• sketch book •

1 1 0
                                    

Tiga hari kemudian.

Masing-masing buat kerja sendiri. Zayden sibuk menaip manakala Airin sibuk membelek sketch book dia.

Senyuman tu memang tak lekang di bibir. Pelbagai lakaran muka orang ada dalam sketch book Airin tu. Dalam keadaan sedar tak sedar, airin tiba-tiba gelak tak tentu pasal sambil loncat perlahan di atas sofa.

"Oih oih!! Gila ke!? Gelak sorang-sorang" tegur Zayden bernada tinggi

Tersentak airin dibuat nya. Terus menoleh ke arah Zayden sekilas. Dengan cepat dia menyimpan sketch book nya.

"Buku apa tu?" Tanya Zayden ingin tahu sambil melangkah mendekati Airin

"Erk sketch book.. biasa lah..pelukis kan.." kata Airin sambil menayangkan muka berlagak

"Nak tengok" pinta Zayden

Dengan bangga Airin mengeluarkan kembali.

"Dalam buku ni... Banyak muka orang.. muka saya pun ada"

Zayden sambut dengan wajah yang bersahaja.

Satu ketukan pintu terdengar. Langsung saja mereka berdua menoleh serentak.

"Maaf boss saya nak jumpa dengan Airin sekejap" kata mak Jah sopan.

Laju Airin berlari anak ke arah mak Jah. Zayden hanya memerhatikan sahaja.

"Ada apa nak jumpa saya?" Tanya Airin pada mak Jah.

"Nak minta tolong sikit ni" perlahan saja suara mak Jah seperti berbisik.

"Tolong apa?" Nada Airin juga diturunkan juga.

"Mintak lah kat boss..makcik nak pinjam kau"

"Boss!! Ni mak Jah nak pinjam saya!!" Terus Airin jerit sambil menoleh ke arah Zayden.

Tak sempat Zayden berkata-kata Airin sudah berlalu pergi sambil menarik mak Jah perlahan.

Zayden sambung menyelak satu persatu lakaran wajah orang yang dilukis Airin

Mak Jah membawa Airin ke satu stor yang terletak disudut ruang pejabat.

Airin hanya mengekori dari belakang sahaja.

"Dah kenapa bawak saya datang sini?" Tanya Airin pelik

Tiba-tiba satu ingatan singgah dikepala. Airin baru sedar bahawa sketch book nya ada pada Zayden. Yang jadi masalahnya..wajah Zayden juga turut ada dalam sketch book tu.

"Nak minta tolong ambilkan mop tu..makcik tak tahu lah siapa yang letak tinggi macam tu" selamba saja nada mak Jah

Terus dia mendongak. Ye mop tu memang tinggi.

Aduh, dia nak sangat lari dari sini dan terus ambik sketch book tapi dalam masa yang sama..ada orang minta tolong. Tak kan nak biarkan.

"Ya Allah mak Jah..mak Jah sedar tak? Kependekan kita ni sama saja?"

"Tak sama lah..kau lagi tinggi dari mak cik.." kata mak Jah tak nak kalah

"Meh sini ukur!! Kalau beza pun..tak sampai 1 cm pun"

"Habis tu..boleh dak ambik mop tu?" Tanya mak Jah

"Saya try lah.."

Nak tak nak, Airin kena juga tolong. Pasal sketch book tu.. harap-harap zayden tak sempat tengok. Kalau tengok ni memang malu 7 keturunan.

Kalau diingatkan kembali..memang malu bila lukis muka Zayden tu...dah lah sambil tersenyum haish.

Satu kali lompat tak dapat-dapat mop tu. SIAPA YANG SANGKUT ATAS SANGAT NIH!?

"Tak de kerusi ke mak Jah.." nada Airin sedikit tersekat-sekat

"Ada..tangga." mak Jah menunjuk ke arah tangga yang terletak betul-betul di tepi Airin.

Lihat itu Airin mengeluh perlahan. KENAPA TAK BAGITAHU AWAL-AWAL!!

laju Airin mencapai tangga mini itu.

Dibuka pantas lalu Airin terus panjat. Mop tersebut dicapai. Lega rasa.

Mop itu diberikan kepada mak Jah. Tanpa menunggu respon dari mak Jah, dia berlari laju menuju ruang bilik Zayden.

Sambil dia berlari, ada juga pekerja yang sedang berkumpul membincangkan projek.

Dia hiraukan saja, yang dia tahu..dia kena ambik balik sketch book tu.

"Ada marathon ke?" Tanya Hezri pada Ikmal salah seorang pekerja.

Ikmal hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Dengan pantas Airin masuk ke ruang bilik Zayden. Ketukan pintu juga tidak diberikan.

Masuk saja, dia melihat Zayden masih melihat karya nya. Tapi kenapa tiba-tiba Zayden senyum.

Muka mula lah dah merah bak udang dibakar.

Airin menarik nafas dalam-dalam. Perlahan dia menghampiri Zayden. Baru beberapa langkah Zayden menunjukkan lukisan itu.

Dengan gaya yang sedikit dingin. Kening juga dinaikkan sebelah. Muka memang tahu dah..

Kaki ni rasa macam dah tak boleh jalan. MALU DIA NI DAH LEBIH 7 KETURUNAN!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now