B A B 1

365 19 0
                                    

Part 1:

Some secrets, they say, should be left unnarrated,

But should it remain unwritten when tragedy is the main genre?





24 Disember,

Pap!

Dia memandang sepi bungkusan yang dilemparkan dihadapan wajahnya.

Sugul wajah itu. Pucat kulit putihnya sudah seakan mayat hidup. Air mata yang sudah berkali-kali kering masih tersisa basahnya pada pipi.

"Kau taknak makan hm?"

Jijik dengan suara itu yang susuknya sudah mencangkung sambil merenung sinis wajahnya yang sudah berbirat lebam. Dia masih diam kaku merenung ke satu arah.

"Makan. Jangan sampai aku tambah lagi lebam dekat muka kau, Mel." Arah lelaki itu garang.

"Aku nak keluar. Aku balik semula tengok kau tak usik makanan ni memang nahas kau aku kerjakan."

Terus tangannya bergerak ke arah perut membusung itu. Diusapnya lembut. Mel sudah gugup menanti apa yang bakal dilakukan jantan durjana itu.

"Anak daddy duduk baik-baik ya," Diletak jari telunjuk pada bibirnya sekilas dan ditekap semula pada permukaan perut tersebut. "Jangan mati dulu okey?" Terus dia ketawa perlahan tak ubah seperti orang gila.

Mel memejam erat matanya dengan bibir dikemam kuat menahan sakit luar dan dalam. Bermacam rasa. Takut, tidak berguna, kecewa, sedih, marah, benci... Semuanya!

Pak!

Betis Mel dikuis kasar menggunakan kaki. "Bodoh! Jangan lupa makan! Meratap aje kerja kau." Tengking lelaki itu dan terus dia menapak keluar dari ruangan tersebut. Pintu kayu itu turut dihempas tutup sebelum dikunci daripada luar.

Mel menelan liurnya yang terasa kesat dengan tekak yang kering kontang. Anak mata naik merenung ruang tingkap yang dipasang jaring besi dawai daripada luar.

Cahaya langit cerah itu langsung tidak memberikan harapan dan sinar pada nasibnya.

Sekali lagi, air matanya jatuh.

Tiga hari dia disini sudah cukup membuatnya faham erti neraka sebenar.

Perlahan-lahan tubuhnya cuba diangkat duduk dengan menampan siku pada lantai simen tersebut. Wajah lebam membengkak itu terasa sungguh berbisa namun dihiraukan.

Tangan membuka ikatan plastik. Bukannya dia berselera tapi tidak mahu lebam dan luka bertambah dek tidak mendengar suruhan.

Jujur rasa takut dalam diri Mel menebal.

Sejurus bekas polisterin itu dibuka, nasi dengan seekor ikan goreng dengan kuah kicap terhidang didepan mata. Digagahkan tangan menyuap dan mulut mengunyah walaupun perut menggelodak mahu memuntah isi perut.

Setiap hari, hanya sekali saja dia diberi makan. Air mata yang degil ini masih tetap mengalir memikirkan betapa tergamaknya lelaki yang dicintai sepenuh hati sanggup memperlakukannya seperti ini.

"Aku bagi makan sekali aje. Kau tak payah makan banyak-banyak buat habis duit aje bela kau. Cukuplah nak bagi kau dengan budak ni bertahan hidup. So, makan."

"Tergamak awak buat saya macam ni, Ron." Tangan kiri naik menghapus air mata yang tidak putus-putus mengalir. Kalau tidak difikirkan anak didalam perut, sudah dari hari pertama lagi dia bunuh diri tidak sanggup menelan perit dikhianati begini.








M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now