"Kau drive." Muiz menghulur anak kunci kereta kepada Irshad. Dia berdiri tegak di belakang kereta. Setia menunggu Irshad mengambil kunci di tangannya.
"Asal aku pula, Maya suruh kau kan jadi pemandu dia." Irshad tidak menyambung huluran Muiz. Hanya dibiarkan sahaja anak kunci itu.
"Alang-alang kau ada, baik kau yang bawa."
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku. Dah la sebab kau aku kena ikut sekali." Irshad menjeling sekilas kepada Muiz.
"Aku tak suruh pun."
"Siapa entah yang ajak aku pergi main futsal, cakap tak ada kerja rupanya adik dah suruh jadi pemandu untuk pergi butik. Buat-buat lupa, lepas tu call cakap esok datang rumah aku, kita pergi panas badan."
"Lah.. rupanya dah ada kerja baru. Jadi pemandu kereta. Tak cakap pula dekat aku ada kerja baru, kalau aku tahu aku dah ambil dia tu jadi tukang cuci tandas aku. Part time, bagi banyak sikit gaji." Irshad berhenti seketika sebelum dia sambung membebel semula.
'Mak ai, marah nampak.' Muiz menelan air liur melihat wajah serius lelaki itu.
"Kau pandu." Muiz hanya menurut arahan Irshad. Kalau dia bangkang lagi, nampaknya dah tak selamat lagi dia. Jangan sampai singa jantan keluar sudah.
"Maya.. jom la." jerit Muiz kuat. Dia memasuki kereta di tempat pemandu.
"Dah la suruh kita jadi pemandu dia, lepas tu tuan punya badan yang nak pergi pula tak muncul-muncul. Nak suruh orang tunggu sampai bila. 10 tahun lagi ke." bebel Muiz perlahan.
TOK! TOK!
Maya mengetuk cermin kereta Muiz.
"Marah ke? Tengok muka dah macam ikan pekasam." Maya menegur muka Muiz yang sudah masam.
"Yang adik nak cakap dekat luar kereta ni kenapa. Dah masuk sekarang." geram Muiz dengan perangai Maya. Benda boleh masuk kereta, yang dia pergi tegur dekat cermin kereta tu dah kenapa.
"Abang!"
"Apa?"
"Marah ke?"
"Tak." jawab Muiz sepatah. Kalau jawab marah, nanti dia pergi beritahu Datin Maryam pula. Satu hal pula nak kena hadap, dasar anak manja.
"Tunggu Indah jap, dia belum siap solat lagi."
"Ye la. Sekarang mana pula menghilang Irshad ni." Lepas Irshad memberi dia kunci kereta, lelaki itu terus menghilangkan. Tak perasan pula dia, tengok-tengok dah tak ada.
"Ada dekat dalam. Tengah melayan cerita Upin Ipin."
"Bila perangai sepupu kau tu nak berubah? Banyak-banyak cerita kartun, yang tu juga dia nak layan. Tak faham aku."
"Siapa kau, siapa aku?" Maya sudah memandang tajam.
"Er.. tak sengaja."
"Biar la dia nak tengok apa pun. Asal tak ganggu hidup orang lain. Lagipun banyak lagi la cerita kartun lain dia tengok. Cuma favourite dia Upin Ipin."
"Tak ganggu? Sakit mata abang tengok dia melayan cerita Upin Ipin tu."
"Dah minat dia. Biar la. Apa yang nak dihalangnya." Tak faham Maya dengan Muiz. Bukannya salah apa yang Irshad buat. Cuma melayan cerita kartun. Salah ke? Dia tak rasa salah pun.
"Pergi la panggil dia adik."
"Alah, abang Shad datang la tu nanti lepas tengok Indah turun. Maya dah cakap dekat dia yang kita tunggu Indah dulu."
"Belum tentu dia muncul." keluh Muiz perlahan.
Indah keluar dari rumah besar itu. Dia memakai sandal yang bertumit rendah. Malas dia nak pakai tumit tinggi, dia tak biasa. Sakit kaki kalau pakai tumit tinggi.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...