masalah pertama!?

23 4 0
                                    

Airin terus toleh melihat siapa yang memanggil nya.

Dan orang yang memanggil dia adalah Hezri.

"Kenapa ada dekat sini?" Tanya Hezri berkerut dahi. Dia rasa Airin ni dah jauh sangat sesat.

"Habis tu kat mana meja saya?"

"Dekat pejabat boss lah..awak ingat personal assisten ada meja sendiri ke?" Jawab Hezri sambil ketawa.

Hezri memberi isyarat kepada Airin untuk mengikut nya. Dia mahu bawa Airin ni depan zayden. Biar zayden ni yang uruskan.

Airin hanya berdiri beku depan boss nya itu. Dia malas gaduh hari ni.

"Buat kopi!" Suruh zayden tanpa melihat ke arah Airin. Airin yang dari tadi tunduk je terus angkat kan kepala nya.

Airin terus keluar dari offices zayden. Dia terus berjalan tanpa hala tuju. Dia memang tak tahu tempat ² dekat situ.

Ada beberapa pekerja melihat dia yang berjalan kesana lepastu patah balik. Hash...

Seorang pekerja terus menyapa nya dan bertanya mahu ke mana. Pekerja itu terus tunjuk kan pada Airin.

Airin pun buat kopi untuk bossnya. Tiba-tiba Airin terfikir mmm kalau aku letak lada sikit sedap ni..

Airin terus masuk kan lada hitam sebanyak mungkin.

Selesai saja dia membancuh
Airin membawa kopi tersebut ke offices zayden

Sekali hirup terus zayden tersembur.

"Kenapa boss?" Tanya Airin sambil tahan ketawa.

"Aduh..!" Rintih zayden sambil memegang perutnya.

"Eh kenapa ni boss!?" Tanya Airin cuak. Tak kan sebab dia letak lada tu terus perut zayden ni sakit.

"Hez...Hezri!!" Panggil zayden sambil berusaha untuk berdiri.

Hezri serta merta datang dan terkejut dia bila melihat boss nya sudah tak berdaya macam kena tikam kat perut

Hezri terus membantu zayden untuk berdiri dan papah keluar dari situ.

Airin hanya terjegat sambil melihat Hezri bawa zayden keluar.

Lihat muka Airin memang betul rasa bersalah.. kalau sakit perut zayden tu teruk..mahu kena saman dia.

Aduh...baru hari pertama kerja..

Zayden dibawa masuk dalam kereta dan dibawa ke hospital.

"Hahahahah" tiba-tiba saja zayden ketawa.

Hezri terus toleh melihat zayden.

"Kau dah kenapa!?" Tanya Hezri yang masih cemas.

"Kau nampak tak muka perempuan tu..cuak hahahah!!"

"Wait kau jangan cakap kau saja je nak kena kan perempuan tu.."

"Yes, that's right!! Padan muka dia yang mula dulu.."

"Sekarang ni kau pun dah kenakan aku!!" Bengang Hezri dengan perangai zayden ni tiba-tiba hari ni lain pula..kena sampuk apa??

Ye lah biasa nya dia ni mana nak main² macam ni.. fokus kerja je.

"Nasib lah.. kalau tak guna kau tak menjadi lah prank aku ni.."

"Ni nak pergi mana ni??"

"Kau pergi singgah kedai mana² aku nak kopi"

"Baik boss.."

Airin dari tadi ke hulu ke hilir. Dia takut jadi pape je. Kalau teruk mm memang sah dia yang kena.

Mesti lah boss dia tu bagi tahu dia baru habis minum kopi yang Airin buat..

Airin langsung tak boleh duduk diam. Sekejap dia duduk sekejap dia berdiri.

Airin terpandang kopi yang dia buat tadi. Dia pergi ambil kopi itu. Dia try minum dan dia juga ikut tersembur.

Eii rasa dia tu pahit campur pedas dan ada rasa mint sikit.

Memang tak sedap langsung. Dia menyesal buat macam tu..

Sampai petang dia ditinggalkan seorang diri di dalam bilik boss nya itu. Dia mahu pulang ke rumah tapi tak jumpa jalan keluar.

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now