SOPIAH ISKANDAR| 14🧸

601 71 18
                                    

🚫⚠️ : chapter bahaya
-

Mata Muiz celik sedikit. Silau. Pantulan lampu bermacam warna mula menujah wajah. Huh? Rongga hidung pun tangkap bau tak sedap.

"Alaaa! Is cakap you boleh teman I. Jomlah kita naik bilik! Is tak nak layan I."

Jantung Muiz berubah rentak. Kaku dan pegun dia lihat sosok wanita yang sedang menggedik di atas pangkuan seorang lelaki.

"Is?"

Kaget sejuta rasa tatkala dua kepala yang asyik bercumbuan itu menoleh ke arah Muiz. Muiz kekal kejung di tempat duduk.

Ini...real ke mimpi?

"You dah bangun Is?"

Tak berkelip Muiz lihat dua wajah itu. Mereka sama- sama menatapnya. Diorang tengok aku? Tengku Adriana dan Jakfar hidup lagi?

"Hei, Is. Are you okay?"

Muiz berdiri dengan pantas. Mengelak Tengku Adriana dari mendekat. Namun sekelip mata dia buntang.

"I sakit kepala, Riana. I nak balik."

Liur Muiz perit. Dia nampak sosok tubuh sendiri duduk atas sofa tadi. Perlahan Muiz renung tapak tangan sendiri.

Ini..kisah silam Iskandar yang Muiz tak dapat ingat! Ini memori gelap dia!

"Mana boleh macam tu..I dah pakai cantik- cantik untuk you senang buka. Hihi. You tak nak I ke?"

Meremang Muiz lihat Adriana duduk atas ribaan dirinya yang kelihatan khayal. Kedua tangan mengepal kuat. Seluruh tubuh rasa berat. Tekak tak boleh keluarkan sebarang suara.

Walaupun dia rasa nak menjerit. Mahu sepak terajang aje muka jahat Tengku Adriana. Dia tak boleh bergerak.

"Hmm? I..I tak nak, Riana. I nak tunggu kita kahwin."

Tersentak Muiz lihat wajah sendiri. Sial. Muka jahatnya mengalahkan Kimi. Penuh aura jahat dan kegelapan haram. Dada Muiz sesak apabila tangan Adriana mula meraba dada dan badan Iskandar.

Celaka.

"I tak nak, Riana."

Suara dirinya yang Iskandar itu benar- benar keras menolak. Namun bibir merah Adriana semakin ukir senyum lebar.

"You milik I, Iskandar! You ni..I punya. I seorang. You kena ikut cakap I. I nak you!"

Usai itu Muiz kedu. Hilang nafas tatkala melihat diri sendiri hanyut dicium rakus oleh Adriana. Berdenyut kepala menyaksikan memori sendiri.

"NO! Aku cakap aku tak nak! Aku tak nak!"

Terundur badan Tengku Adriana ditolak Iskandar.

Nak pecah dada Muiz tengok Jakfar bangun dari duduk. Orang kuat Tengku Adrian ikut mara dekati dirinya yang bangun terhuyung- hayang.

Tak...

"You suka paksa I kan Is? Jakfar. Bawa Iskandar naik bilik. Bagi ubat sedap paling bagus dekat dia. I NAK ISKANDAR."

Tenggelam timbul suara Adriana kedengaran. Pandangan Muiz berbalam melihat dirinya diheret Jakfar. Dah sah- sah dia mabuk. Tak boleh melawan dalam keadaan waras.

"You tak boleh lari, Is. I akan jadi first love, and last love you."

Suara ketawa Tengku Adriana bergema kuat. Nyaring hingga paksa kedua tangan Muiz naik menekup telinga.

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now