Indah keluar dari bilik air. Dia baru sahaja selesai mandi. Dia menyarung baju kebaya. Selesai sahaja memakai, dia berjalan menuju ke arah almari pakaian. Indah membuka almari, hanya kelihatan pakaian berwarna hitam. Baju di dalam almari dibelek satu persatu. Dia mencari baju yang sesuai untuk bertemu dengan datuk dia.
Indah mengeluh. Dia tidak tahu mahu memilih baju yang mana memandangkan ini kali pertama dia hendak bertemu dengan datuk dia selepas lama tidak bertemu. Dia takut pandangan datuk dia terhadap dirinya.
"Takkan nak pakai baju warna hitam.. okey ke untuk dinner?" Indah bertanya kepada diri sendiri. Indah mencapai sehelai gaun berwarna hitam yang yang berparas buku lali. Dia memusingkan gaun ke depan dan ke belakang.
"Macam simple sangat je. Mana gaun satu lagi eh?" Indah cuba mengingati kembali di mana dia meletakkan gaun itu. Kali terakhir dia memakai gaun itu ialah pada dua bulan yang lepas ketika makan malam bersama pasukan kerjanya. Indah melihat satu persatu baju. Dia tidak jumpa. Akhirnya dia mengaku kalah.
Indah duduk bersila di atas lantai. Sudah penat berfikir baju yang dia ingin pakai untuk malam ini.
TING!
Indah melihat notifikasi yang berbunyi dari telefon.
-Mak Su-
Pakai baju colour putih. Tema malam ini.Selalunya perjumpaan keluarga dengan grandpa akan ada tema.
Indah membaca separuh sahaja mesej Arina. Dia mengeluh. Telefon di tangan ditutup. Dia tidak tahu di mana dia hendak mencari baju warna putih. Tidak pernah dia menyimpan baju yang berwarna putih di dalam almari.
"Kenapa la grandpa buat baju bertema bagai. Pertemuan keluarga je kut. Macam selalu je grandpa buat pertemuan keluarga macam ni." Indah berjalan keluar dari bilik persalinan. Dia pergi ke bilik sebelah. Dia menolak pintu bilik, dipenuhi dengan barang berwarna merah jambu. Sakit mata dia memandang. Nak tak nak, terpaksa juga kaki dia melangkah masuk. Kaki dia terus bergerak ke arah almari pakaian yang besar. Indah menarik pintu gelangsar pada almari pakaian.
"Sakit la mata adik tengok warna baju-baju ni. Warna pink je." Indah mencapai gaun berwarna putih. Itulah tujuan dia masuk ke bilik ini.
"Adik pinjam gaun ni ya." Senyuman Indah terlakar.
⏳⌛
"Adik.. oo adik! Mana baju pink kegemaran kakak?"
Indah segera menyorok di bawah katik apabila dengar laungan daripada kakak dia. Dia memegang sehelai baju dengan erat. Dia tidak mahu melepaskan baju itu.
Kedengaran tapak kaki mula mendekati bilik. Indah melihat dari bawah katil ke arah pintu.
"Adik!" Indah melihat kakak dia memasuki bilik.
"Kakak tahu adik ada dekat sini. Katil ke almari?" Kakak Indah menyoal.
"Meow-meow.." Indah mengeluarkan bunyi kucing. Kakak dia segera menunduk ke bawah katil.
Indah tersenyum. Dia tahu kakak dia sudah tahu dia berada di bawah katil. Jadi sengaja dia mengeluarkan bunyi.
"Keluar adik.." Indah menuruti arahan kakak dia. Dia mengesok keluar dari bawah katil. Kakak dia membantu menarik dia keluar.
Indah menyapu badannya yang berpakaian menggunakan tangan kanan. Dia mahu membuang habuk pada baju. Tangan kiri masih setia memegang erat baju yang sama dari tadi.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...