SOPIAH ISKANDAR| 48🧸

463 87 73
                                    

"Salah!"

SAAPP!

"Allahu Akhbar!"

Melompat Akhyar dari silanya. Hamzah tercengang melihat bekas libasan rotan dari Ehsan ke atas karpet masjid.

"Huaarghh! Selamatkan Yayar, Mejah! Tolong! Help me! Huaarghh! Abang ipar kejam!"

Badan Hamzah ditarik ke sana sini. Akhyar menjerit- jerit mengelak libasan rotan Ehsan.

"Astaghfirullahalazim. San, sabar San. Kita bincang dulu. Jangan pukul- pukul."

Tenang Hamzah pegang kedua lengan Ehsan. Ehsan seperti hilang sabar. Tak terkawal amarah ketika merenung Akhyar.

"Tepi, Mejah. Biar San ajar budak ni cukup- cukup! Rukun Iman pun Yayar tak tahu! Ada hati nak jadi imam Ehshal?!"

Garang Ehsan jolok rotan kayu itu dari celah kain pelikat Hamzah, menuju Akhyar di belakang. Akhyar menjerit lagi.

"Sabar. Allahu Akhbar. Janganlah tarik kain saya, Yayar."

Pasrah Hamzah jadi tembok di tengah. Jadi mangsa tarik tolak. Tak ada daya dan nafsu Hamzah mahu menjerit. Dia penat.

"Hoi! Korang buat apa dekat Mejah?!"

Sekali saja Muiz rentap rambut Ehsan, doktor tua itu mula menggelupur minta lepas. Akhyar bersorak tak lama sebelum dia turut jadi mangsa cengkaman rambut dari Muiz.

"Sudah, Muiz. Sudah. Saya tak apa- apa."

Bersusah payah Hamzah leraikan lelaki bertiga orang itu bergelut. Itupun selepas Hamzah betulkan lipatan kain pelikatnya yang hampir lucut tadi. Ya Allah, serabut betul.

"Aargh!"

Tertonggeng tubuh Ehsan selepas ditendang Muiz. Akhyar juga terbaring. Turun naik dada selepas bergelut dengan abang ipar.

"Yayar, San, Muiz tak penat ke? Kita semua puasa tau tak? Tak ingat ke?"

Rotan yang terdampar atas karpet Hamzah ambil. Ada gaya pak ustaz sekolah tadika.

"Ntah! Korang tak penat ke? Asyik bertekak depan Mejah. Muak Mejah tengok muka korang gaduh. Tadi bergaduh pasal apa?"

Tembak Muiz sambil tunjal lutut Ehsan guna kaki. Hamzah geleng kepala. Dia tarik lengan Muiz agar duduk jauh dari Ehsan.

"Budak Yayar ni! Rukun Iman pun dia tak tahu. Ada hati nak jadi adik ipar aku,"

Marah Ehsan siap jegilkan mata. Hamzah tahan senyum. Allah..kesian dia tengok raut sedih cengkerik milik Akhyar.

"Seriuslah tak ingat? Rukun iman kot."

Tajam Muiz tenung Akhyar. Macamlah Akhyar tengah interview nak jadi menantu dia.

"Yayar ingat. Cuma terbalik tak ikut turutan. Rukun Iman ada enam. Rukun Islam ada lima. Yayar tahu, yayar ingat, bukan tak ingat. Faham tak?? Yayar cuma tak ikut turutan!"

Kuat suara Akhyar bela diri. Hamzah angguk kepala. Mengerti keadaan Akhyar.

"Yang San marah sangat kenapa? Kalau Yayar tak tahu pun, dia boleh belajar kan? Kau ajarlah dia. Kau judge orang apasal? Kau Tuhan ke?"

Keras kejung tubuh Ehsan kena bidas Muiz. Muiz dah tukar team. Dia sebelahkan Akhyar pula.

"Oh..err..San yang salah ke Mejah?"

Perhatian mereka bertiga tertumpu pada Hamzah. Hamzah senyum nipis. Segan kena tenung orang- orang handsome.

"Awak semua tak salah. Rasanya khilaf saya, tak tegas sangat pada awak semua pasal adab di masjid. Ini, masjid. Rumah Allah. Kita kena jaga ketenteraman masjid."

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now