Bab 7 || Ayaaqah

10 0 0
                                    

"Pia nak jumpa grandpa?"

"Jumpa grandpa? Grandpa hidup lagi ke?" Indah saja ingin bertanya. Dia tahu mesti datuk dia dah meninggal.

"Ya. Pergi rumah grandpa. Grandpa cakap nak jumpa dengan cucu dia. Dia rindukan Pia."

Indah terkejut. Dia tidak sangka datuknya masih hidup. Dia ingatkan datuknya sudah meninggalkan mereka semua sama seperti neneknya yang sudah lama berjumpa dengan Tuhan.

Dan datuk dia masih mengingatinya walaupun bertahun-tahun lama.

"Yes dear. Kalau Pia nak tahu, syarikat M & Dika Sdn.. Bhd. milik bapa saudara Muiz tu bekerjasama dengan syarikat grandpa. Dah lama pula tu."

Indah terkejut buat kali kedua. Datuknya mempunyai syarikat? Dia tidak pernah tahu selama ini yang datuk dia menjalani projek perniagaan yang besar seperti ini.

"Dika? Adika?"

"Full name syarikat tu ialah Malik & Adika. You kenal Irshad? Irshad Adika." Indah mengangguk. Baru saja dia mengenali Irshad sebulan yang lepas.

"Syarikat tu milik daddy Irshad. Nama penuh dia Malik Adika. Dia letak nama M & Dika sebab dia nak cakap yang tu syarikat dia bersama anak-anak dia. Dia memang rancang yang dia akan letakkan semua nama anak dia Adika. Tapi rezeki dia hanya dapat Irshad. Anak tunggal dia. So syarikat tu hanya untuk keturunan dia."

Indah mengangguk perlahan. Tak sangka pula keluarga dia mengenali keluarga Irshad.

"Faham-faham."

Indah melihat ke dalam air. Mukanya terpantul pada permukaan air.

Ombak kecil menyentuh kaki.

"Grandpa dah lama kenal dengan daddy Irshad. Tu yang mak su dapat kahwin sepupu Muiz. Sebab keluarga dia dengan grandpa la."

Terasa angin pantai menyentuh pipi Indah. Dia menggosok kedua belah pipinya. Sejuk. Angin kencang meniup rambutnya sehingga tertutup sebelah muka.

Indah membaiki semula kedudukan rambut.

"Mak su.."

"Ya?" Indah diam. Dia mahu bertanya tentang kehidupan Irshad tapi tak pelik ke?

"Ada apa Pia?" Arina bertanya sekali lagi.

"Boleh tak mak su cerita tentang Irshad. Apa yang mak su tahu pasal dia." Indah meluahkan juga permintaan itu. Dia mahu mengenali Irshad dengan lebih mendalam walaupun hal yang di tahu itu bukan dari mulut Irshad sendiri.

"Kenapa Pia nak tahu pasal dia?" Indah menunduk.

"Saja." Itu hanya alasan. Indah benar-benar ikhlas untuk mengenali Irshad.

"Dia anak tunggal. Parents dia pernah bergaduh besar dan hampir bercerai masa dia kecil. Boleh katakan dia ada trauma masa kecil. Dia hidup menyendiri je sebab parents dia tak mampu nak jaga. Masing-masing sibuk."

Indah fokus mendengar. Dia kesiankan Irshad.

"Kebanyakan masa kecil dia hanya diisi dengan pelajaran je. Dia tak dapat nak penuhkan memori masa dia kecil dengan kenangan yang indah. Zaman kanak-kanak dia tak wujud." Arina mengeluh perlahan.

"And kalau Pia perasan, dia selalu tengok cerita kartun."

Indah mengangguk. Bukan sahaja dia melihat, malah dia pula yang mengintai dari jauh.

"Sebab ni la. Dia tak dapat pun nak tengok cerita kartun and anything macam mainan. Dia boleh main time dekat rumah Muiz je."

'Tak sangka hidup awak pun menderita ya. Saya faham perasaan awak.' Indah ingin sahaja mengucapkan ayat itu jika Irshad sendiri yang bercerita.

Ratna PakajaWhere stories live. Discover now