👑 1

114 17 5
                                    

HAII SEBELUM AWAKK SKIPP.. STORY NI SYE DH TUKARR SIKIT DARIPDA YG LAMA PUNYE.. JDI KLU NK BCA.. KNE BCA DRI MULA BLIKK.. SBB TKUT AWK TK KNL WATAK YG SYE TAMBAH

“argh!” jerit Daena Ifarina kesakitan apabila Puan Daima menolak kuat tubuh badannya sehingga dia tersembam ke atas lantai.

“sini kau!” herdik Puan Daima.

“sakit ma!” laung Daena kuat apabila kulit kepalanya terasa pedih akibat ditarik oleh ibunya. Perit dia menahan kesakitannya apabila badannya yang sedang terbaring diatas lantai itu di seret sehingga berada di depan pintu bilik yang agak kecil itu.

Sampai sahaja di depan pintu bilik itu, Puan Daima memaksa anak tunggalnya itu untuk berdiri dihadapannya, kemudian anaknya di rentap kuat sehingga tersungkur di dalam bilik yang kosong itu.

“ma..ma.. Daena minta maaf ma” ucap Daena Ifarina seraya merangkak bergerak ke arah ibunya dan melutut di kaki ibunya untuk meminta maaf. Puan Daima hanya diam tidak berkata. Langsung tidak ada rasa belas kasihan terhadap anaknya.

“jangan sentuh aku!” dingin Puan Daima. Puan Daima menendang kuat tubuh badan anaknya itu sehingga badan anaknya ke belakang menjauhi dirinya. Begitu jijik dia akan kepada anaknya.

Pintu bilik itu di rapatkan dengan kasar sehingga mengeluarkan bunyi hentakkan pintu dengan kuat. Daena Ifarina duduk memeluk lututnya sendiri dan menyembamkan wajah cantiknya di atas tulutnya. Dia menangis kesakitan. Sakitnya yang di heret tadi masih belum hilang, masih terasa pedih di permukaan kulit kepala.

“Hazen” seru kawan baiknya, Dzul Iman. Hazen Thufail hanya menolehkan pandangannya ke arah kawan baiknya itu. Dia mengangkatkan satu keningnya ke atas.

“aku dah settle kan semua fail dan kerja yang kau bagi aku semalam, esok aku nak minta cuti” ujar Dzul Iman.

“hah? Sekejapnya?” soal Hazen Thufail, riak wajahnya seakan tidak percaya. Mustahil kawan baiknya itu sudah menyiapkan semua kerja yang dia amanahkan semalam.

“asal? Tak percaya?” sinis Dzul.

“woah, cepat betul” puji Hazen Thufail.

“tengok orang lah” ujar Dzul Iman kebanggaan.

“esok bini kau nak bersalin dah ke?” soal Hazen membuatkan Dzul menganggukkan kepalanya dan tersenyum tipis.

“tahniah..dah jadi bapak dah kau” ucap Hazen Thufail. Matanya hanya tertumpu pada screen laptop sambil jarinya menekan nekan pada papan kekunci laptopnya itu. Ucapan Hazen membuatkan Dzul tergelak kecil.

“kau bila lagi?” sindir Dzul tersenyum senget.

“bini pun tak ada lagi, ini kan anak pula?” balas Hazen sambil menjeling tajam kepada sahabatnya itu. Nak perli dia tua tak ada bini lagi lah tu!

“ha tahu pun. Jadi bila nak ada bininya?” soal Dzul Iman.

“aku tak terfikir lagi untuk nak berumah tangga Zul. Lagi pun aku sibuk nak uruskan syarikat bapak aku ini. Banyak lagi masalah yang aku nak kena hadap, aku malas nak tambah masalah lagi nanti” kata Hazen lebar.

“pulakk.. habis kau tak nak kahwin lah?” bingung Dzul. Biar betul sahabatnya yang seorang ini. Tak nak kahwin?

“bukan macam tu..” kata kata Hazen terhenti apabila kedengaran pintu biliknya diketuk.

“masuk” ujar Hazen apabila seseorang sedang mengetuk pintu meminta izin untuk memasuki bilik kerjanya.

“maaf ganggu perbualan bos dengan encik zul” ujar salah seorang kaki tangan di syarikat itu.

OUR CAVE | OGWhere stories live. Discover now