"Mana Raisyah?" Irshad mencari kelibat budak kecil berdekatan dengan kawasan Muiz. Tidak kelihatan Raisyah.
"Tak ada la. Aku dah bagi dekat Indah." Muiz memegang lengan Irshad. Pening kepalanya melihat Irshad berulang alik ke kiri dan kanan untuk mencari Raisyah.
"Jom pergi ambil Raisyah."
"Pergi ambil Raisyah ke nak pergi jumpa Indah?" Muiz mengenyit mata.
"Lempang nak?"
"Gurau pun marah. Kau ni sama je macam Maya
Tak ilek langsung." Muiz menjeling sekilas. Gurau je pun. Kalau betul pun tak salah kan, dia setuju saja kalau perempuan itu Indah. Jangan perempuan sewel sudah seperti perempuan-perempuan lain yang tergila-gilakan Irshad."Lagi satu kalau marah tu tanda betul la kan?" Muiz masih mahu mengacau Irshad.
"Ikut aku la betul atau tak pun. Apa kau sibuk."
"Mesti la aku sibuk. Bakal sepupu baru aku tu. Sepupu baru Maya. Kalau Maya tahu mesti dia happy sangat-sangat." Muiz bersyukur jika benar Irshad sudah menyukai Indah. Tidaklah lelaki itu mengingati cinta lamanya.
"Tak payah nak berharap sangat la. Lagi satu, jangan cakap dekat Maya macam tu. Nanti apa pula yang dia buat." Irshad sedikit mengeluh.
"Kau masih rindukan Maira?"
Irshad tidak membalas. Itu nama cinta pertama dia. Gadis yang telah menangkap cintanya.
"Satu je aku nak cakap dengan kau, dia mungkin dah bahagia dengan pilihan dia. Tapi kau?"
'Ya, betul cakap Muiz. Aku masih mencari bahagia disebabkan aku tak boleh lupakan kau Umaira. Aku terima dengan keputusan kau, tapi ikhlas kah aku? Ikhlas ke seorang manusia jika masih mengingati benda yang dia kata dia ikhlaskan?' Irshad mempersoalkan keputusannya. Hatinya masih berat untuk melepaskan Umaira. Tapi dia tidak mahu menyayangi perempuan yang sudah bergelar seorang isteri.
"Aku dah lupakan dia." Irshad menidakkan. Dia tidak mahu Muiz tahu perasaannya.
"Kau ingat aku siapa? Jangan harap la kau boleh bodoh kan aku. Aku tak cukup bodoh lagi untuk kau tipu aku. Aku kenal kau.. aku kenal kau Shad." Muiz sedikit sedih. Dia tidak sangka Irshad ingin menyorok perasaannya. Padahal sejak lahir lagi dia bersama dengan Irshad. Membesar bersama-sama.
"Jangan la macam tu Iz. Aku tak cakap pun kau bodoh dan aku tak berniat pun nak bodoh kan kau." Irshad menarik nafas.
"Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga."
"Aku tahu. Tapi belum tentu lagi kan dia dah jadi isteri orang?" Irshad tidak mahu mengaku kalah. Perasaan sayang tak dapat dia hilangkan.
"Kalau dia dah jadi isteri orang pula? Dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW. Satu dalil yang aku ingat. 'Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya' dari HR Abu Daud : 2175."
Irshad terdiam.
"Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran." Muiz berhenti seketika. Dia menarik nafas panjang.
"Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz iaitu gelaran bagi seorang Raja di Mesir yang mencintai Nabi Allah Yusof A.S dari Surah Yusof ayat 23 hingga 35." Muiz cuba memeras otak. Dia ingin memberikan semua ilmu yang dia ada kepada Irshad tentang hal ini. Dia mahu Irshad berhenti mencintai isteri orang. Jika benar Umaira sudah berkahwin, maka betapa banyak dosa yang Irshad tanggung hanya disebabkan mencintai isteri orang lain selama beberapa tahun.
YOU ARE READING
Ratna Pakaja
FanfictionINDAH LUTHFIA hidup dalam pelbagai trauma tetapi dia cuba melupakan. Dia tidak mahu diri dilihat lemah oleh orang lain hanya disebabkan trauma. Hidup Indah kelihatan bahagia setiap hari tetapi jauh di sudut hati, dia masih merindukan kenangan lama y...