👑 23

27 12 0
                                    

“kau baru nak turun ke perempuan?” ujar Tok Wan kasar. Daena dan Hazen berjalan beriringan menuju ke arah meja makan tersebut. Nampaknya semua sudah berada di situ. Daena tersengih pahit mendengarkannya. Sakit Ya Allah.

“menantu apa macam kau ni Daena? Tak tolong langsung mak mentua kau masak” kutuk Mia depan depan. Daena hanya setia mendiamkan diri. No reaction. No comment. That’s hurt, too much hurt!

Hazen tarik kerusi ke belakang bagi memberikan ruang untuk isterinya melabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut. Kemudian, baru lah dia duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan isterinya.

“Daena nak makan apa?” soal Puan Hazna lembut kepada menantunya.

“tak apa lah mummy. Daena tak makan pagi” tolak Daena Ifarina lembut.

“abang nak makan apa? Daena ambilkan” soal Daena seraya menoleh ke arah suaminya.

“ambil je lah apa apa” jawab Hazen Thufail. Daena hanya mengangguk kemudian mencapai satu pinggan kaca lalu meletakkan nasi goreng yang dibuat oleh mak mentuanya pagi tadi. Mata Hazen tak lepas daripada memandang ke arah isterinya.

“nah..” Daena menghulurkan pinggan itu kepada suaminya.

“kenapa?” soal Daena Ifarina pelik. Dia kerut dahi apabila Hazen terus terusan memandangnya seperti hendak menelan dirinya. Dah kenapa?

“cantik” seloroh Hazen. Langsung tidak peduli dengan orang sekeliling yang sedang memandang ke arahnya. Jangan jujur sangat awaknyaa.

“Uhuk! Uhuk!” Hazel yang sedang menghirup kopi panas itu tersedak apabila mendengar pujian abangnya.

“wo..wo.. kau rilek jap” ujar Hazel sambil mengangkat sebelah tangannya seakan akan memberi arahan untuk kereta itu berhenti.

“kot ya pun. Dalam bilik lah. Bukan kat sini” sambung Hazel sambil menjeling ke arah Mia dan Tok wan.

“suka hati aku lah. Isteri aku bukan isteri orang lain” balas Hazen lalu membetulkan kedudukannya lalu dia menyuakan sesuap nasi ke dalam mulutnya.

“memang la bini kau, aku bukan apa. Takut ada mata mata yang tak puas hati je” ujar Hazel seraya tersengih nakal.

“kan Mia?” sambung Hazel lagi. Dia menekankan sedikit suaranya seraya mengenyitkan sebelah matanya ke arah gadis yang bernama Mia.

“sudah sudah. Makan cepat. Hari ni dah nak masuk kerja kan Hazen?” soal Puan Hazna untuk menukar topik. Nanti tak pasal pasal ada yang bertumbuk pula.

“haah mi. Tapi masuk tengah hari lah kot” jawab Hazen Thufail.

“kesian abang Hazen asyik kena kerja, mesti penat” ujar Mia tergedik gedik. Hazen kerut dahi. Apa yang minah ni mengarut?

“maklum lah ada bini yang kuat mengikis” sambung Tok Wan. Kini, hati Daena terasa mahu pecah. Sakitnya dengar Ya Allah.

“memang itu tanggungjawab seorang suami kan? Nak kesian apanya? Kalau duit tu habis kat isteri aku sekali pun, aku tak rasa benda tu menyusahkan aku atau buat aku rasa menyesal, bahkan aku rasa bersyukur” ujar Hazen dengan nada biasa. Mata masih fokus pada makanan yang berada di pinggannya.

“habis kau balas apa?” soal Dzul selepas mendengar apa yang di ceritakan oleh Hazen tentang Mia dan neneknya.

“nak balas apa? Tak tahu la nak balas apa lagi zul” ujar Hazen yang sedang rancak menekan nekan papan kekunci komputernya.

“bodoh punya suami. Kesian isteri kau” ujar Dzul. Tangan Hazen yang tadi sibuk menaip kini terhenti apabila mendengar carutan sahabatnya kepadanya.

KAMULAH SATU-SATUNYA | OGWhere stories live. Discover now