B A B 8

162 16 2
                                    

Gelas champagne itu ditarik sedikit kuat sehingga terlepas dari pegangan jari runcingnya.

"Sayang... my glass, give it back..." Kia Madelin telalu mabuk tapi berkeras untuk terus-terusan minum tequila itu. Tangannya cuba mencapai gelas tersebut meskipun keadaannya sudah terliuk lentok tidak tentu arah.

"Stop, Kia!" José terpaksa meninggikan suara melihat tingkah Kia Madelin yang langsung tidak memikirkan keadaannya sendiri.

Ketagih dengan alkohol sampai tidak terkawal!

"Kenapa you ni?! I nak minumlah!" Kia Madelin menjerkah tidak sengaja akibat terdorong emosi.

José yang sedikit tersentak itu pantas menghembus nafas panjang. Gelas kaca itu diletakkan diatas meja bar.

Kia Madelin kembali lalok. Matanya terkatup lena didalam dakapan José yang tenang menampung tubuh kekasihnya itu.

José berkerut merenung wajah Kia Madelin. Kepalanya sarat dengan pelbagai soalan dengan perubahan sikap Kia sejak dia pulang dari outstation dua minggu yang lepas.

"It's okay, sayang. I'm fine here lagipun ada Mel. You jangan risau... Just be safe in Dublin and fly back fast after you have done with your work, okay?" Kia Madelin mengusap manja rahang berjambang nipis José. Lelaki itu hanya mampu mengeluh panjang.

Mana tidaknya. Ini pertama kali dia kena bekerja luar tanpa membawa Kia Madelin. Kerja kali ini juga memerlukan dia berpisah dengan kekasih hati sementara selama dua minggu. Jadual kerja pula bercanggah jadi tidak dapat membawa Kia Madelin bersama.

'What made you changed this much, Kia?' Getus hati José yang tidak terluah. Runsing dia memikirkan perubahan Kia Madelin yang semakin ketagih meneguk alkohol. Dulu, minum-minum pun masih terkawal tapi sekarang, tengoklah. Sampai tidak sedarkan diri.

"Hm... my drink, José..." Masih lagi Kia Madelin menggumam mahukan minumannya sedang mata itu terkatup dengan kerutan dahi.

"You need to stop, Kia. Enough for now. Jom kita balik dulu." Tutur José dengan nada yang lebih lembut tidak mahu diajak berbalah. Makin mengeruhkan keadaan dengan suasana bingit disekeliling yang tidak membantu.

"No, come on bro... Look," lelaki itu menggantungkan lengannya diatas bahu José dengan selamba. José sudah menggerutu mengetap rahang. "Kia is still down for more. It's still early to call it a night." Tambahnya yang membatu api.

"Hands off, Marvin." Amaran José berbunyi tegas. Lelaki yang bernama Marvin itu mengangkat kedua tangannya menyerah. "Woopsie."

Dia terus beredar dan menyambung partinya semula sambil meneguk gelas arak yang entah keberapa kali diulang.

Tanpa aba-aba, José terus mencempung tubuh Kia Madelin yang sudah terlentok mabuk. Gumaman Kia Madelin dan pukulan longlainya yang hampir tidak terasa didada kekar José itu dibiarkan. Cepat langkah besarnya menapak keluar dari kelab tersebut.








"Kia Kia... Macam mana boleh jadi macam ni Kia?" Melmawar mengesat lembut tuala basah tersebut pada sisi wajah Kia Madelin.

"Apalah yang sedap sangat air tu sampai kau kerap sangat mabuk sekarang ni." Omel Melmawar yang sedang mengelap tubuh Kia Madelin yang sudah tertidur pulas itu dengan kain basah.

Selepas José meletakkan Kia Madelin diatas katil seperti selalu, dia dapat melihat riak wajah lelaki itu yang tegang dan serabut. José juga mengeluh dan merenung wajah kekasihnya beberapa saat sebelum dia beransur pulang.

Entah apa yang berlaku dengan mereka, Melmawar tidak dapat menebak. Pasangan itu tidak ada pula nampak bergaduh atau berenggang.

Kemana-mana saja bersama tak ubah macam belangkas. Tapi macam ada yang tidak kena sejak kebelakangan ini.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now