awal jatuh cinta!?

22 3 0
                                    

Mula lah bebel pada motor pula..

"Kau ni memang lah...menyusahkan betul. Patut lah Alia bagi pinjam motor dia..rupa nya rosak juga"

"Sebelum ni kedekut dia kalah haji bahkir. Apa guna nya aku hantar kereta aku yang rosak tu..kalau aku pergi kerja pun naik benda yang rosak" bebel Airin tanpa sela nafas

Kaki ringan saja menendang tayar motor itu. Nasib tak jatuh je

Tak tahu kenapa hati sekarang tengah runsing. Mood juga sudah hilang untuk bekerja. Bila tak boleh fokus bekerja mula lah nak bengang.

Terus Zayden angkat kaki keluar dari bilik kerja nya. Keputusan nya untuk pulang saja.

Sedang leka berjalan ke tempat kereta nya berada. Dia terperasan Airin sedang meroyan entah sebab apa

Mula nya dia malas layan tapi hati mahu tahu kenapa Airin tak balik lagi

Tanpa banyak tingkah. Kaki melangkah menuju kepada Airin

"Kenapa belum balik lagi?" Tanya zayden sebaik saja dia tiba disamping Airin

"Oo mak kau hijau!!" Hampir terlompat Airin bila dengar suara garau betul-betul tepi dia

Terkejut bukan main lagi.

Tanpa sedar senyuman terukir di bibir Zayden.

Dengan muka seposen tangan diselup ke poket sambil berkata

"Motor rosak ke.." saja dia meleret bila bertanya seperti orang mengejek

Baru saja Airin mahu membebel, pantas saja jari telunjuk Zayden dilekatkan pada bibir Airin

"Aww" pekik Zayden bila jari nya tadi digigit oleh Airin

"Kalau datang sini nak tunjuk muka hauk bos tu baik balik jelah" balas Airin pedas

Raut muka Zayden terus bertukar serius.

"Kacak lagi bergaya macam ni..hauk?"

"Hahah kacak? Betul lah orang kata confident dalam diri tu penting but kalau confident sangat pun memalukan juga"

"Dah lah..jom tumpang saya" ajak Zayden

"Kalau ajak² ayam baik tak payah" tutur Airin dingin

Tanpa aba aba Zayden menarik lengan baju di pergelangan tangan Airin

"Eh apa ni!? Raba² orang pula?" Pekik Airin

"Oi ini bukan raba okay..stay halal tak sentuh kulit pun" kata Zayden selamba

Nak tak nak Airin ikut saja zayden. Peluang kot kalau tak memang berjam jam dia tak balik² lagi

Sampai saja di tempat kereta Zayden berada, selamba saja Airin masuk ke dalam perut kereta tanpa menunggu tuan kereta itu masuk

Zayden di luar hanya menggeleng kepala saja

Tali pinggang keledar di tarik nya kuat, hal hasil tersekat

Zayden memutar bola mata ke atas

"Sini saya tolong" terus dia mendekati Airin dan menarik perlahan tali pinggang keledar

Deruan nafas terasa, kali ini Airin terdiam seketika. Jarak diantara mereka tak sampai 1 meter pun

Debaran kian terasa. Entah kenapa, ini lah kali pertama jantungnya berdegup kencang

"Astaghfirullah..berdosa nya aku!!" Pekik Airin betul² di telinga Zayden membuatkan dia reflek menjauh

Kedua tapak tangan ditekup kemuka. Airin cuba menutup muka nya yang sudah memerah bak kulit udang dibakar

"Maaf" kata zayden sambil memegang telinga nya yang hampir pekak dek diteriaki oleh Airin

'Permulaan jatuh cinta memang macam ni ke? Jantung aku pam laju ni ..kalau mati macam mana' bisik hati Airin

"Memang drama tolong pasangkan tali pinggang keledar wujud eh di dunia nyata?" Kata Airin yang masih menutup muka

"Hah?" Zayden mula terpinga pinga

"Selalu nya banyak adegan macam ni dalam drama melayu..Korea.." sambung nya lagi. Kali ni dia memberanikan diri untuk melihat arah Zayden

Pecah terus tawa Zayden sedari tadi dia menahan

'lurus betul minah ni...kaki meroyan but at the same Time lurus bendul' hati Zayden berkata

Pedal minyak ditekan meninggalkan perkarangan pejabat

Suasana sunyi je, Airin juga turut mendiamkan diri tapi tidak lama

Tangan nya laju saja menekan setiap butang. Lagu diputar sesuka hati

Dia berhenti bila satu lagu diputar adalah lagu kesukaan nya iaitu Mimpi by k-clique

Mulut berkuma kamek menyanyi lagu tersebut tanpa bersuara. Tapi part rap terus dia menunjukkan bakat terpendam nya

"Kini..ramai sangat nak mengaku tahu aku, kawan dulu sama sama naik jatuh sekali buka payung ramai datang naik tumpang berteduh ayy!!.." puas hati dia laju rap nya pun. Lirik juga dihafal

Zayden memejam sesaat mata nya. Rasa rugi pun ada tolong Airin ni. Nak dekat menanah telinga dengar dia rap.

"Mula dari benih tumbuh pokok penuh buah sampai tahap ini buka senang tapi banyak sangat hadap susah" sambung lagi. Kali ini suara dilepas lebih lantang

"One, Two, three!! Banyak drama,wow..terima kasih, Emm...tak kejar nama, wow..tapi k dikejar, Emm..." Tanpa malu dia menggoyang kepala menghayati lagu tersebut

"Oi sudah lah!! Bingit telinga ni" suruh Zayden

"Hustle hustle kerja keras, tapi mereka tak nampak ayy mata mata, mereka buta jadi biar gerak ku jadi sejarah!!" Tak diheran nya dia dengan larangan Zayden

Tik..

Terus Zayden menekan butang off pada radio kereta nya

"Eh orang tak habis rap lagi!!" Rungut Airin

"Jangan buat kereta ni macam kereta sendiri ye" kata Zayden

Terus Airin terdiam. Mata diarahkan ke luar tingkap melihat permandangan diluar yang mula banyak kereta. Pada jam sebegini memang kereta berlambak, sudah habis jam kerja

'patut lah hobi dia meroyan.. dengar lagu pun yang rap punya memang kalau bercakap pun macam rap lah gamaknya' batin nya bersuara

Sesekali dia mengerling Airin yang duduk di sisi. Hmm selang beberapa minit mata Airin sudah tertutup.

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now