ini dikira ambik kesempatan ke?

16 4 0
                                    

Sayu saja pandangan Airin terhadap puan Zenith. Entah kenapa muncul pula di benak fikiran. Rasa seperti mengambil kesempatan.

Dia batalkan niat untuk menunjukkan gambar yang lain. Dia hanya menunjukkan 1 sahaja.

"Makcik ini lah hasil tangkapan saya sepanjang hari ini. Encik Zayden dengan Mia have fun dalam mall" semangat sungguh dia mengadu

"Kamu follow diorang ke?" Puan Zenith perlahan mencapai telefon Airin yang terpapar foto anak teruna nya bersama dengan Mia.

"Eh bukan..saya tak ikut pun cuma kebetulan saya pergi situ" jujur Airin.

Puan Zenith tak habis-habis lagi membelek foto tersebut.

Rasa sedikit lega bila gambar yang lain itu sudah dipadam. Airin tidak mahu puan Zenith cop dia perangai buruk, ambil kesempatan pulak.

"Good..this is why I trust you, seperti perjanjian...jadi nak Cash or transfer? Kalau transfer..meh nombor akaun" kata Puan Zenith sembari meletakkan telefon Airin di atas meja.

Terus membutang mata Airin bila dengar cash or transfer tu.

"Erk..saya tak kisah pun..makcik tak nak ikut perjanjian pun tak apa.. anggap saya tolong makcik" kata Airin sambil tersenyum lebar.

"Betul tak kisah? Meh sini nombor akaun" telefon sudah dikeluarkan. Puan Zenith memandang skrin telefon nya sambil menaip sesuatu.

Tanpa banyak songeh, Airin terus menyebut satu persatu nombor.

"Okay done!" Puan Zenith menghadapkan telefon nya betul-betul depan Airin.

Terpapar sejumlah wang sudah dikirimkan.

"Terima kasih makcik!!" Dari senyuman Airin nampak seperti tidak selesa. Wajah Zayden terbayang. Wajah yang bengis sedang memandang ke arahnya.

"Kalau dah selesai semua..saya pergi dulu ye.. teruskan tugas itu" puan Zenith bangun dan pergi. Tiada langsung respon dari Airin.

Kemudian dia menoleh, Puan Zenith sudah keluar dari cafe.

Dia memejamkan mata sesaat lalu turut pergi dari situ.

...

Pintu dihempas kuat sebaik saja masuk ke dalam rumah.

Puan Zenith melangkah pantas ke arah dapur. Semesti nya ada zayden di situ.

"Mama? Kenapa?" Penuh nasi dalam mulut, tapi masih mahu bertanya

"Zayd sampai bila nak sangkut dengan Mia tu? Eh Zayd lupa apa yang dia buat dulu? Dulu tu waktu dia pergi.. Zayd sanggup lawan cakap mama!! Sebab perempuan tu jugak!! Kali ni pun sama"

Entah kenapa dia tak boleh tahan emosi.

"Kenapa mama nak marah-marah macam ni? Masuk tak bagi salam..terjah orang tengah makan.. Zayd buat apa?" Sudu sudah diletakkan. Pinggan juga sudah ditolak kan ke hadapan

"Zayd jangan ingat mama tak tahu!! Tadi Zayd keluar dengan Mia kan!? Pergi Mall. Boleh tak Zayd buang Mia tu jauh-jauh dari fikiran!! Dari hati"

Puan Zenith kini mengambil tempat di hadapan Zayden. Gelas yang berisi air diteguk perlahan bagi menenangkan diri.

"Zayd dah tak de apa-apa hubungan pun dengan Mia lah mama..tadi tu Mia paksa dia kata..wait! How do you know?" Zayden memandang puan Zenith tajam.

"I have my own way of knowing!" Dari wajah memang boleh lihat cuak nya.

Terus Puan Zenith beredar dari situ tanpa menunggu Zayden bersuara.

Lirik kan mata Zayden mengikut langkah Puan Zenith yang mengarah ke tangga.

KEESOKAN harinya.

"Alia!! Bangun!! Kau bukan ada kerja ke pagi ni?" Airin mengetuk pintu bilik Alia kuat.

Bila tanpa respon, Airin mula bengang. Dia melulu masuk sambil membawa speaker.

"Kau tengok...tak nak bangun kan..ini aku kejut last aaa kau tak bangun aku pasang rap ni kuat-kuat tepi telinga"

Masih lagi tak de respon.

"Oi!! Kau ni tidur mati ke!? Dah pukul berapa ni!! Dah lambat lah!! Aku lepas ni nak pergi jogging pulak!!"

Airin kuatkan suaranya. Badan Alia di goyang kan kuat. Hidung, pipi dipicit-picit. Kelopak mata dibuka. Haih tak bangun juga.

Ini lah masanya!! Lagu diputarkan. 'bangun-Aman RA'

Speaker tadi didekatkan ke telinga Alia.

"Budak flat!! Bangun!! Budak flat bangun!!"

"Haih diam lah!!!" Kini Alia sudah membuka matanya separuh.

"Kau yang suruh aku bangunkan!! Dah bangun!! Habiskan masa aku je"

Terus Airin keluar dari bilik Alia.

...

Sambil joging, headphone dipakainya. Sudah tentu lagu rap

Mulut tak berhenti rap. Semakin laju rap nya semakin laju kaki melangkah.

Peluh yang mula turun ke dahi, dilap kan.

Beberapa minit kemudian, Airin tersedar seperti seseorang disebelah nya. Ikut berjoging juga.

Dia menoleh. Ye.. Zayden

"OH MAK KAU!!" reflek dia melatah sekali gus berhenti.

Terus tangan naik mengurut dada.

"Bos!? Tak lawak lah kalau saya heart attack tadi.. siapa yang nak tanggung!! Dah lah tengah jogging"

"Orang dah lama kat sebelah tadi.."

"Hah!?" Airin menaikkan kening sebelah. Dia melihat mulut Zayden seperti berkata-kata tapi dia tak dengar.

"Tali kasut awak.. terbuka.."

"Hah!?"

Zayden terus menunduk dihadapan Airin.

Tangan zayden ingin mencapai tali kasut Airin. Tapi Airin menarik kaki nya menjauh.

"Bos kenapa?"

Zayden hiraukan pertanyaan dari Airin. Laju tangan dia mencapai sekali lagi tali kasut Airin.

Kali ini dia tak lepaskan. Dia mula ikat kan.

Lihat itu, muka Airin yang cuak tadi bertukar lega.

Airin menunduk melihat Zayden yang sibuk mengikat tali kasutnya.

Wajah Zayden tak terlihat kerana terhalang oleh topi yang dipakainya.

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now