mamat senget!!

41 4 2
                                    

Lepas je dia lulus dan sudah berjaya mendapat sijil degree nya.

Dia ambik keputusan untuk cari kerja part-time sambil mencari juga kerja dalam bidang nya iaitu art.

"Airin tolong hantar aku jumpa pakwe aku !!" Pinta Mila eriz.

Airin yang tengah rancak menonton tv pun toleh ke arah Mila yang sibuk bersiap.

"Ih tak nak aku nanti jadi nyamuk pulak.." tolak Airin.

"Alia!! Tolong hantar aku jumpa pakwe aku!!" Pinta pula Mila pada Alia.

"Tak boleh aku tengah call Ngan Aniq ni!!" Tolak pula Alia.

Mm ini lah kerja nya Mila dah ada pakwe..Alia pula sibuk call Ngan laki tapi tak de hubungan pape pun mmm.

"tolong la Airin kau je sekarang ni tengah free.." rayu nya pada Airin sambil tunjuk kan wajah yang memelas.

"Hish yelah² kat mana??" Airin pun mengalah.

"Mall yang baru bukak tu dekat je.."

"Ha kalau dekat pergi la jalan kaki "

"Airin!!"

"Yeye" balas Airin sambil berjalan masuk bilik untuk bersiap.

Pukul 4 petang.

Dalam kereta.

"Eh ni kau jalan ² la dekat mall tu.. jangan balik terus.. tunggu aku habis dating dulu.." kata Mila .

Dia tak nak Airin ni balik terus ..dia tahu Airin memang tak kan datang dah hal hasil dia kena balik naik grap.

"Wow kau dating aku lonely pulak..tak aci betul!!"

"Lain kali cari la"

"Benda tak penting la"

"Mm jawapan kalau macam tu.. single lah kau sampai tua.."

"Biar lah single sampai tua pun..janji tak dosa dari muda sampai ke tua.." kata2 pedas keluar terus dari mulut Airin.

"Dah jadi ustazah pulak dah.."
Balas Mila terkedu.

Sesampai di mall.

"Babe!!" Panggil Mila pada teman lelaki nya.

"Uweekk"
Airin pulak buat gaya macam nak muntah.

"Over lah kau ni jealous ke..." Balas Mila sambil bergerak meninggalkan Airin.

"Bai" kata pula si Rizky dengan nada yang mengejek. Teman lelaki Mila sambil lambai kan tangan.

Tinggallah sesorang Airin yang sedang melihat teman nya pergi jauh.

Dia berjalan satu mall ni sampai dia tertarik untuk masuk ke dalam satu kedai buku.

Dia berjalan sambil melihat buku-buku disitu. Tiba-tiba dia tertarik sangat pada buku novel yang hanya tinggal satu je.

Dengan pantas dia capai novel itu. Namun ada satu tangan mengambilnya sambil membelek-belek.

"Eh tu buku saya!!" Kata Airin pada orang yang ambil buku itu.

"What do you mean?? This is your book but it doesn't have your name on it?" Jawab lelaki itu sambil menunjuk buku itu.

(Allah dia speaking pulak..) Kata hati Airin.

"I mean this book i jumpa dulu.."

"Betul kan bahasa tu sebelum cakap."

"Boleh pun cakap melayu!!"

"Ha bagi buku!! tu saya jumpa dulu.." sambung Airin lagi.

"Tak de tulis nama awak pun jadi buku ni sapa sapa pun boleh ambil.."

"Eh tapi buku tu tinggal satu je..saya dah lama cari.." kata Airin masih tahan sabar nya.

"No.. saya ambil dulu jadi saya punya."

"Eh kerek nya mamat ni.." balas Airin sambil peluk tubuh.

"Kerek? Kerek tu apa?"

"Kau tak tahu?? Bagus..kau tu dah lah kerek !! Poyo!! Macam bagus sangat!!"
Balas Airin. Sudah habis kesabaran nya .

Dengan cepat Airin rampas buku tu dari tangan lelaki tu. Dia hendak berlari tapi tak sempat lelaki tu terus tarik beg galas tepi Airin.

"Oi putus la beg ni!!" Pekik Airin.

"Awak yang mula dulu." Balas lelaki tu singkat.

Dia terus ambil buku dari tangan Airin dan bawa ke counter.

"Hish aku yang jumpa dulu!!! Dah la aku tengah cari buku tu..susah pulak!!jumpa kat sini tinggal satu je..pastu mamat senget tu pulak ambik suka² macam tu je!!"

Bebel Airin sambil hentak kaki.

Dia keluar dari kedai buku itu dengan muka masam.

Dia berjalan-jalan lagi. Niat dia nak balik je tapi kesian pula kawan nya.

Dia singgah pula super market yang ada dalam mall itu. Hendak membeli barang dapur.

Dia ambil troli dia bawak sambil pilih² sayur,ayam,ikan,buah..

Dia pergi pulak belah makanan ringan. Ringan juga tangan nya mengambil semua keropok yang dia suka.

Dia bawa pulak troli dengan sedikit laju .

Tiba-tiba..

Bamm!!

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now