👑 29

26 11 0
                                    

“abang pergi kerja dulu” ucap Hazen seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Daena hanya mengangguk dan menyambut huluran suaminya.

“jaga diri, jangan nak bergaduh gaduh” pesan Hazen kepada Daena.

“huh? Maksud abang?” bingung Daena.

“ye lah, kau ni bukan boleh kira. Dengan adik beradik pun boleh bunuh membunuh kan?” sinis Hazen.

“kau ni” Daena menjeling tajam ke arah suaminya yang sering mengutuknya itu.

“Daena tak akan buat kalau..”

“dah dah, abang nak pergi kerja dah ni” belum sempat Daena menghabiskan ayatnya, Hazen terlebih dahulu memotongnya. Hazen tersenyum memandang wajah cantik isterinya.

“iye lah. Abang tu pergi kerja buat kerja, bukan main roblox ye!” sindir Daena semula. Mati senyuman lelaki itu sebaik sahaja mendengar sindiran daripada Daena.

Daena menutup rapat pintu rumahnya itu lalu menguncinya dengan berhati hati. Tekak terasa kering, dia mula melangkahkan kaki menuju ke arah dapur.

Tangan mencapai satu gelas kaca yang telah di susun dengan rapi di atas rak itu besi itu lalu membuka langkah menuju ke arah penapis air untuk mengisi air ke dalam cawan kaca tersebut.

“kakak” seru seseorang dari belakang. Daena terkedu. Cawan yang di pegang di letakkan dahulu di atas table top sebelum dia memusingkan badannya kebelakang menghadap seseorang yang telah menyerunya.

Daena menarik nafas dalam, dia mengangkatkan sebelah keningnya ke atas sebagai tanda tanya.

“jom kita pergi kubur mama papa nak?” soal Dayyan dengan lemah lembut.

“tak nak” jawab Daena ringkas.

“kenapa?” soal Dayyan lagi.

“kalau kau nak pergi, kau pergi je. Kalau aku nak pergi sekali pun, aku akan pergi sendiri” balas Daena dengan nada yang keras. Dia mula membuka langkah untuk pergi daripada kawasan itu. Bahu mereka berlaga apabila Daena berjalan di sisinya.

“kenapa eh?” soal Dayyan dengan penuh tanda tanya seraya membalikkan tubuhnya menghadap kebelakang.

Kaki Daena terhenti. Dia memusingkan tubuh badannya ke belakang menghadap adik lelakinya yang masih setia berdiri di tempat yang sama dari tadi.

“kenapa kau benci sangat dengan aku?” soal Dayyan. Hati terasa sedikit membara apabila kakaknya terus terusan melayani dirinya dengan begitu teruk. Panggilan hormat terus berubah menjadi yang lebih kasar.

Bibir Daena terukir satu senyuman sinis.

“ni lah diri kau yang sebenar” ujar Daena dengan nada biasa. Senyuman sinis masih kekal terukir di bibirnya.

“aku tanya..”

“aku tak rasa untuk aku ulaskan lagi kenapa aku bencikan kau” potong Daena dengan nada keras.

“mama papa dah tak ada dah kak! Apa yang susah sangat untuk kau move on perkara yang dah lama berlaku?” ujar Dayyan dengan nada yang sedikit meninggi. Daena terdiam sejenak.

so, kau dengan family kau ada kisah silam yang gelap lah?” sampuk seseorang dari belakang. Daena memusingkan pandangannya ke belakang. Dia terkedu. Begitu juga dengan Dayyan turut terkedu apabila melihat dua orang wanita yang tiba sahaja mucul dari ruangan dapur.

“M-Mia? Tok W-Wan? Ujar Daena dengan terkedu.

“masih tak lupakan dosa mak ayah yang dah tak ada” ujar Tok Wan sambil mengetuk ngetuk dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“bencikan adik beradik sendiri?” sambung Tok Wan. Dia melangkah mendekati Daena.

“mungkin sebab ini kau masih tak ada anak? Iye lah. orang macam ni, layak ke jadi ibu?” ujar Tok Wan nya. Mia yang sedang berdiri di sisi Tok Wan ketawa kecil mendengar kata kata Tok Wan.

Sungguh, kata kata itu membuatkan Daena rasa tertampar. Hatinya bagai dipijak pijak sehingga menjadi debu. Begitu juga dengan Hazen yang berada di sebalik dinding yang memisahkan antara ruang dapur dan ruang tamu turut terdengar kata kata itu.

Ya, sebaik sahaja Hazen berada di parking lot tempat kerjanya, dia terus berpatah balik ke rumah akibat terasa seperti akan sesuatu yang berlaku kepada isterinya.

Jadi betul kata hatinya, ada sesuatu yang terjadi kepada isterinya. Dan dia bersyukur kerana tidak mengabaikan kata kata hatinya dengan terus terusan berfikiran positif.

who are they?” soal Dayyan mengerutkan dahi memandang ke arah kakaknya yang sudah terdiam tidak terkata.

“ka..”

someone from hell” potong Daena Ifarina. Dua orang wanita itu terkedu dengan kata kata Daena. Sungguh mencabar kesabarannya.

“k-kau” Mia melangkah mendekati Daena. Daena pantas menarik beberapa gelas yang berada di table top dapurnya itu sehingga jatuh ke atas lantai. Kesemua yang berada di situ sedikit terkedu dengan tindakkan wanita tersebut. Serpihan kaca yang terkena kaki Daena sehingga mengeluarkan cecair merah di biarkan sahaja.

“s-sayang?” Daena toleh ke arah suara yang menyerunya. Dia terkedu. Macam mana? Macam mana dia boleh ada di sini?

Daena menarik nafas dalam.

“ya, mungkin betul lah tu apa yang kau kata. Aku ni tak layak jadi ibu. Dan aku berharap sangat yang aku tak akan jadi seorang ibu” ujar Daena dengan keras.

“sebab aku tak nak apa yang mama buat dekat aku akan berulang pada anak aku” sambung Daena.

“Daena!” laung Hazen. Hatinya terasa sedikit kecewa apabila isterinya sendiri berkata begitu.

“apa?! Abang kecewa? Yes teruskan dengan rasa kecewa itu dan tanamkan dalam diri untuk kahwin dengan perempuan lain yang ikhlas nak bagi abang anak!” tengking Daena. Air mata laju mengalir ke pipi. Kini mata sepasang suami isteri itu berlaga.

‘tak. Da-Daena tipu abang, Daena nak sangat anak’ ujar Daena dalam hati.

what are you talking about, Daena?” ujar Hazen menahan amarahnya.

a-are you de-deaf” ujar Daena. Dia terpaksa. Dia terpaksa berkata seperti demikian supaya lelaki itu membencikan dirinya.

 Daena membuka langkah dengan pantas keluar daripada rumah tersebut. Dia tak kuat untuk melihat riak wajah seorang lelaki yang dia cintai begitu kecewa akibat dirinya sendiri.

“sayang” pantas Hazen menarik tangan Daena lalu dia memeluk erat tubuh isterinya itu.

“lepas!” Daena meronta ronta di dalam pelukan tersebut sehingga lah dirinya terlerai daripada pelukan suaminya itu. Belum sempat Hazen mencapai tangan isterinya, Daena terlebih dahulu pantas membawa diri.

Pin!

Daena tidak mampu berbuat apa apa. Dia berdiri di tengah jalan tar seperti patung yang tidak bernyawa. Tidak tahu mengapa, kakinya terasa seperti di gam di atas jalan tar itu. Apabila cahaya kenderaan itu semakin dekat, di hanya mampu tersenyum kemudian dia menoleh ke arah suaminya yang sedang berlari ingin mendapatkannya.

“Daena!” laung Hazen kuat.

Bumm!

Bunyi dentuman kuat terhasil apabila tubuh Daena yang dilanggar oleh sebuah lori. Dapat dia rasakan dirinya seperti di lambung ke hadapan. Tidak ada kata kata lagi untuk dia ungkapkan, dia hanya berharap jalan cerita hidupnya hanya sampai disini. Sekurang kurangnya hidupnya tetap berakhir dengan gelaran isteri kepadanya Hazen.

Mata dipejam rapat menahan kesakitan yang diami sewaktu kini. Cecair merah yang terhasil darinya kini sudah merebak di atas jalan tar tersebut.

“sayang.. bangun sayang”

Dia dengar suara itu, tapi dengan kekuatan yang dia ada sekarang tidak dapat untuk dia membuka mata. Kesedarannya makin lama makin perlahan menghilang. Dia terasa seolah olah dia sedang tenggelam di dalam kegelapan yang perlahan lahan menariknya.

 

tbc

KAMULAH SATU-SATUNYA | OGWhere stories live. Discover now