"Tuan. Ada apa?" Indah duduk di hadapan Haikal. Dia melihat tepat pada muka Haikal dengan malas.
Lelaki itu sedang sibuk meneliti fail-fail.
"Kenapa? Muka macam tak puas hati." Haikal menutup fail yang dibelek-belek dari tadi.
"Memang."
"Aku dah ganggu kau ke? Tak puas hati benar kau dengan aku ni." panggilan hormat tidak wujud di antara Indah dan Haikal. Mereka sudah lama berkawan. Hanya di hadapan pekerja lain sahaja ia digunakan.
"Betul belaka yang tuan cakap tu. Betul sangat-sangat. Dah la cuti kita setiap minggu, tu yang dia pergi kacau cuti kita." Indah memandang tajam terhadap Haikal. Ingin dia mencekik leher Haikal.
"Mata tu aku jolok baru tahu. Jangan tengok macam tu la. Takut aku. Dan berhenti panggil tuan." Haikal tahu Indah hanya ingin menganjing dia dengan panggilan tuan.
"Okey. Sekarang apa masalah?"
"Ada kes bunuh."
"So?"
Haikal terasa ingin menghempuk kepala Indah. Buat-buat tak faham pula.
'Kau ingat kau baru kerja sehari ke?'
"Tugas kau la. Apa lagi. Kalau nak buat-buat tak faham, tak payah jadi polis. Tak pun ambil bahagian lain, bukan bahagian jenayah. Dah kau ambik bahagian jenayah, takkan nak jaga jalan pula."
"Kau memang nak cari nahas dengan aku. Banyak-banyak orang asal aku, aku pun nak cuti tahu tak." Indah mendengus geram.
"Apa kata macam ni. Aku tahu kawan kau nak kahwin minggu depan, kalau kau dapat selesaikan kes ni. Aku bagi kau cuti 3 hari. Tarikh kau boleh pilih."
Indah senyum. Pandai betul Haikal. Tapi ada bagus juga. Dapat dia tambah cuti.
"Pandai kau erk. Ye la, aku settle kan kes ni. Manusia pun tak guna, kerja membunuh je. Ingat nyawa boleh beli ke?"
"Tak boleh la cik kak oi."
"Kalau boleh beli, aku bunuh dia berkali-kali. Suka sangat bunuh orang kan."
Haikal menggeleng kepala perlahan. Tidak pelik jika benda yang dikatakan oleh Indah akan berlaku. Kalau Indah cakap sesuatu, dia pasti akan buat. Itu yang dia dapat kenal pasti setelah 2 tahun bekerjasama dengan Indah.
"Kau jangan buat hal. Dah pergi sekarang."
"Alamat?"
"Pergi dengan Syazwan."
Haikal kalau tak naikkan darah Indah tak sah. Dia suruh Syazwan teman, haru la hidup Indah. Lelaki itu sudah la banyak mulut, tak berhenti-henti soalan yang bakal keluar dari mulut Syazwan jika bersamanya.
"Asal. Biar je la aku pergi seorang. Sibuk je nak suruh orang lain teman kau. Asal bukan kau yang teman aku?"
"Jangan nak bergurau. Pergi sekarang dengan Syaz. Dia dah tunggu kau dekat depan. Aku ni sibuk, tahu tak. Hari minggu pun aku datang pejabat sama je dengan kau."
"Biar la dia tunggu. Bagi tumbuh sikit janggut tu. Baru tunang dia lari."
"Kau jangan sampai dia membebel sudah." ini salah satu lagi sebab dia tidak suka satu kumpulan dengan Syazwan, panjang dia bebel kalau buat dia marah. Macam nenek. Okey, mungkin lebih kepada mak nenek.
Tapi Syazwan seorang yang peramah. Mudah untuk dia berbicara dan rajin. Ini sudah kali ketiga dia bekerjasama dengan Syazwan. Tiada masalah yang berlaku.
"Dah la aku pergi dulu. Ada apa-apa aku bagitahu kau."
Indah keluar dari bilik Haikal. Bilik khas untuk Haikal seorang memandangkan pangkat Haikal tinggi.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...