SOPIAH ISKANDAR| 32🧸

464 50 31
                                    

Perlahan kepala Muiz menoleh sisi tatkala rasa haba manusia labuhkan duduk di sebelah. Sedikit berubah air muka datarnya.

"Mak,"

Tegur Muiz seraya ukir senyum kecil. Saodah hulur sebungkus air. Air teh ais ikat tepi.

"Piah kirim,"

Ujar Saodah, lalu tersenyum herot. Terhibur lihat riak malu Muiz sambut air tersebut. Isteri kirim teh air saja sudah blushing. Dahsyat.

"Dari pagi Muiz duk senyap kat sini. Muiz ada problem ke? Tak nak share ?"

Tenang Saodah soal. Dia kena jadi gentleman. Cukuplah Tok lakinya:  si Khamis buat perangai.  Jadi pondan. Takut nak bertanya, takut nak korek rahsia menantu bongsunya ini.

"Muiz banyak menung. Menung pasal apa?"

Tujah Saodah lagi bila Muiz senyap. Muiz seakan mengelamun jauh. Tenung lautan luas selepas sangkut tali bungkusan air di dahan pokok.

"Muiz fikir kalau Muiz dah sihat, Muiz tak ada problem. Tapi masalah Muiz makin datang. Ramai sangat orang nak Muiz jadi gila."

Tenggelam timbul suara lelaki itu ditelan bunyi angin petang dan ombak laut. Mujur Saodah belum pekak. Telinganya masih tajam.

"Ramai yang tak puas hati dekat Sopiah Iskandar. Kitorang tak kacau orang pun, orang nak kacau kitorang,"

Adu Muiz sambil renung redup sisi wajah mak mentuanya. Walaupun Saodah lebih tua dari tuk Khamis, Saodah tak nampak kerepot.

"Muiz tahu ye pasal Khaled?"

Angguk. Muiz tahan diri dari cebir bibir, cuba kawal perangai manjanya yang mahu terkeluar. Nampak sangat kurang kasih sayang. Parah.

"Aku ngan laki aku tau perangai Khaled. Dia memang degil budaknya. Tak kenan aku nak buat dia jadi menantu! Dia cakap ngko macam- macam pun aku tak caye. Rilek ah!"

Kuat Saodah tampar lengan Muiz hingga menantunya mengaduh. Sebiji perangai Piah.

"Lagi? Nak ngadu apa? Aku memang tak reti nak deeptalk, deeptalk. Tapi kalau ngko nak, aku boleh jadi mak ngko."

Ikhlas senyuman Saodah. Automatik undang mata berkaca Muiz. Cepat- cepat Muiz alihkan pandangan arah lain. Ahh dasar cengeng.

Terngiang-ngiang suara memujuk Piah tempoh hari. 'Iskandar masih ada mak. Mak Sopiah, mak Iskandar'. Nampaknya Piah tak menipu.

Muiz ada mak.

Sobs..

"Nangis pulak budak ni. Aku tanya—"

Tergamam Saodah dalam pelukan Muiz. Secara mengejut dia ditarik menantunya. Erat hingga tubuh tua itu nyaris kelihatan oksigen. Kaku.

"Alah alah! Menangis lagi? Cengeng betul ngko ni. Tak padan badan bapok besar!"

Belakang Muiz ditepuk- tepuk. Agak janggal Saodah biasakan diri dipeluk Muiz. Ini kali pertama dalam sejarah hidup dinosaurnya dipeluk manusia lain selain Khamis. Heh.

"Habislah deme nampak aku peluk dengan laki orang. Kat tapi pantai pulak. Romantik!"

Sarkastik ayat Saodah buat lawak. Muiz ketawa dalam tangisan. Hingusnya meleleh. Sebik tanpa lepaskan tubuh kurus Saodah.

"Muiz rindu ibu Muiz."

Sebaris ayat itu menyentuh jiwa Saodah. Aduhh, kesian anak yatim piatu ni. Pedih. Sedih.

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now