OS_18

133 11 2
                                        

Bilik hotel yang mewah itu terasa sunyi. Langit malam di luar tingkap membiaskan cahaya samar ke dalam bilik, mencipta suasana yang sepatutnya damai tetapi tidak bagi dua insan yang sedang berbaring di atas katil.

Elara berbaring menghadap siling, kepalanya berbantalkan lengan Jasmine. Lengan Jasmine membalut tubuhnya erat, seakan tidak mahu melepaskan. Sementara itu, Jasmine dengan lembut mengusap rambut Elara, sesuatu yang dia lakukan setiap kali mereka dalam keadaan tertekan.

Namun, kali ini usapan itu terasa lebih berat bukan sekadar menenangkan, tetapi juga meluahkan kegelisahan yang tersembunyi.

"You rasa Qyrash will be okay?" Jasmine bertanya, suaranya lebih lembut daripada biasa.

Elara tidak menjawab segera. Matanya masih menatap siling, fikiran jauh melayang. Jari-jemarinya menggenggam tangan Jasmine, tetapi genggaman itu terasa sedikit lemah.Jasmine mengeluh kecil sebelum mencium dahi Elara.

"Talk to me, sayang"

"I changed my mind." Elara akhirnya bersuara.

"About?" Jasmine mengerutkan kening.

Elara memejam mata seketika, kemudian menghembus nafas perlahan.

"I want Qyrash to come home with us."

Jasmine terdiam. Tangannya yang membelai rambut Elara terhenti seketika.

"Are you sure?" Elara mengangguk perlahan, menundukkan wajah ke dada Jasmine.

"I can't leave her here. I thought she would be fine, but she's not." Jasmine menghela nafas panjang sebelum mengeratkan pelukannya.

"I was waiting for you to say that."

Mereka terus diam untuk beberapa minit, hanya mendengar hembusan nafas satu sama lain. Namun, hati Jasmine tidak tenang. Dia sudah memikirkan ini sejak melihat keadaan Qyrash di hospital, tetapi ada sesuatu yang menghantuinya lebih daripada itu.

"Sayang..." Jasmine bersuara lagi, kali ini lebih berhati-hati.

Elara sedikit mengangkat kepala untuk melihat wajah pasangannya.

"I want to know what really happened to her."

Elara tidak menjawab. Tetapi Jasmine tahu dia mendengar.

"We should've done this earlier," Jasmine menyambung, suara dipenuhi dengan rasa bersalah.

"When we found out about her DID, we should've figured out what caused it."

"I know." Elara membalas perlahan.

"But now... it's different." Jasmine menggigit bibir. "Qyrash is getting worse. And we—"

Jasmine berhenti, teringat kata-kata doktor siang tadi.

"She must've fought back against her alter ego. The self-inflicted wounds indicate resistance. The medication only slows down Qai's dominance—it doesn't erase him."

Jasmine menelan air liur. Tangannya menekan perlahan belakang kepala Elara, membiarkan bibirnya menyentuh ubun-ubun wanita itu dengan lembut.

"I want to know what happened, El."

Elara mengangkat kepala dan memandang Jasmine. Matanya redup, letih, tetapi penuh dengan ketegasan.

"You nak I siasat?" Jasmine mengangguk.

"If we don't know what really happened, we can't protect her."

Elara memejam mata sesaat. Dia tahu jika dia menyiasat, dia harus bersedia untuk menerima sesuatu yang mungkin lebih gelap daripada apa yang mereka bayangkan.

overseer slaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang