INDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama yang penuh derita. Kehadiran IRSHAD ADIKA membuat dia tertarik akan cinta dan perkahwinan. Indah menyukai Irshad tetapi dia tidak mahu terlampau berharap. Lelaki kacak seperti Irshad, siapa sahaja yang tidak mahu. 'Sudikah awak menjadi arjuna saya?' Ingin saja Indah meluahkan rasa itu walaupun baru mengenali Irshad. Dia tidak mahu gelojoh, dia akan mengambil masa untuk mengenali Irshad. "Ikhlas ke aku? Aku nampak diri Ra dalam diri dia. Aku takut aku sukakan dia sebab tu." Masa berlalu sehari demi sehari, perkahwinan diijabkabulkan di antara dua pihak dan semuanya berubah. "Biarlah kematian yang memisahkan kita. Jika satu hari nanti saya pergi, ingatlah saya. Tanamkan saya dalam hati awak. Selamanya." Rasa berbunga-bunga hati Indah selepas berkahwin dengan Irshad. Lelaki itu selalu membahagiakan harinya sehingga satu saat.. "Aku bencikan kau. Sangat-sangat sampai aku tak mampu nak cakap pun. Kau takkan faham apa yang aku rasa, apa yang aku pendam selama ni!" Segalanya berubah. "Abang takkan berhenti sayangkan Ratna Pakaja abang." "Aku lagi pilih untuk kau lepaskan aku." Setiap hari sudah tiada makna bagi Indah. Dia tidak tahu rasanya lagi. Benci? Sayang? Semuanya bercampur. "Kalau kau tak sayangkan dia. Biar aku jadi pengganti kau. Lama dah aku sayangkan dia." "No! His mine. Aku Ratna Pakaja dia. Aku jantung hati dia." Walaupun benci masih menyelebungi diri, dia tidak mahu melepaskan Irshad begitu saja. "Kenapa hacker yang korang cakap hebat tak dapat pun cari suami aku. Kenapa?" "Jangan cakap macam tu." Kehilangan suami dia hampir membuat dia gila. "Saya sayangkan awak..pulanglah. Saya rindukan awak." Warning❗ This story is purely fictional. Read at your own risk. Friday 2 August 2024 A || N
9 parts