"Mana Maya?" Irshad melihat sekeliling rumah yang besar ini.
"Ada tu, dengan mama dekat dapur. Kenapa kau cari dia?"
"Saja. Dia kan dah nak jadi isteri orang, aku nak la kacau dia dulu. Nanti kalau dia dah kahwin pun aku kacau lagi, nanti tunang kesayangan dia dengki pula. Kau sendiri faham kan perangai tunang dia Muiz."
Irshad membuka telefon. Dia menekan apps YouTube. Dia menaip satu persatu huruf sehingga terwujud perkataan Upin dan Ipin.
"Mamat tu memang, sibuk je nak jadi adik ipar aku. Banyak-banyak minah lain, asal dia boleh pilih yang sewel macam ni."
"Abang Muiz cakap apa?" Maya yang baru keluar dari dapur sudah memandang tajam kepada abangnya.
Berani betul abang dia mengutuk dia di hadapan sepupu kesayangan dia. Memang cari nahas.
"Adik dah dengar kan? Kenapa nak tanya abang balik." apa? Ingat dia jenis yang suka putar belit ke. Kadang-kadang sudah la.
"Abang Shad, tengok abang Muiz ni cakap Maya sewel." Maya memuncungkan mulutnya sedikit.
"Maya tak payah layan la dengan Muiz ni, yang sewel tu dia bukan Maya. Muiz ni dah lama terlebih dos, tu yang jadi macam ni." Irshad menyokong Maya.
"Sa.. sampai hati kau cakap aku sewel.. kau dah tak sayang aku ke? Selama ni aku sentiasa ada dengan kau.. susah senang kau dengan aku." Muiz sudah ingin memulakan drama pukul tujuh.
"Tapi ni balasan kau?" Sambungan tepat dari Irshad membuat Muiz terhenti.
"Ceh. Ingat pula kau ayat aku." Selalu sangat Muiz menggunakan ayat itu. Mana tidaknya dia boleh lupa.
"Kalau kau tak sewel, kau apa? Lagi satu aku tak cakap pun yang aku sayang dekat kau."
"Aku.."
"Dia tak betul sebab banyak sangat makan ubat gamat." pintas Maya sebelum sempat Muiz menghabiskan ayatnya.
"Aku cakap dekat mama, kau cakap aku makan ubat gamat."
"Bukan memang betul ke? Ke ubat nyamuk, tu yang nyanyuk macam ni."
"Kau memang nak kena dengan aku.. Habis kau ubat apa? Panadol, batuk, demam, selesema, gastrik, gila, mental, tak sedar diri?" Muiz sudah mula geram dengan Maya. Kalau boleh semua penyakit dia ingin senaraikan.
"Oh kalau macam tu adik nak cakap dengan mama yang abang Muiz panggil diri sendiri 'aku' dengan adik." Nak cari gaduh dengan dia. Meh la, Maya tahu siapa yang akan menang.
"Kau memang si.."
"Muiz." mereka berdua berpaling ke arah pemilik suara.
"Hehe.. mama, mama cantik la hari ni."
"Muiz tak payah nak puji mama, Muiz panggil adik apa?" Datin Maryam tidak dengar pun sebenarnya, tetapi dia faham dengan perangai anak-anaknya. Muiz jika dia melakukan kesalahan dia pasti akan memuji.
Faham benar Datin Maryam dengan anak teruna dan anak dara dia. Ada saja hal yang hendak digaduhkan. Tidak faham betul dia.
"Panggil adik la."
"Mama dengar Muiz. Mama tak pekak lagi, yang selalu pekak kalau time mama panggil tu Muiz." Maya sudah tersenyum kemenangan. Ini anak bongsu la, anak kesayangan mama. Dia tahu Datin Maryam tak dengar pun pergaduhan antara dia berdua. Kalau tidak, dia pun tak selamat.
Ada ke patut dia cakap Muiz makan ubat gamat. Cari nahas namanya kalau dah cakap abang sendiri makan ubat gamat. Ubat gamat tu air kut, mana boleh makan. Kalau sebut minum pun boleh diterima. Maya pun tak faham apa yang dia mengarut tadi. Tak nak mengaku kalah punya pasal.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...