stor lama??

21 3 0
                                    

"eh aku mengalah kot hari tu.." kata Airin tak mahu kalah

"Tapi novel tu tetap saya punya!"

Zayden sudah bengang. Airin ni dah lebih dia rasa macam nak berhentikan saja Airin ni.

"Sekarang novel tu letak balik tempat dia!!" Pekik zayden.

Airin terus terdiam. Dia pun letak balik novel tu di tempat nya.

Airin terus keluar dari bilik itu. Kononnya merajuk lah tu..

"Buatkan saya kopi!!" Jerit zayden dari dalam bilik.

(Hish hari tu aku letak lada..tak pe jangan sampai aku letak racun pulak lepas ni) Bisik Airin dalam hati.

Dia pergi berjalan jalan dalam offices itu. Dia juga menyapa pekerja di situ. Kopi tadi tu dia suruh saja tea lady yang buat lepastu hantar di bilik zayden.

Dia juga bersembang dengan mak cik² cleaner. Dia juga mengumpat si zayden tu. Dia memang tak boleh tengok muka zayden mesti ada je benda nak gaduh.

Bukan apa muka zayden tu menyakit kan hati je.

Dia hendak kembali ke bilik boss nya tapi dia berhenti kan langkah nya bila dia melihat ada satu perempuan sedang berbual dengan zayden.

Dia pun lekatkan telinga nya pada dinding kaca yang ditutupi dengan langsir.

"You..i dah balik ni..sampai hati tak layan i" kata perempuan itu yang bernama Mia arissa.

"So kalau you dah balik i kena buat apa?" Tanya zayden .

"You..you tak rindu i ke?" Tanya Mia sambil menggerakkan tangan nya ingin menyentuh tangan zayden.

"Boring..." Kata Airin lalu di pergi dari situ.

Dia berjalan tiba-tiba dia terperasan satu lorong sunyi yang ada di hujung offices itu.

Dia masuk saja dia berjalan sampai hujung dan ada satu bilik yang berkunci.

Dia berjalan mendekati bilik itu. Dia cuba untuk membuka kunci bilik itu. Dan berhasil terbuka. Dia masuk dan melihat banyak barang . Baru dia sedar itu stor yang tak terpakai senang Cite stor lama.

Tiba-tiba pintu tertutup. Dia terus berlari tapi sayang nya pintu itu sudah terkunci.

"Eh TOLONG!!!" Airin jerit sekuat kuatnya. Sambil mengetuk pintu.

Dia melihat jam tangannya. Sudah pukul 6 petang. Sudah jam untuk pulang ke rumah. Mesti lah tak de orang.

"Tolong!! Ada orang tak!! Saya terkunci ni!!" Jerit nya lagi.

Airin jerit minta tolong sampai suara nya tak de.

Dia terus duduk di belakang pintu sambil merapatkan lutut nya ke dada.
Dia takut lagi beberapa jam lagi dah nak malam. Dah lah stor ni dah lama.

Zayden baru sedar yang Airin dari tadi tak masuk. Dia capai telefon nya dan dia mendail nombor Airin. Dia call tetiba bunyi telefon Airin di atas sofa dalam bilik nya.

Dia terus pergi ambil telefon Airin itu. Dia pelik tak kan Airin dah balik sedang kan beg dan barang² nya ada dekat sini lagi.

Zayden terus keluar dan dia turun ke tingkat pekerja ² nya. Dia tengok semua dah kosong semua dah balik.

Zayden mendail pula nombor Hezri.

"Hezri kau ada nampak Airin ?" Tanya zayden dengan suara cemasnya.

"Hei bro..hari ni aku tak masuk kerja kan.."jawab Hezri dengan suara yang meleret.

Zayden terus tutup. Dia risau..tak kan pasal novel dia merajuk sampai.. zayden mula fikir bukan².

Dia cuba lagi mencari. dia turun satu persatu tingkat. Sampai dia pergi ke pondok mengawal. Tapi mereka semua cakap memang tak nampak pun Airin keluar dari offices.

Zayden naik balik dia masuk bilik. Dia risau sangat sekarang ni.

Dia cuba lagi mencari dengan cara melihat CCTV.

Dia melihat Airin bersembang dengan makcik cleaner. Dan dia melihat juga Airin mendengar perbualan dia dan Mia petang tadi.

Sekarang ni sudah pukul 8. Zayden cuba mencari keberadaan terakhir Airin. Tapi keberadaan terakhir nya hanya di lift saja semasa Airin hendak turun tapi tak tahu dia kemana.

Airin terbangun. 2 jam sudah dia terperangkap dalam stor tu. Stor tu pun dah gelap dia memang tak nampak apa-apa.

Airin bangun dan dia meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Tapi dia terlanggar satu almari yang ada barang ² . Dan semua tu terjatuh.

Dia duduk balik. Dia cuba mengetuk pintu sambil meminta tolong.

Dia terus nangis. Dia takut sekarang ni.

Zayden turun balik ke tingkat terakhir dia melihat Airin dalam CCTV tu.

Gelap je semua. Zayden terus menekan suis lampu. Dia terus berjalan sambil memanggil Airin.

Dia yakin Airin di situ.

Tiba-tiba dia dengar suara orang nangis dari arah jalan yang hanya diguna kan untuk pergi ke stor lama.

Dia terus berlari ke situ.

Dia yakin Airin terkunci di dalam. Dia terus menolak kuat pintu stor itu.

Tapi tak berjaya.

Miss. Meroyan [Og]Where stories live. Discover now