Motor buat hal!!

26 3 0
                                    

Banyak pekerja melihat Airin sambil berbisik bisik

Airin hanya endahkan saja. Malas mahu layan

Kini cermin memang dah berkilat dah tapi hanya satu tingkat. Ada lebih dari 10 tingkat

Dia bawa kembali alat² yang digunakan untuk mencuci tingkap tadi ke tingkat seterusnya

Dia membawa troli yang isi nya sabun dan air. Niat nya mahu isi air

Troli itu ditolak nya perlahan

Tapi dia tidak perasan ada satu tembok besar di tepi hal hasil dia terlanggar dan troli jatuh

Air sabun melimpah

"Ya Allah!! Satu kerja pula nak bersih kan ni" Airin merungut

Dia hendak pergi mencari mop tapi dia terjatuh kerana tergelincir

Basah lencun dibuat nya

Semua pekerja mengelilingi nya. Ini lah akibat nya cuai

"Awak okey tak!?" Tanya salah seorang pekerja yang ikut berkumpul

Airin memang sudah membeku. Dia hanya tunduk saja. Malu sangat

"Ehmm"

Tiba-tiba satu suara garau mendehem.

Langsung saja semua menoleh. Terkejut betul semua bila melihat kehadiran bos nya.

"Aik bos bukan demam?" Tanya Mira iaitu pekerja bahagian printer

"Tak demam" balas zayden singkat

Airin mendongak mencari keberadaan bos nya. Tetapi terhalang oleh pekerja yang berkumpul.

Mahu saja dia meraung disitu.

"Dah semua pergi buat kerja masing-masing" tegas zayden bersuara.

Yang ramai tadi terus perlahan menghilang

Tinggal lah Airin yang masih terduduk di lantai

Dari raut wajah zayden memang boleh nampak dia sedang menahan ketawa nya

"Memang nak duduk kat situ je ke? Ke.. punggung tu dah melekat?" Tegur zayden

Airin menjeling sekilas pandang lalu dia berusaha untuk berdiri

"Ini lah orang melayu..nampak je orang tengah susah...tak diendahkan malah ada yang ketawa ada nya berbisik" tutur Airin sayu

Buat dah drama Queen situ

Zayden memutar bola mata ke atas. Dia terus beredar masuk ke bilik kerja nya

Malas mahu layan

Airin yang melihat itu terus dia mengikut

Mula lah mahu meroyan

Satu langkah kaki masuk je dalam bilik bos dan..

"Bos!! Tengok baju aku ni..habis basah lencun!! Bos jujur sekarang aku ni sebenarnya buat kerja apa!? Kau kata assisten. Apasal aku kena cuci tingkap bagai pula? Itu luar job aku kot!!" Bebel Airin tanpa jeda

Bagai kan nafas sekali hembus

"Yang awak pandai² buat..."

"Eh ini Hezri yang suruh aku buat!! Dia kata kau demam!! Ini elok je..boleh jalan lagi bukan nya telentang atas katil pun. Kalau kau dah nak nazak baru lah kau lepas tangan dekat Hezri tu bagi dia amanah sebagai bos kat sini"

Tak sempat zayden mahu bercakap dia sudah memotong

"Lepas tu kenapa bertekak dekat saya? Pergi lah dekat Hezri tu"

"Oh..ok kau nak aku pergi bertekak dekat dia kan..ok aku pergi!" Terus Airin melangkah laju menuju ke bilik Hezri namun ditahan oleh zayden

"Saya..saya yang cakap dengan dia"

Kini zayden yang masuk ke bilik Hezri

Nampak macam Airin pula yang bos disitu..

"Oi!! Kau suruh minah tu buat apa?" Pekik Zayden sebaik saja masuk

"Wo..wo..rilek lah..kenapa ni!?" Tanya Hezri cuak

"Kau tahu..kau yang suruh dia cuci tingkap..aku pula yang panas telinga dengar dia meroyan tak sudah!!" Kini Zayden juga bengang

Hezri menekup muka nya dengan telapak tangan

Dalam hati sudah beristighfar

"Aku dah kata..kau buang je dia tu..kau ingat aku tak rimas ke bila dia membebel macam tu? Kalau zikir tak pe juga" kata Hezri

"Aishh" rungut Zayden lalu menghempas satu file yang ada di atas meja kerja Hezri

Kini Zayden menuju kembali ke bilik nya

Airin tak tahu hilang pergi mana

Zayden terus serabut. File atas meja nya diselerakkan

Manakala Airin masih membebel dalam tandas

Tak lama kemudian Airin kembali dengan muka bengis nya

"Bos..saya nak balik awal boleh?" Pinta Airin sopan

Hmm kalau nak minta apa-apa mesti bahasa pun elok..

"Hmm" balasan singkat dari zayden

Airin terus mencapai beg galas nya dan keluar

Hari ni dia naik motor saja. Kereta nya dihantarkan ke bengkel

Motor ni pun kepunyaan Alia..

Sepanjang perjalanan pandangan nya hanya tertuju pada mozek lantai

Satu Kali dihidupkan tapi tak berjaya

Muka yang tadi bengis mula pucat

Ini kalau tak boleh hidup.. memang sangkut lah tak boleh balik

Dah lah baju pun..



Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now