SOPIAH ISKANDAR| 40🧸

592 104 48
                                    

"Masuk besi?"

Agak gugup suara Piah. Tak percaya balas tatapan doktor Linda. Perlahan dia jeling reaksi Peah di tepi. Boleh pula Peah buat muka cool.

"Ya puan. Tulang kaki kanan puan dua- dua patah. Untuk kuatkan kaki puan, memang kita kena masuk besi. Kami juga kena ambil sikit tulang dari pinggang puan, untuk tutup lubang retakan tulang di tempat patah puan,"

Jelas doktor Linda sambil tunjuk gambar X-ray. Menganga mulut Piah. Baru perasan ada lubang di tengah gambar tulang patahnya.

"Tulang dari pinggang?"

Soal Piah tak percaya. Peah hela nafas. Benarlah tekaan Ehsan tempoh hari. Keadaan Piah tidak kritikal, tapi juga tak seberapa elok.

"Kalau bukan dari pinggang, kami boleh ambil tulang dari pinggul puan."

Tenang doktor Linda pandang dua beradik itu bersilih. Lagi rahang Piah jatuh. Mak ai!

"Ambil jelah tulang pinggang. Bontot saya dah tak ada apa kut."

Kuat Piah mendengus. Sedih benar hidup begini. Dah tak ada gaya manusia normal.

"Kalau begitu, puan nak pilih hari bila untuk dibedah?"

Doktor Linda buka buku jadual atas meja. Piah terbeliak. Bedah?

"Kena operate ke?"

Soalan bodoh terpacul dari mulut. Peah tekup separa muka. Segan ada adik lembab.

"Ya puan. Kami kena bedah untuk masukkan besi dalam kaki. Fungsinya sama macam tulang. Untuk tampung berat manusia."

Sabar doktor Linda jelaskan. Untung ini bukan hospital kerajaan. Tak adalah Piah kena maki.

"Bila jadual paling awal?"

Kening Peah naik. Tak sangka Piah tak takut. Nak buat awal. Keras sungguh jiwa adik dia. Beberapa saat, doktor Linda belek buku jadual tersebut dengan senyuman manis.

"Puan ok ke kalau awal? Kalau boleh, saya syorkan lagi tiga hari."

Liur Piah telan mendengar kata Linda. Dia gugup. Rasa cuak. Tapi rautnya masih tenang. Tak bersuara apa, Piah angguk setuju.

"Lagi tiga hari,"

Putus Piah seraya turunkan tandatangan. Peah tak berkelip. Mudah sungguh Piah buat keputusan. Tak fikir panjang. Cool.

"Itu saja untuk appoiment kita harini. Lagi dua hari puan dah boleh masuk wad. Esoknya kita boleh terus lakukan pembedahan."

Manis senyuman doktor Linda berjabat tangan Peah. Dua beradik gangster itu berterima kasih serentak. Dah macam kembar. Sebiji.

"Weh! Kau dengar tak, apa yang nurse kat kaunter luar tadi membawang?"

Kecoh Peah tunduk. Bisik ke telinga Piah sewaktu dah keluar hospital. Piah geleng kepala. Tak dengar apa. Dia ralit termenung saja.

"Doktor Reski yang bertumbuk dengan Khaled haritu dah kena buang kerja. Diorang kata, ada syarikat besar nak saman Reski."

Tegak badan Piah duduk. Dia toleh muka serius Peah yang masih menolak kereta rodanya.

"Syarikat apa?"

"Entah. Bunyi- bunyi macam RM? RM something."

Sengaja Peah main tarik tali. Dia tahu Piah dapat teka dengan tepat. Piah tercekik liur. RM? Royal Malik kah? Atau..syarikat Muiz? Royal Muiz?

Sejenak Piah tergeleng kepala. Ish, merepek. Buat apa Muiz nak saman Reski? Bukannya Muiz tahu pun doktor selenger tu ada ganggu Piah.

"Nanti kita singgah kedai bapak jap tau. Aku nak ganti Yahya. Dia nak pergi pekan."

SOPIAH ISKANDAR | ON GOINGWhere stories live. Discover now