SOPIAH ISKANDAR| 36🧸

635 87 33
                                    

"Assalamualaikum."

Saat bahunya disentuh lembut, semua suara bingit, jelek yang terngiang kuat dalam sistem pendengarannya terus lenyap.

"Waalaikumsalam. Mejah."

Bibir Muiz ukir senyum kecil. Senang hati dapat bersua mata dengan Hamzah. Dah lama tak jumpa. Hati tersapa rindu.

"Boleh saya duduk?"

Sopan Hamzah menanya. Kening Muiz cantum. Laju dia angguk. Kemudian mereka berdua senyap. Duduk bersila hingga lutut berlaga, menghadap kiblat. Berselang setengah minit, Hamzah berdehem. Muiz sedikit sentak.

"Boleh saya tanya?"

Hamzah meminta izin. Muiz kemam bibir. Tiba- tiba gugup. Perlahan dia angguk kepala. Ekor mata mencuri jeling wajah tenang Mejah.

"Kenapa Muiz tak nak jumpa Puan Sopiah?"

Lemah lembut suara garau Hamzah lantun soalan. Penuh berhati- hati agar sahabatnya itu tidak terasa. Muiz tunduk kepala.

"Bukan tak nak. Muiz takut,"

Keluh Muiz secara jujur. Dadanya berat. Sepuluh jari dari kedua tangannya tak henti shaking. Anxiety menguasai diri.

"Muiz salah. Patutnya Muiz jaga Sopiah. Muiz patut selamatkan Sopiah. Bukan Sopiah yang selamatkan Muiz."

Keluar juga dialong yang asyik bergelumang sesat dalam fikiran Muiz. Kedua tangan mengepal kuat. Sakit masih terasa.

"Jadi..kalau Muiz tak jumpa Puan Sopiah, Muiz dapat kurangkan rasa bersalah tu ke?"

Tak ada nada sarkastik. Itu soalan serius dari Hamzah. Lidah Muiz kelu. Bahunya jatuh.

"Puan Sopiah dah selamatkan Muiz. Sekarang giliran Muiz untuk jaga Puan Sopiah, temankan Puan Sopiah sampai Puan Sopiah sembuh."

Lembut sungguh Hamzah memujuk. Hatinya ikut pedih melihat raut keruh Muiz.

"Kalau Sopiah marah, Muiz nak buat apa?"

Seperti anak kecil Muiz bertanya. Matanya sedikit berkaca. Emosi masih belum stabil.

"Muiz boleh pujuk. Muiz kena ingat, Puan Sopiah isteri Muiz. Dan Muiz suami Puan Sopiah."

Tenang jawapan Hamzah gagal redakan gusar yang bersarang di hati Muiz. Muiz genggam rambut. Serabut.

"Puan Sopiah rindu Muiz."

Kali ini riak Muiz berubah. Dada rasa perit. Rindu? Jantung Muiz berdengup laju.

"Muiz tak rindu Puan Sopiah ke?"

Tanya Hamzah bersama senyum nipis. Muiz ketap gigi. Gila sangat kalau Muiz tak rindu. Agak lama Muiz diamkan diri, hingga terbitkan rasa risau berganda dari Hamzah.

"Boleh tak..."

Mata Muiz bertembung Hamzah. Riak tenang Hamzah nyaris hilang akibat cemas.

"Mejah temankan Muiz makan ubat? Muiz nak jumpa Sopiah,"

Sambung Muiz dengan suara halus. Ditampar segan lagi kerana dia masih takut pada ubat.

"Boleh! Sekarang ke? Mestilah boleh!"

Lebar senyuman Hamzah. Tak sangka berjaya tunaikan permintaan Muaz. Untuk memujuk seorang Muiz Iskandar. Alhamdulillah.

"Ya. Sekarang."

Muiz ukir senyum tenang. Riak sugulnya juga beransur hilang. Ada semangat untuk kembali bangkit. Dalam hati tak putus doa agar diberikan kekuatan untuk berhadapan Sopiah.

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now