👑 31

19 9 0
                                    

Pagi pagi lagi Hazen sudah bergerak pergi ke tempat kerjanya. Kini hanya Daena dan Dayyan yang tinggal di rumah banglo tersebut.

Daena tenung wajahnya disebalik cermin yang memantulkan dirinya. Rambut panjang miliknya yang sedang menutupi sebelah mata kirinya di bawa ke belakang telinganya. Dia tersenyum sinis melihat dirinya sendiri.

Tring!

Dia mengerling ke arah telefon bimbitnya yang sedang bergetar meminta untuk diangkat. Ibu jarinya menyentuh screen telefon bimbit tersebut. Butang hijau diseret ke kanan lalu ditekapkan telefon tu pada telinganya.

“ya?” Daena memulakan bicara.

“kau busy? Aku dah lama tak jumpa kau, ingat nak ajak kau keluar. Kita cipta memori baharu nak?” ujar Amira di dalam panggilan tersebut.

“urm.. A-Amira kan?” soal Daena kepastian.

“iye Nur Daena Ifarina” jawab Amira mendatar.

“Amira, sorry.. aku buzy hari ini. Hari lain boleh?” ujar Daena teragak agak.

“oh ye ke. Okay lah kalau macam tu. Sorry ganggu” kata Amira.

sorry tau” ucap Daena bersama senyuman.

it’s okay la..”

Panggilan terus dimatikan oleh Daena. Daena mencapai sehelai tudung lalu di sarungkan di kepalanya. Kaki melepasi anak tangga tersebut. Dia tersengih apabila melihat adik lelakinya sedang duduk di sofa ruang tamu rumahnya itu.

“Dayyan” seru Daena. Dia berjalan menuju ke arah adik lelakinya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan adik lelakinya.

“ya? Eh kakak nak keluar ke?” soal Dayyan. Dia mencapai remote tv tersebut lalu menekan butang off. Perhatian di berikan sepenuhnya kepada kakaknya. Daena tersenyum melihat tingkah adik lelakinya itu.

“haah nak keluar. Pergi ambil barang” jawab Daena lembut. Dayyan hanya menganggukkan kepalanya. Bibir terukir satu senyuman manis.

“jom. Teman kakak jap” ujar Daena.

“boleh, tunggu Dayyan tukar baju sekejap” kata Dayyan sebelum dia bangun menuju ke arah bilik yang dia diami. Daena hanya mengangguk tanda memberi respon.

“kakak tunggu dalam kereta”

“kakak nak ambil barang kat mana?” soal Dayyan yang baru sahaja masuk ke dalam perut kereta.

“entah. Tengok je la kat mana nanti” ujar Daena Ifarina. Daena membetulkan kedudukannya sebelum keretanya meluncur ke jalan raya.

Sepanjang perjalanan ingin ke destinasi tersebut, Daena hanya diam tidak berkata. Begitu juga dengan Dayyan yang hanya turut berdiamkan diri.

Handbreak kereta ditarik sebaik sahaja kereta itu betul betul berada dihadapan sebuah rumah banglo.

“kak?” seru Dayyan seraya mengerutkan dahinya.

yes?” Daena toleh ke arah adik lelakinya yang sedang duduk di kerusi penumpang belah depan.

“kita nak buat apa kat sini?” soal Dayyan.

“jom lah masuk dulu. Dayyan tak rindu rumah kita dulu ke?” soal Daena bersama senyuman sinis. Dia angkat kaki keluar dari perut kereta tersebut.

Dayyan yang sudah tidak sedap hati, terus menghantar location kepada abang iparnya.

Tok! Tok!

Dayyan sedikit terkedu apabila Daena mengetuk tingkap pintu kereta itu. Daena membuat bahasa isyarat menyuruh adik lelakinya keluar. Dayyan mengorek senyuman paksa.

KAMULAH SATU-SATUNYA | OGWhere stories live. Discover now