tarik saya tadi lepastu tuduh saya mencuri..padahal saya ambil dokumen yang bos minta tu" nada Airin seperti mengadu.

Zayden memandang Airin sesaat lalu dia pergi keluar dari situ.

Mata Airin mengekori gerak zayden. Sosok zayden sudah hilang dari pandangan, barulah dia menoleh kembali kehadapan.

"Aik kenapa tiba-tiba pelik Aje? Aku ada buat salah ke? Eh aku cuma cerita apa yang minah tadi buat dekat aku. Apahal dia sentap pula?" Airin hanya menjungkit kan bahu.

Baru saja mahu pusingkan badan mengarah keluar bilik, muka Hezri pula terpampang depan muka.

"Oi dah kenapa? Terkejut aku" pekik Airin sambil mengurut dada.

"Apa kes? Aku tengok tadi muka Zayden macam bengang je...kau buat hal ek" tanpa salam dia bertanya

"Aku buat hal!? Mana ada..tadi ada seorang minah ni datang..lepastu bos dah hilang mood dia.. aku baik Aje" kata Airin sambil tersenyum

"Siapa? Mia?"

Deg

Airin terus melihat ke arah Hezri tajam.

"Kau..kenal perempuan tu?" Laju Airin bertanya

"Ken.. tak! Aku tak kenal" tegas Hezri

"Apa jadi? Kenapa bos marah dekat dia? Cerita lah..aku nak tahu" pinta Airin sambil menayangkan muka merayu

"Aku tak kenal dia..ya Allah dah aku nak buat kerja! Aku ni ada kerja tetap bukan macam kau merayau sana sini tak de hala tuju..ini lah yang patut kita panggil makan gaji buta! Berat tulang!" Kata Hezri sambil berlalu pergi

"Kurang asam punya jeruk!! Mengata aku..elok lah aku tak de kerja boleh relax!! Bukan macam kau busy memanjang..ih susah hidup!!" Tambah pula Airin

"Ehem"

Tersentak airin bila mendengar seseorang menegurnya.

"Kamu.. Airin Alana?" Puan Zenith yang menegurnya

"Eh makcik!! Terima kasih lah tadi...kalau tak de makcik lengan saya hancur lah gamaknya." Airin berjalan laju, lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

Puan Zenith menyambut kemas.

"Boleh saya nak cakap dengan Airin?"

"Erk..boleh"

Laju tangan Airin ditarik perlahan. Airin hanya mengikut arah yang dituju oleh puan Zenith

Airin melihat sekeliling, Noh..sampai keluar pejabat dia bawa.

Puan Zenith memasuki sebuah cafe yang tak terlalu jauh dari pejabat zayden.

Pelayan datang untuk mengambil pesanan. Tapi puan Zenith tidak pesan.

"Jus epal campur tembikai satu.." laju Airin memesan

Pelayan berlalu pergi. Puan Zenith mula menayangkan riak wajah yang serius.

"Saya nak minta tolong Airin boleh?"

"Boleh boleh apa dia tu?" Airin cuba juga serius. Tapi percayalah dia sedang menahan tawa.

"Ini Mia Arissa..senang cerita dia ni bekas kekasih zayd.." puan Zenith mengeluarkan satu gambar.

"Okay..jadi? Apa kena mengena dengan saya..nak tolong bagi kahwin ke?" Kata Airin selamba sambil melihat setiap inci sosok yang ada di gambar itu.

"Saya boleh recommend.. wedding planner yang terpopular di sini!! Tapi dalam Melaka saja lah"

Puan Zenith ketawa kecil sebelum dinginkan kembali wajah

"Ih saya tak hendak lah menantu hantu macam ni!!" Laju gambar tadi dikoyak

Terkejut juga Airin melihat itu.

Air yang dipesan tadi sudah tiba. Air disedut sedikit.

"Jadi..makcik nak saya buat apa?" Kali ini Airin serius. Tidak ada jenaka lagi

"Just..saya nak Airin perhatikan Zayd..bagi info pada saya kalau si Mia hantu ni ganggu zayd tak kisah dimana"

"Airin PA zayd kan..jadi kemana zayd pergi mesti airin ada kan?"

"Erk aaa saya kena pantau bos sepanjang waktu? Every days? Every hour? Every minute? Every second?"

"Yes..nak upah? Saya kasi..RM5000 setiap gambar.."

Mata Airin terus membutang. RM5000 ringgit setiap gambar? Wow kejap je akan kaya.

"Satu keping gambar? Walaupun kabur?"

"Hm janji ada Mia disekeliling zayd"

Orang kaya boleh beli orang macam tu Aje? Haih ni tak kira ambil kesempatan kan? Kalau bos tahu..mau putus kepala Gini..

"Deal!! RM5000 ek..tapi makcik, saya bukan mata duitan..saya buat ni sebab nak tolong makcik saja"

Akhikk iye lah tu tolong..

"Baik terima kasih.."

"Kira nya macam SPY jugak lah ye..hm best main spy spy di dunia nyata ni..selalu nya main Time budak-budak je." Kata Airin perlahan





Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now