Umaira memasuki sebuah restoran. Mata dia melilau mencari kelibat yang dia kenali. Mata dia berhenti pada satu wajah yang berada di hujung ruangan restoran. Ruangan itu agak sunyi. Tidak dipenuhi dengan ramai pelanggan.
Seorang lelaki yang kacak mengenakan kaca mata hitam melihat ke arah Umaira sambil melambai tangan. Dia membuka kaca mata. Kelihatan mata yang berwarna coklat dari jauh.
Umaira terus berjalan ke arah meja yang diduduki lelaki itu.
"Kita putus." Umaira duduk berhadapan dengan lelaki itu.
"Putus?" wajah lelaki yang dipenuhi senyuman itu tadi serta merta berubah serius.
"Ya. Ya Irshad." Umaira berasa seperti hendak menangis. Dia tidak mahu meninggalkan Irshad tetapi ini kebenaran yang perlu dia terima.
"Kenapa awak nak putus. Saya ada buat salah ke dengan awak?" mendung wajah Irshad merenung Umaira.
Diam. Si gadis tidak menjawab soalan itu. Dia diam kerana mempunyai seribu makna.
"Kenapa Umaira? Kalau saya ada sakitkan hati awak, tolong bagitahu saya. Saya sayangkan awak."
Sayu hati Umaira. Dia tidak mampu membalas walaupun sepatah perkataan.
"Saya boleh baiki kalau saya ada salah. Awak cuma bagitahu salah saya."
"Saya.. saya dah tak sayangkan awak. Saya nak kita putus." Umaira terpaksa mengatakan ayat yang pedih itu padahal lain alasan sebenar.
Apa yang dikatakan hari ini hanya tipu belaka kecuali kebenaran yang Umaira perlu tinggalkan Irshad. Semua ini untuk kebaikan semua orang termasuk kebahagiaan dan keselamatan.
Perasaan sayang Umaira tidak pernah hilang mahupun surut dari mencintai Irshad. Walaupun sedikit.
"Takkan tiba-tiba Umaira?" beberapa hari lepas Irshad sudah berjumpa dan berbual dengan Inayah. Hubungan mereka berdua masih baik. Tiada sebarang masalah.
Hanya kelmarin Umaira tidak membalas mesej Irshad. Tetapi hari ini Umaira menghantar mesej bahawa ingin bertemu dengan dia. Tak dia sangka ini yang ingin Umaira katakan. Perkara yang menghancurkan hati dia.
"Saya dah tak sayangkan awak. Awak tak faham bahasa ke?"
'Ah!' betapa sakit hati Umaira untuk mengatakan hal yang tidak benar. Terasa benci kepada diri sendiri. Dusta.
"Apa awak cakap ni Maira." hati Irshad berasa sangat sakit. Tak sayang? Ya Allah, betapa hanya Tuhan yang tahu perasaan dia sekarang.
"Berapa kali saya nak ulang. Saya nak kita putus sebab hati saya dah tawar. Awak tak mampu nak ubat rasa ni. Mungkin saya tak mampu nak sayangkan awak selama mana awak sayangkan saya."
"Tapi saya sayangkan awak. Saya tak sakitkan hati awak kan, kenapa perlu kita putus?" Irshad pening, dia tidak tahu apa yang berlaku. Dalam sekelip mata benda ini berlaku. Hanya mengambil masa 1 hari dan semuanya bakal berubah.
Umaira melihat sayu wajah lelaki di hadapan dia. Tenungan yang amat sedih. Dia faham perasaan lelaki ini.
"Awak tak boleh nak halang saya. Awak tak boleh paksa saya! Saya cakap saya dah tak nak dekat awak. Awak cari la orang lain, yang pasti bukan saya lagi Irshad." Perit. Umaira perlu juga mengatakannya sebelum semua terlambat. Meskipun sakit untuk dia apakah lagi untuk Irshad.
"Kenapa? Murah sangat ke cinta saya sampai saya perlu cari orang lain. Murah sangat ke Maira?" mata seorang lelaki bernama Irshad sudah berkaca demi seorang wanita. Sakit yang amat. Biarlah dia dikatakan manja kerana ingin menangis demi seorang gadis.
Gadis ini yang menemani Irshad semasa dia berduka. Segala masalah dia diceritakan oleh Umaira. Pendengar dan peneman dia yang setia selain daripada dua orang sepupu dia.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...