SOPIAH ISKANDAR| 35🧸

623 84 71
                                    

Tutt..tutt..

"Ish! Mana kau pergi ni?! Dah empat hari tak ada khabar. Teks tak balas. Call tak angkat. Nak ikut jejak abang kau juga ke?"

Jengkel nadanya ketika mendail nombor yang sama lagi. Kali keenam juga gagal. Akhirnya Alisa berputus atas.

"Mana kereta aku?!"

Terkejut Alisa lihat kotak parkingnya kosong. Siapa alihkan kereta Alisa? Kereta dari tempat VVIP kut! Siapa berani usik?

"Ismail. Turun sekarang! Cari kereta saya. Kereta saya hilang! Saya tak tahu, saya nak awak cari!!"

Bergema suara nyaring Alisa. Memang tak tahan baran. Panggilan ditamatkan. Kuat bunyi tumit tinggi Alisa berlaga lantai. Dia berpusing ke kawasan lengang tempat parking itu.

"Hish! Tak ada!"

Baru saja dia mahu berpatah balik, ekor matanya dapat tangkap badan kereta bewarna merah. Sangat familiar di matanya. Itu kereta dia!

"Oh my baby!"

Terkinja- kinja Alisa lari anak ke arah kereta MINI Cooper merahnya.

"Kenapa baby boleh ada dekat sini?"

Gelabah Alisa buka pintu kereta. Tak berkunci, terus saja dia masuk ke tempat duduk. Renyuk dahi Alisa. Keadaan keretanya elok tak terusik.

"Huh!"

Takkan aku dah nyanyuk? Kenapa aku parking kereta tepi sampah? Aku ada parking VVIP! Aneh. Ada orang nak scam aku ke?

"Ismail!"

Teruja Alisa keluar dari perut kereta. Gelupur. Kelam- kabut dia lari ke arah bodyguard ayahnya yang tegap itu. Peduli apa jika Ismail sudah berkahwin?

Apa Alisa mahu, dia akan dapat. Alisa Najwa satu- satunya waris Dato' Seri Latif Al Latas.

"Uhh?"

Kaki pendek Alisa berhenti menapak. Dia sedikit gugup, baru perasan itu bukan Ismail. Lelaki tegap berkot hitam itu mengukir senyum.

Senyum sinis.

"Oh. Saya salah ora—aark!"

Melompat badan Alisa tatkala terlanggar satu 'dinding keras' sewaktu dia berundur. Mata membulat besar.

"K-kapten Muaz?"

Gagap suara Alisa. Wajahnya pucat lesi. Gerun telah menguasai diri tatkala mata helang Muaz pasak tajam pada dirinya. Tak berkelip.

Gulp.

Tak sedar Alisa menggigil. Wajah maskulin Muaz telah ditopengkan aura ganas. Alisa takut melihat sosok Muaz yang sangat sasa. Menakutkan.

"Kenapa kau takut?"

Setapak Muaz mara, lima tapak Alisa undurkan diri. Tanpa keluarkan sepatah suara, Alisa berlari selaju mungkin tanpa menoleh belakang.

"Aarghh! Mati aku! Mati! ISMAIL! HELP ME!"

Bergema parking bawah tanah itu dek suara nyaring Alisa. Air mata gugur akibat ketakutan. Telefonnya pula tertinggal dalam kereta.

"Hah! Hah! Mati aku."

Kasut tumit dicabut kasar. Alisa lari pecut berkaki ayam. Alisa ketakutan kerana—

Dia tahu.

Pasti Kapten Muaz sudah tahu, Alisa adalah dalang kemalangan Sopiah Iskandar.

"Aargh!"

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now