"Mana kakak Raisyah?" Muiz mengangkat kepalanya melihat kepada orang yang bersuara itu.
"Weh.. Raisyah.. a.. aku minta tolong orang lain pegang sebab aku nak pergi toilet. A.. aku lupa siapa. So.. sorry Arina" Dengan riak panik, Muiz mula berlakon.
Mata Arina sudah berkaca.
"Tu anak aku bodoh. Bukan anak kau."
"I'm sorry. Apa kata kita cari dulu."
"A.. anak aku. Kau asal tak bagi dekat aku je."
"Maafkan aku.. aku tak jumpa kau masa tu. And yang lain pun." Muiz menunduk sedikit kepala. Dia tersenyum. Dapat dia mengenakan isteri sepupunya itu.
"Weh.. anak aku.."
Muiz mengangkat kepalanya. Dia sudah tidak dapat menahan ketawa. Ketawanya mula pecah sebaik sahaja melihat semula muka Arina yang ingin menangis bercampur marah.
"Mana anak aku bodoh? Asal kau ketawa?" Arina geram dengan Muiz. Jawapan dia tidak dapat, boleh pula Muiz ketawa.
Arina mengangkat kedua belah penumbuk.
"Rilek. Rilek." Muiz sudah serik dengan penumbuk Arina. Dia pernah kena penumbuk Arina apabila meletakkan Raisyah di dalam almari ketika bermain sorok-sorok dengan Arina. Sampai sekarang dia tidak dapat melupakan rasa sakit itu. Seperti dilempar batu yang agak besar kepada badannya.
Tetapi Muiz tidak pelik dengan kekuatan Arina. Arina mahir dalam bidang karate.
"So where kakak?" Arina sudah tidak mampu bersabar.
"Kawan Maya pegang."
"Suka hati kau je bagi anak aku dekat orang lain."
"Tak ada nya orang lain. Mak long dah anggap dia macam anak sendiri. Dah lama kami kenal dengan dia." Datin Maryam melayan Indah lebih daripada dia sendiri.
"Ye ke? Aku tak percaya la dengan manusia ni. Ramai je talam dua muka." Muiz faham kenapa Arina agak susah untuk mempercayai orang lain kerana suami Arina sendiri hampir curang kerana kawan baiknya sendiri.
"Manusia tak sama Rina. Kau jangan sampai anggap semua sama. Setiap orang berbeza-beza. Lagipun kalau kau tak percaya sangat dengan dia, kau boleh cari dia dekat balai polis."
"Polis?"
"Ye la. Takkan aku nak bagi anak kau dekat penjenayah pulak."
"Aku kalau cakap dengan kau, hampir-hampir je tangan aku nak terangkat. Rasa nak tampar je."
"Dari kau marah dekat aku, baik kau pergi ambil anak kau. Kalau dia buat perangai macam mana." Muiz sengaja mengalih topik lain.
"Dia pakai baju warna apa?" Dah satu hal pula Arina kena mengintai tetamu-tetamu mereka.
"Hitam. Baju warna hitam."
"Hitam?"
"Pekak ke? Aku cakap hitam, hitam la."
"Tak panas ke weh? Dah la ni majlis nikah bukan majlis tahlil"
"Air conditioner ada cik kak oii. Lagipun ikut dia la nak pakai apa pun. Bukan kau yang pakai pun, mana la tahu ada yang mati ke lepas ni? Senang sikit, tak payah tukar baju."
"Yang mati tu kau, betul ark?"
"Macam mana kalau kau? Mana la tahu kan. Kalau betul, kau jangan lupa tulis nama aku dalam wasiat kau."
"Dah la. Aku blah dulu." Malas Arina hendak melayan Muiz. Buat geram je dengan perangai menjawab Muiz.
Arina memerhati sekeliling. Sudah la tetamu agak ramai. Susah dia hendak mencari orang yang dikatakan oleh Muiz.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...