👑 28

21 10 0
                                    

"assalamualaikum" ucap seseorang dari luar pintu. Daena berlari mendapatkan sehelai tudung sebelum dia membuka pintu tersebut.

"urm.. waalaikumusalam" jawab Daena seraya membuka luas peemukaan pintu tersebut.

"kawan Hazen kan?" soal Daena meminta kepastian. Dzul hanya tersenyum lalu mengangguk sekali.

"masuk lah" pelawa Daena Ifarina. Sekali sekala dia tersenyum suka melihat bayi yang berada di dalam dukungan lelaki itu. Comel!

"Hazen mana?" soal Dzul sebelum dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk itu.

"dekat atas, sekejap saya panggil dia" jawab Daena. Dia melangkah melepasi anak tangga tersebut.

Tok! Tok!

Daena mengenakan ketukan pintu sebaik sahaja dia berada di hadapan pintu bilik kerja suaminya. Mendengar sahaja suara yang memberi izin untuk dia masuk, dia terus pulas tombol pintu tersebut.

"oi! kawan datang tu" ujar Daena sebaik sahaja dia melangkah masuk.

"suka hati kau nak ber oi oi kan suami ye?" Hazen bangun dari duduknya kemudian melangkah mendekati isterinya. Daena tersengih mendengar kata kata suaminya.

Pak!

"aduh.. sakit la!" Daena terjerit kecil apabila tangan Hazen naik menjentik dahinya. Dahinya yang di jentik itu di pegang oleh tangannya sendiri.

"alololo sakit ye? Nak abang bawa pergi hospital tak?" ujar Hazen membuatkan Daena menjeling tajam ke arahnya.

"tak payah. Baik abang bawak Daena jumpa thariq, mesti sakit terus hilang" ujar Daena sebelum dia memusingkan tubuhnya untuk bergerak keluar daripada bilik itu.

"thariq?" pantas Hazen memusingkan semula tubuh isterinya menghadap ke arahnya.

"siapa thariq?" ujar Hazen dengan mengerutkan dahinya.

"skandal" sepatah sahaja jawapannya sebelum dia memusingkan semula tubuhnya. 'skandal yang tak wujud' bisik Daena dalam hati.

"sejak bila isteri aku pandai nak berskandal skandal ni?" ujar Hazen perlahan sebelum dia mengikuti langkah isterinya dari belakang.

"Zul? Eliza? Kau orang buat apa kat sini?" soal Hazen dengan mengerutkan dahi.

"nak bincang pasal kerja la. Takkan nak tumpang tandas pula?" seloroh Daena yang baru sahaja hendak duduk di atas sofa bersebelahan dengan isteri kepada sahabat suaminya itu.

"tah kau ni" sokong Dzul dengan apa yang Daena katakan. Hazen hanya memandang tidak puas hati ke arah isterinya lagi lagi apabila Daena tersenyum sinis ke arahnya.

"awak berskandal dengan mamat ni jugak ke sayang?" soal Hazen malas malas sebelum dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan sahabatnya itu.

"oh sekejap. Daena buat air" pinta Daena sebelum dia bergerak menuju ke arah dapur.

"bini kau dengan adik dia macam mana?" soal Dzul apabila bayang bayang Daena tidak kelihatan lagi.

"macam mana apa? Macam tu lah. Aku pun tak tahu nak kata apa, makin hari makin teruk aku tengok" terang Hazen. Dia mengeluh, sakit memikirkan perangai isterinya asyik mengeluarkan kata kata kesat kepada adik iparnya itu.

"adik ipar kau umur berapa sekarang?" soal Dzul. Tangan kecil anak perempuannya yang sedang bermain dengan wajahnya itu dibiarkan.

"dua puluh tiga"

"oh, dia tak ada rasa nak bekerja ke? Iya lah, dulu boleh lah mak ayah dia tanggung dia, tapi sekarang aku tak rasa kau perlu tanggung hidup dia seratus peratus" ujar Dzul.

KAMULAH SATU-SATUNYA | OGWhere stories live. Discover now