baik bagi aku!!

19 3 0
                                    

8 malam.

Airin tertidur di atas sofa yang ada dalam bilik boss nya.

Zayden masuk ke dalam bilik kerja nya. Dia terus duduk di kerusi kerja nya. Dia sambung buat kerja. Tiba-tiba..

Huaaahhhh!!

Airin terbangun dan terus merenggangkan pinggang nya.

"Aduh.. sakit pinggang!!" Kata Airin.

"Aaaaaaakkk... Eh kenapa kau boleh masuk bilik aku!?" Terkejut dia bila nampak lelaki sedang menghadap ke laptop sambil menaip.

"Tolong sedar sekarang!!" Jawab zayden. Dia pun lupa yang dia tinggal Airin ni sesorang dekat offices.

Lepas je dia keluar tadi dia terus balik ke rumah nya.

"Hah?" Airin pun bangun dan dia terus pergi ke zayden.

"Kau keluar sekarang!!" Airin terus tarik lengan zayden dan bawak dia keluar.

Zayden hanya ikut sahaja.

Zayden pun ditinggalkan depan pintu bilik kerja nya sendiri.

Airin pun berjalan dan duduk di sofa.

"Erhh bila lah dia nak sedar yang tempat dia tu sebenarnya dekat hospital gila!?" Rungut zayden.

Tiba-tiba baru Airin sedar yang tempat ni bukan bilik nya.

"Eh!? Ini...waduh!!" Airin terus pandang ke pintu. Nampak bayang si zayden tu yang tengah berdiri.

Dia terus berlari dan bukak pintu.

"Sedar dah!?" Tanya zayden. Terus dia masuk dalam bilik kerja nya.

Airin terus beku.

"Dah kenapa terjegat kat situ? Tak reti nak balik??"

"Erk aku.. tak tahu jalan keluar dari sini.."

"What!? Are you joking? "

"Mana ada aku memang tak tahu.."

"You are bothering me... Aaarhh!!"

Zayden terus keluar Airin terus mengikut nya.

Sesampai saja di rumah sewa nya.

"Akhirnya sampai jugak rumah.." kata Airin bila dia masuk rumah. Dia terus lompat dan baring atas sofa dia ruang tamu.

"Weh² Airin !! Tolong Mila tak balik lagi rumah dari semalam!!"

Alia keluar je dari bilik terus berlari ke arah Airin yang sedang berbaring itu.

Dia goncang badan Airin sampai Airin terbangun.

"Alia... tolong lah aku baru je balik ni.." kata Airin sambil ingin bangun dan masuk bilik.

Tapi ditahan oleh Alia.

"Tolong lah carikan dia...aku risau ni.." rayu Alia sambil pegang tangan Airin.

"Hish!! Dia dah besar la boleh jaga diri dah pun!!" Kata Airin sedikit tinggi.

"Please ..." Rayu Alia lagi dengan membuat muka comel nya.

Airin terus hentak kaki.

"Ok fine!!"

Terus Airin ambil kunci kereta.

Dalam perjalanan.

"Nak cari kat mana?" Tanya Airin sambil matanya fokus ke jalan.

"Tak tahu...." Kata Alia polos.

"Hish kau ni.. aku rasa macam buang masa je cari dia"

Airin mula bengang dah lah dia baru balik dari kerja

"Jap² aku call.." kata Alia sambil mengeluar kan telefon nya.

"Alia!! Kalau call dari rumah tadi kan senang!!"

"Eh.. Mila dah ada dekat rumah lah..dia baru chat aku..dia kata dia dah balik"

"Astaghfirullah!! Bersabar jelah!!"

Terus Airin pandu ke arah rumah sewa nya.

Sesampai saja di rumah.

"Korang pergi mana..aku balik je rumah .. semua tak de..nasib aku bawak kunci spey.." tanya Mila dengan muka bengang dia tu.

Mana tak nya balik² je semua tak de.

"Oi kitaorang cari kau lahhh!!!" Pekik Airin. Terus dia masuk dalam bilik.

"Buat apa cari aku??" Tanya Mila.

"Kau dah 2 hari tak balik kot..risau lah kitaorang.." jawab Alia.

"So sweet..ingat jugak kat aku..dah lah aku masuk dulu ye.."

"Oh lagi satu besok aku ada date dengan Rizky so tolong hantar ek" sambung nya lagi.

Alia pun masuk dalam bilik.

Di bilik Alia.

Dia tengah oncall dengan Aniq.

"Eh ni nak cerita ni.." kata Alia.

"Ha kenapa pulak.." tanya Aniq ingin tahu.

"Entah lah beberapa hari ni Airin selalu baran..."

"Dah kenapa pulak? Salah makan?"

"Tak tahu...eh jap² aku sakit perut lah.."

"Ha pergi lah dulu satgi sambung.. jangan tutup tau!!" Kata Aniq.

"Okay!!"

Alia pun bergegas ke tandas.

Beberapa minit kemudian dia keluar. Dia terus masuk dalam bilik dan sambung oncall nya.

Besok nya.

"Hai boss.. So what work should I do today!?" Tanya Airin. Hari ni betul² semangat dia nak kerja..

"Mm For today I give you a simple task." Jawab zayden.

"Tolong kemas satu bilik ni..lepas meeting saya nak semua dalam bilik ni tersusun kemas.." sambung nya lagi.

"But.. dah kemas dah..." Jawab Airin.

"Nak gaji tak?"

"Ceh ugut² pulak.. ye lah" Airin terus siap kan peralatan untuk kemas.

Zayden terus ambil jasnya dan keluar pergi bilik meeting.

Sambil Airin buat kerja sambil dia dengar lagu. Dia juga bernyanyi.. semangat sangat hari ni..

Dia sedang kemas dia rak buku² dan file² tiba-tiba dia ternampak novel yang dia mahu beli dua hari lepas.

Dia terus ambil.

"Ush tak baca lagi.. plastik pun belum bukak.."

"Hish baik bagi aku!!"

"Rugi je dia bertekak Ngan aku dulu..kan senang bagi je kat aku..dia bukan baca pun...Sadar lah sikit" bebel Airin.

Beberapa minit kemudian zayden kembali ke bilik nya.

Dia masuk je nampak si Airin tengah duduk atas sofa sambil membaca novel. Dan lebih mengejut kan dia baca novel yang zayden beli hari tu.

"You're rude...that novel doesn't belong to you!!" Pekik zayden bila dia nampak novel tu milik dia.

"Baik bagi aku... boss bukan baca pun!!" Jawab Airin.

"Bagi balik!!"

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now