“ha, tu diorang dah sampai dah” ujar Tuan Thahir apabila dia melihat terdapat dua buah motor yamaha R15M berwarna putih dan hitam memasuki pagar utama rumahnya itu.
Tuan Thahir tersenyum melihat tingkah laku anak lelakinya dan menantunya mengikut tingkap besar rumah itu. Ada ada saja perangai dua orang itu.
Mereka memberhentikan motorsikalnya di hadapa rumah , lalu mereka turun daripada motorsikal itu. Hazen membuka helmetnya yang sedang dipakainya, kemudian di letakkan di atas motorsikalnya.
“kau ni nak gaduh dengan aku ke helmet?” gumam Daena sendiri. Tangan sibuk mencari cara untuk membuka helmet yang dipakai olehnya.
“sini abang buka kan” ujar Hazen sambil tersenyum kecil apabila melihat isterinya sukar untuk membuka helmet daripada kepala isterinya.
“abang buang je la helmet ni. Dia dengki dengan Daena tu” dingin Daena selepas Hazen berjaya melepaskan helmet dari kepalanya.
“sabar..” ucap Hezen Thufail. Tangan sibuk membetulkan awning tudung isterinya yang sudah kelihatan tidak kemas.
“dah jom kita masuk” ajak Hazen. Dia menggenggam erat tangan isterinya lalu bergerak menuju ke arah pintu masuk.
“kau jangan ingat Hazen tu akan jadi milik kau selamanya Daena” gumam Mia sendiri. Dari tadi dia memperhatikan sepasang suami isteri itu dari jauh. Sungguh hati terasa bagaikan di pecah pecahkan apabila melihat adegan kedua orang itu.
“assalamualaikum” ucap Hazen.
“waalaikumussalam, ha sampai pun. Ingatkan dah sesat masuk ke hutan” seloroh Puan Hazna. Daena dna Hazen hanya tersenyum kecil apabila mendengarkannya.
“Dayyan tak ada?” soal Tuan Thahir.
“tak ada daddy, macam biasa lah dia selalu sibukkan diri dengan buku buku teks dia tu” jawab Daena lembut.
“iye lah, tak lama lagi spm kan” ujar Tuan Thahir.
“tapi itu lah, lama tak nampak dia” ujar Tuan Thahir lagi. Daena tidak tahu ingin menjawab apa, dia hanya menghadiahkan satu senyuman yang cukup ikhlas sahaja.
“dia sihat ke Daena?” soal Puan Hazna pula.
“sihat alhamdulillah mummy”
Selesai sahaja bersalaman dengan semua orang tetamu yang datang, Daena mengambil tempat untuk dia berehat seketika. Sejak kebelakangan ini, dia sangat mudah berasa letih.
Ikut hatinya, dia malas ingin keluar daripada rumah pada minggu ini. Hendak berjumpa dengan ramai orang? Lagi lah dia tidak ingin. Tapi apabila mak mentuanya memberitahu bahwa dia telah mengadakan majlis makan makan pada hari ini, terpaksa juga lah dia datang supaya mak mentuanya tidak terasa kecil hati.
Sebut sahaja tentang mengadakan majlis makan makan, dia teringat tentang hari yang dia membawa diri ke satu gua itu. Dia dapat melarikan diri pun disebabkan adanya majlis makan makan seperti ini.
“Arina!” seru Amira dari jauh. Daena menoleh ke arah suara tersebut. Dia tersenyum melihat sahabatnya yang sedang berlari anak menuju ke arahnya.
“lamanya tak jumpa kau!” ujar Amira teruja seraya memeluk erat tubuh ramping sahabatnya itu, Daena.
“itu lah. Lama tak jumpa kau” ujar Daena pula.
“kau macam mana? Sihat?” tanya Amira kepada Daena.
“macam mana apa? Macam ni lah. Sihat aje” jawab Daena.
“dengar cerita, kau tengah bawa anak orang sekarang” bisik Amira. Mata sibuk melirik tetamu tetamu yang hadir. Daena tersenyum melihat tingkah Amira dihadapannya sekarang.
YOU ARE READING
KAMULAH SATU-SATUNYA | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...