Malam ini merupakan malam terakhir mereka di united kingdom. Hati terasa berat apabila mereka perlu meninggalkan tempat secantik ini.
“sayang, dah ke?” soal Hazen. Dari tadi dia tunggu isterinya siap. Lama betul!
“dah, jom” jawab Daena. Dia berlari anak ke arah suaminya lalu dia memeluk lengan sasa lelaki itu, dia dongak lalu menghadiahkan senyuman kepada suaminya.
“lama betul siapnya” kutuk Hazen seraya dia mencuit sedikit hujung hidung mancung isterinya.
“biasalah..” Daena melibaskan sedikit kain tudung yang dipakainya kebelakang. Hazen menggeleng kepala melihat tingkah isterinya.
“kita nak pergi mana malam malam ni abang?” soal Daena. Disebabkan mereka tidak menyewa mana mana kenderaan, mereka hanya keluar secara berjalan kaki sahaja. Itu pun permintaan dari Daena sendiri. Ikutkan hati Hazen dia nak aje sewa mana mana kereta.
“kita nak pergi satu tempat yang mesti sayang suka. Tempat tu akan menjadi penutup kita berada di sini sebelum kita balik ke malaysia” ujar Hazen Thufail. Melihat wajah isterinya yang sudah tertunduk, dia memberhentikan langkahnya.
Daena angkat muka memandang suaminya yang tiba tiba sahaja berhenti.
“kenapa ni, hm?” soal Hazen dengan memegang kedua belah bahu isterinya. Perlahan lahan Daena menggeleng. Tangan sibuk bermain dengan baju sejuk suaminya.
“sayang.. lain kali kita datang lah sini lagi, okey?” ujar Hazen.
“betul ke?” soal Daena dengan wajah ceria.
“betul.. nanti kita datang sini dengan baby pula, okey?” ujar Hazen. Dia juga turut tersenyum apabila wajah isterinya terhiasi dengan senyuman.
“okey!”
“abang! Ambil gambar Daena boleh?” soal Daena meminta tolong untuk mengambil gambarnya berhadapan dengan sebuah jambatan yang sangat cantik.
“satu.. dua.. tiga!” Hazen mengira 123 sebelum dia menekan butang snap pada screen telefon miliknya.
“abang sini!” seru Daena kuat.
“argg..” Daena terjerit kecil apabila terdapat seseorang yang dia tidak kenali melanggar tubuhnya sehingga tersembam jatuh ke batu jalan itu. Hazen yang melihatnya matanya terbuntang luas. Dia berlari ke arah isterinya.
“sayang!” laung Hazen kemudian dia membantu Daena untuk bangun.
“i’m so sorry” ucap wanita berambut perang yang melanggar isterinya tadi.
“sorry sorry, mata letakkan dahi ke?” dingin Hazen.
“abang, kalau mata kat dahi still boleh nampak lah” ujar Daena. Dia menyiku sedikit lengan suaminya.
“oh ya eh?”
“kau ni mata letak kat tapak kaki ke?” dingin Hazen semula. Wanita berambut perang itu hanya memandang bingung terhadap kedua orang tersebut.
“terkelip kelip macam orang bangang apahal!” ujar Hazen dengan nada yang sedikit meninggi.
“dah lah, dia bukan faham pun” halang Daena.
“bagus lah dia tak faha..”
“i’m sorry” potong wanita berambut perang itu.
“nah! It’s okay” jawab Hazen dengan nada biasa. Daena pula yang bingung melihat suaminya. Tadi bukan main marah.
“sayang okey?” soal Hazen apabila wanita tadi sudah bergerak pergi.
“okey abang. Baby pun okey” jawab Daena.
YOU ARE READING
KAMULAH SATU-SATUNYA | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...