Bab 4 || Ayaaqah

18 0 3
                                    

"Selamat pengantin baru Maya dan Zikri." Sudah sah Maya dan Zikri bergelar suami isteri pada pagi ini. Tidak lekang senyuman di wajah mereka.

"Thank you Indah. Tak dapat kau jadi pengapit aku." Kedengaran sedih suara Maya di hujung ayat.

"Sorry. Aku tak dapat tunaikan janji aku." Indah berasa sangat bersalah. Dia tidak suka mungkir janji kerana dia tahu rasa jika tidak dikotakan janji.

"Tak apa. Kau bukannya sengaja kan. Kerja kau lagi penting la."

Sepatutnya Indah yang menemani Maya dari majlis akad nikah sehingga majlis nikah, tetapi kerana urusan kerja yang tiba-tiba sahaja. Indah meminta diri untuk pergi ke balai sebelum majlis akad nikah.

"Still aku tak dapat tunaikan janji aku."

"Tak apa la. Nanti majlis dekat Kelantan kau kena pergi. Kalau tak aku majuk."

Indah tidak membalas. Dia tidak mahu berjanji lagi kerana dia tahu belum tentu dia dapat pergi. Bekerja di bahagian jabatan siasatan jenayah sangat susah, tidak seperti bahagian kes biasa.

"Ala! Kau tak payah la nak fikir pasal ni. Kalau ada rezeki kau, dapat la kau pergi nanti. Aku okey je la."

"Thanks sebab faham aku Maya." Indah sangat bersyukur kerana mendapat kawan yang memahami skop kerja dia.

"Of course baby." Zikri merenung Maya bergilir-gilir dengan Indah tajam.

"Apa pasal panggil Indah macam tu?"

"Bia aa." Maya sudah terbiasa dengan panggilan itu. Dia secara automatik akan memanggil Indah 'baby' ketika dia gembira.

"Lapa kecek Kelate. Pahni kalu ore kecek Kelate yo pulok hok to pehe. Tue tu pehe sikit-sikit jah."

"Pehe deh. Kecek aa nk kecek gak."

Indah mengeluh perlahan. Baru kahwin pun dah nak gaduh ke? Walaupun dia tidak faham apa yang Zikri katakan. Dia dapat mengenal pasti melalui nada suara Zikri yang seperti sedang menahan geram.

"Dah la Zikri.. aku nak kau jaga Maya baik-baik. Kalau aku tahu dia menangis sebab kau, aku akan pastikan lokap tempat kau." Indah tidak mahu satu persatu orang yang dia sayang sakit. Biarlah hanya dia merasakan rasa sakit itu.

"Jangan sesekali sakitkan Maya." Indah menekan suara. Mata dia menikam tepat mata Zikri.

Zikri menelan air liur. Dia tahu Indah betul-betul memberikan amaran yang serius kepada dia. Tiada riak bergurau langsung pada muka Indah.

"Hei Indah. Jangan serius sangat. Aku okey la." Mata Maya sedikit berkaca. Indah sangat bersifat protective kepadanya. Dia harap hubungan di antara mereka berdua akan kekal walaupun setelah dia bergelar seorang isteri.

"Kalau macam tu.. aku pergi dulu la." Indah tahu dia agak berlebihan, tetapi dia tidak berniat begitu langsung. Dia cuma tidak mahu Maya sedih dan sakit sahaja.

"Balik? Makan la dulu. And tunggu la sampai malam. Ni kan wedding kawan baik kau."

"Hm, okey la. Aku pergi makan dulu."

Indah berlalu pergi meninggalkan Maya dan Zikri yang sedang duduk di atas pelamin. Dia mencari tempat yang agak tersorok untuk duduk. Dia tidak mahu ditegur oleh sesiapa yang tidak dikenalinya.

Indah melihat sekeliling. Dewan yang ditempah oleh Maya sangat luas dan kelihatan sangat cantik. Dia tidak pelik, anak datuk dan datin. Mestilah semua hendak mewah. Tambahan pula anak bongsu. Kesayangan semua.

Mata Indah berhenti pada satu susuk tubuh. Irshad. Segak lelaki itu mengenakan kot berwarna hitam. Dengan gaya rambut yang di sikap tepi. Sangat kemas. Ini kali pertama dia melihat Irshad berpakaian seperti itu.

Ratna PakajaWhere stories live. Discover now