Sebulan sudah berlalu, Hazen masih tidak mendapat jawapan daripada Daena tetang anemia yang dihadapi olehnya. Bila di tanya, dia hanya mendiamkan diri. Bila hendak bawa berjumpa dengan doktor, dia membantah. Dan pada akhirnya, dia hanya membiarkan sahaja tanpa jawapan.
Tok! Tok!
Pintu diketuk dahulu sehingga lah orang di dalam bilik itu memberi kebenaran untuk masuk.
“masuk la” ujar Hazen dengan meninggikan sedikit suaranya agar orang yang mengetuk pintu bilik kerjanya itu dapat dia dengari.
“abang..” seru Daena meleret.
“ye sayang” tangan yang sibuk menekan nekan papan kekunci tadi kini terhenti. Laptop kerjanya di tolak ke tepi dahulu. Daena mendekati suaminya lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas riba suaminya.
“kenapa record record ni?” soal Hazen lembut sambil membelai rambut panjang isterinya. Telefon yang berada di tangan Daena di letakkan ke atas meja dengan bersandarkan cawan di belakangnya agar video yang di record itu dapat menghala ke arahnya.
“saja, hehe” jawab Daena.
“abang, Daena nak pinjam ipad abang boleh?” pinta Daena sambil mengelip ngelipkan matanya ke arah suaminya.
“boleh sayang” jawab Hazen. Tangan sibuk membetulkan rambut isterinya yang sudah menutupi wajah Daena.
“tapi ipad sayang mana?” soal Hazen dengan penuh tanda tanya. Jarang jarang isterinya hendak meminjam sesuatu yang dia sudah ada.
“erk.. rosak” jawab Daena teragak agak.
“rosak?” soal Hazen meminta kepastian.
“iye sayang..” ujar Daena meleret. Hazen sedikit terkedu. Hati terasa berbunga bunga. Wajah kini terasa sedikit bahang.
“elelele, blushing ke sayang? Merah merah dah pipi tu” usik Daena.
“mana ada!” bantah Hazen.
“ehem. meh sini ipad sayang, biar abang tengok mana yang rosak” Hazen cuba mengubah topik. Daena bangun dari duduknya, kemudian dia bergerak keluar untuk mengambil ipad milik dirinya sendiri.
“nah” Daena menghulurkan ipad tersebut, kemudian dia kembali duduk di atas riba suaminya.
Tekan sahaja butang on, Hazen terkedu apabila dia melihat wallpaper lock screen yang isterinya letakkan. Tubuhnya kaku. Lama dia tenung screen tersebut. Daena yang melihat reaksi suaminya itu, dia mendekatkan wajahnya ke telinga suaminya.
“congratulations papa” bisik Daena ke telinga Hazen. Perlahan lahan pandangan Hazen beralih ke arah isterinya.
“is that true?” soal Hazen meminta kepastian. Perlahan lahan Daena mengangguk kemudian dia menghadiahkan satu senyuma manis buat suaminya.
Ipad yang di pegang di letakkan dahulu di atas meja sebelum dia memeluk erat tubuh isterinya. Dia menyembamkan wajahnya di leher isterinya. Daena hanya membiarkan sahaja sehingga lah dia terasa basah di permukaan kulit lehernya.
Daena meleraikan pelukan tersebut. Apabila dia melihat wajah suaminya kini sudah di basahi oleh air mata lelaki itu. Daena memegang ke dua belah pipi suaminya lalu mengusap lembut sisa air mata yang tinggal di permukaan kulit wajah suaminya.
“jangan lah menangis abang..” perkataan ‘abang’ di panjangkan sedikit oleh Daena.
“tha-thankyou sayang” ucap Hazen tersedu sedu.
“terima kasih Ya Allah” ucap Hazen lagi. Daena hanya mampu tersenyum melihat reaksi suaminya.
“okay! Now kita kena stop drama tv3 kita ini” tangan Daena naik mencapai telefon yang di record tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/372008936-288-k92352.jpg)
YOU ARE READING
KAMULAH SATU-SATUNYA | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...