Semasa Daena menunggang motorsikalnya sesekali dia mengerling ke side mirror. Kelihatan suaminya sedang mengikutinya dari belakang. Daena menambahkan kelajuan motorsikal tersebut.
Liur di telan kesat apabila melihat motorsikal isterinya semakin laju dan semakin menjauhi darinya.
Pin!
Bush!
Bunyi dentuman yang kuat dari belakang membuatkan Daena terkedu. Pemikiran negatif mula bermain main dalam fikiran. Dia memberhentikan motorsikalnya, apabila dia menoleh ke belakang, jelas terdapat sebuah motorsikal telah di rempuh oleh sebuah kereta.
Daena turun dari motorsikal. Perlahan lahan dia berjalan ke tempat kejadian tersebut. Dia tidak dapat melihat siapakah gerangan yang di rempuh itu memandangkan terlalu ramai orang yang menghalang pemandangannya.
“cik! Boleh tepi sikit?” ujar Daena tetapi kata kata Daena tiada siapa yang mendengarnya. Dia tiada pilihan selain dia melanggar sahaja sesiapa yang berada di hadapannya.
“cik? Maaf encik tidak boleh memasuki kawasan tersebut” halang seseorang pegawai yang sedang bertugas.
“saya Cuma nak tengok siapa” bantah Daena dengan suara yang sedikit meninggi.
“tolong beri kerjasama cik” halang pegawai tersebut.
“itu bukan suami saya kan?” soal Daena dengan air mata yang sedang bertakung.
“sayang..” seru seseorang dari belakang. Perlahan lahan Daena toleh ke belakang.
Hazen!
Kaki perlahan lahan mendekati suaminya. Pandangan yang kabur kini sudah semakin jelas apabila air matanya mula mengalir.
Kaki Daena terhenti apabila tepat sahaja dia berada di hadapan suaminya. Hazen tersenyum melihat wajah isterinya yang jelas sedang merisaukan tentang keselamatannya.
Buk!
“aduh” Hazen mengaduh apabila tangan kecil Daena laju menyinggah ke perutnya. Daena tolak Hazen ke tepi. Dia berlari mendapatkan motorsikalnya.
Tayar motorsikal Daena di berhentikan tepat di hadapan rumahnya. Dia turun dari motorsikalnya lalu dia membuka helmet yang di pakai olehnya dari tadi.
“kakak.. dah balik?” soal Dayyan apabila dia melihat susuk tubuh kakaknya yang baru sahaja pulang.
“Dayyan kalau lapar ambik makan dalam plastik tu ya, kakak dah bungkuskan untuk Dayyan. Kakak naik dulu” ujar Daena sekali nafas. Dayyan berkerut dahi. ‘ada apa apa yang terjadi ke?’ kata kata itu sedang bermain dalam fikirannya. Ujian apa lagi lah yang sedang menimpa kakaknya, sudahlah kakaknya sedang hamil.
Beberapa minit sudah berlalu, abang iparnya pula yang pulang. Baru dia terfikir mengapa mereka pulang pada waktu yang berbeza? Sah mesti ada perkara yang terjadi di rumah mak mentua kakaknya.
“kenapa abang Hazen baru balik?” soal Dayyan lalu dia menyuakan sesuap nasi ke dalam mulutnya.
“kakak mana Dayyan?” soal Hazen. Soalan di balas soalan.
“kakak dekat atas” jawab Dayyan. Hazen terus melangkah laju melepasi anak tangga.
Apabila Hazen membuka pintu bilik tidur mereka kelihatan isterinya sudah di bawa mimpi. Perlahan lahan kaki mendekati wanita itu. Selimut yang di pakai oleh isterinya ditarik sehingga ke paras bahu.
“bukan salah abang, sayang” ujar Hazen perlahan lalu dia membaringkan dirinya bersebelahan dengan isterinya.
Hazen peluk isterinya dari belakang. Daena pantas menolak tubuh suaminya menjauhi dirinya. Dia jijik.
YOU ARE READING
KAMULAH SATU-SATUNYA | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...