👑30

19 10 0
                                    

Tit Tit Tit

Wajah Daena kini penuh dengan kerutan akibat menahan rasa sakit yang menyucuk di kepalanya. Apabila dia buka sahaja kelopak matanya, mata mula meliar liar di kawasan tersebut. Jelas kini dia berada di dalam bilik rawatan.

Dia bangun daripada baringnya lalu dia menyandarkan tubuhnya di kepala katil pesakit tersebut. Dia tunduk bermain dengan tangannya sendiri. Hati terasa kosong. Dia merasakan seperti dia baru sahaja di lahirkan ke dunia.

Bunyi pintu bilik yang dibuka oleh seseorang, membuatkan dia berpaling ke arah pintu tersebut. Dia terkedu apabila melihat seorang lelaki ingin melangkah masuk menuju ke arahnya.

“sayang?” Hazen terkedu apabila isterinya pantas menyembunyikan diri di sebalik selimut nipis yang di sediakan oleh pihak hospital.

“ha?” Daena mengangkat wajahnya. Dia mengerutkan dahinya apabila mendengar lelaki itu sedang memanggilnya.

“awak siapa?” soal Daena Ifarina.

Hazen terkedu. Dia terdiam sejenak. Lama mata mereka bertentangan.

“Daena tak ingat abang?” soal Hazen. Hati seperti di goncang apabila menunggu jawaban daripada isterinya itu.

Perlahan lahan Daena menggeleng gelengkan kepalanya.

Zap!

Hati terasa seperti di cincang. Dengan melihat jawaban yang diberikan, sudah cukup untuk membuatkan lelaki terdiam.

“awak abang saya ke?” soal Daena dengan mengangkatkan sebelah keningnya.

“Puan Daena telah mengalami Amnesia selepas trauma, kebiasaanya ia berpunca daripada kecederaan kepala, seperti hentakkan pada kepala dalam kemalangan tersebut” terang doktor Afrina. Hazen terkedu mendengar berita yang telah di sampaikan oleh doktor itu. Kakinya terasa seperti tiada lagi kekuatan untuk menampung diri, serta merta tubuhnya melorot jatuh ke bawah. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.

“dia memang tak boleh ingat sampai bila bila ke doktor?” soal Puan Hazna yang turut berada di situ.

“Amnesia selepas trauma biasanya bersifat sementara tetapi berapa lama berlarutan itu bergantung kepada badan pesakit dan keterukan kecederaan kepada pesakit” jawab doktor Afrina.

“saya harap kamu sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian untuk kali ini, saya doakan supaya Allah meletakkan kekuatan dalam diri awak semua” ucap doktor Afrina.

“saya minta diri dulu” pinta Doktor Afrina sebelum dia bergerak memusingkan tubuhnya kebelakang untuk berlalu pergi ke bilik pesakit seterusya.

Kini tubuh belakang lelaki itu perlahan lahan bersandar pada dinding putih hospital itu. Jelas tubuhnya sudah bergetar denga hebat, lutut ditarik mendekati bidang dadanya sebelum dia menyembamkan wajahnya disitu.

“Hazen sayang.. jangan macam ni please” pujuk Puan Hazna. Puan Hazna turut melutut di hadapan anak lelakinya lalu menarik lelaki itu kedalam pelukannya.

“isteri Hazen mummy..” ujar Hazen bersama tangisan di dalam pelukan ibunya.

“ya sayang.. mummy tahu anak mummy kuatkan?” pujuk Puan Hazna seraya mengusap perlahan lahan belakang tubuh anak lelakinya. Hazen menggeleng gelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan apa yang ibunya katakan. Hazel dan Tuan Thahir yang turut berada di situ turut bersimpati.

“Hazen.. dengar sini sayang.. setiap kali kita diuji, ciptalah seribu satu sangka baik kamu pada Allah. Dia tahu yang terbaik. Bukankah ujian itu tandanya Allah sentiasa peduli?”

Daena yang berada di sebalik pintu yang memisahkan mereka turut mengalirkan air mata.

‘saya mintak maaf’ bisiknya dalam hati.

“ini rumah kita” ujar Hazen sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.

Beg besar di tangannya diletakkan dahulu sebelum dia kembali merapatkan pintu utama rumahnya banglo miliknya itu.

“kakak!” laung Dayyan kuat seraya berlari menuju ke arah Daena. Dia menarik tubuh kakaknya masuk ke dalam pelukannya.

“kakak?” bingung Daena yang masih berada dalam pelukan lelaki itu.

“sayang.. ni adik awak. Satu satunya adik lelaki awak” terang Hazen. Daena meleraikan pelukkan tersebut lalu dia menatap lama wajah adik lelakinya.

Senyuman Dayyan serta merta mati apabila dia baru teringat tentang amnesia yang dihadapi oleh kakaknya.

“betul ke mama papa kita dah tak ada?” soal Daena lembut kepada adik lelakinya. Dayyan hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepalanya perlahan lahan. Tiada senyuman di sebalik bibirnya.

“malangnya, kakak tak dapat ingat sedikit pun kenangan kakak dengan mereka” ujar Daena seraya tertunduk. Dia mengeluh. Rasa sedih kini sedang menguasai hatinya.

Dayyan terkedu dengan cara percakapan kakaknya terhadap dirinya. Andai suatu hari nanti apabila kakaknya kembali mengingati kenangan lama, mungkin dia tidak di layan seperti ini lagi.

“sayang.. jom kita naik, bersihkan diri dulu ok?” ujar Hazen dengan memeluk bahu isterinya.

“awak mandi dulu, abang turun bawah siapkan makan malam. Nanti kita makan sama sama ye?” pinta Hazen. Daena hanya menggangguk sekali, dia memandang lama belakang tubuh Hazen yang semakin lama semakin menghilang. Kemudian dia bangun bergerak memasuki ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia terkedu apabila Hazen setia menunggunya sehingga selesai.

“alamak.. lama sangat ke awak tunggu saya mandi?” soal Daena seraya melangkah mendekati lelaki itu.

Hazen tersenyum. Dia yang sedang duduk di birai katil itu turut menarik isterinya untuk duduk di sisinya.

“isteri abang ni kenapa hm?” soal Hazen apabila melihat mata sembab isterinya.

“ok aje lah” jawab Daena dengan senyuman.

eyes say more than a words, eyes never lie, and only eyes can explain how much it hurts with tears” Daena sedikit terkedu dengan apa yang Hazen kata kan.

so, tell me sayang.. kenapa ni?” soal Hazen lagi.

“ish, tak..”

“aip. Jangan kata tak ada apa eh!” potong Hazen seraya dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir merah jambu milik isterinya.

“tak tahu” jawab Daena Ifarina. Hazen mengecilkan kelopak matanya sambil menatap ke arah mata sembab isteinya.

“ada aje perangai dia ni” ujar Hazen. Dia mencuit sedikit hidung mancung isterinya. Daena tersengih suka.

“dah jom, kita turun makan. Dayyan dah tunggu kat bawah. Makanan pun dah hidang tu, nanti sejuk tak sedap pula” ajak Hazen. Daena hanya mengangguk sekali kemudian tersenyum ke arah suaminya.

“ha turun pun kau orang. Lama Dayyan tunggu. Buat apa lama lama kat atas” ujar Dayyan. Dia meletakkan telefon bimbitnya yang di pegang tadi di atas meja. Hazen hanya tersenyum tidak berkata apa apa.

“awak masak apa ni?” soal Daena dengan menoleh pandangannya ke arah Hazen.

“tomyam. Kenapa?” soal Hazen pula.

“sedapnya bau!” puji Daena teruja. Hazen pula tersengih suka apabila iseterinya memuji masakkan yang di buat oleh dirinya.

“rasa dulu”

Hazen menarik satu pinggan kaca lalu meletakkan sesenduk nasi ke atasnya. Kemudian, dia meletakkan pula lauk yang di masakkan oleh dirinya sendiri ke atas nasi tersebut.

“thankyou” ucap Daena selepas mencapai pinggan yang dihulur oleh Hazen.

KAMULAH SATU-SATUNYA | OGWhere stories live. Discover now