SOPIAH ISKANDAR| 07🧸

813 91 17
                                    

Celik saja dari pengsan, jantung berdegup gila. Piah takut nak tengok siapa yang peluk dirinya dari belakang. Takkan Kaled?

Kaled bawa dia nalik rumah ke?? Piah cuak. Tak fikir panjang. Mulutnya berdehem sebelum—

"AAAAAARGHHHHHHH!!!"

BUK!

Usai jeritan panjang Piah, buku limanya singgah tepat ke wajah kacak seorang Muiz.

"Aduh!"

Tubuh panjang Muiz tergolek ke bawah katil. Menyeringai dia usap batang hidung yang jadi mangsa tumbukan Piah.

"Sopiah—"

"MUIZ!!"

"Aaarkk!"

Senak perut Muiz akibat hentakan Piah. Piah terjun dari atas secara mengejut. Memeluk dirinya di bawah dengan erat. Tak nak lepas.

"Hei Sopiah.."

Lembut dan erat Muiz balas pelukan isterinya. Kemudian dia gamam apabila rasa badan panas Piah bergegar. Nangis dalam pelukannya.

"Sopiah..tell me. Tell me, Sopiah. Kenapa lari? Kenapa sayang tinggalkan abang?"

Bibir Muiz mendarat lembut pada bahu Piah. Dadanya dah basah dengan air mata Piah. Piah geleng kepala. Tak nak angkat muka.

"Why, sayang? Sayang marah sebab tak ready ke malam tadi kit—ADUH!"

Berdentum bunyi abdomen Muiz ditumbuk Piah. Mata Muiz terpejam erat tahan sakit. Tak main- main siot. Ini dah jadi kes dera.

"Aku marah sebab benda lain, Muiz."

Serak suara Piah. Bahasanya kasar. Tapi itu bukan masalah Muiz. Muiz beriak serius.

"Then apa? Pasal apa? Bagitau abang—"

"KAU YANG TAK BAGITAU AKU!!"

Jerit Piah tiba- tiba. Dia mengamuk mahu lepaskan diri dari pelukan Muiz. Tapi Muiz sengaja keraskan tangan di pinggang Piah.
Tubuh Piah dipaksa duduk atas riba. Kuat rahang Muiz menggeletuk tahan marah.

"Bagitau pasal apa? Abang tak faham. Sumpah abang tak tahu kenapa sayang marah,"

Tegas Muiz sambil eratkan pelukan. Muka pucat Piah jadi sasaran renungan. Tajam.

"K-kkau...kau simpan nama dia, Muiz. Kau tak bagitau aku."

Menggigil badan Piah langgar panahan mata coklat Muiz yang tajam. Dia dah tak meronta. Dia diam dengan sisa tangisan.

"Nama dia? Siapa? Siapa si sial tu?"

Soal Muiz serius. Riaknya berganda tegang. Piah ketap gigi. Dia tak faham kenapa Muiz masih cuba berdalih.

"Riana."

Sepatah dari suara serak Piah. Badan Muiz mengeras. Muiz perhati mata merah Piah.

"Sebab dia... kau lari, nangis, merajuk? Sebab orang yang dah tak ada?"

"Tapi dia tetap ada dengan kau, Muiz. Kau masih sayang Riana. Kau masih simpan dia."

Kata- kata Piah undang kemarahan Muiz. Muiz cuba kawal amarah baran yang datang.

"Aku..tak faham Sopiah. Kenapa kau cakap aku sayang dia? Kenapa kau cakap aku 'simpan' dia? Kenapa? Siapa cakap pada kau?"

"Kau, Muiz. Kau ada bukti cinta Riana."

Berderau darah Muiz apabila kepala Piah sandar pada dadanya. Kedua tangan Piah melingkar dari pinggangnya untuk ke belakang.

"Sini,"

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now