B A B 9

199 19 6
                                    

Dum!

Bergema bunyi rempuhan pintu tersebut. Terkinjat Hanif namun tidak sempat dia menoleh–

Pak!

"Argh!"

Tersungkur lelaki itu apabila satu sepakan keras dilibas ke sisi kepalanya. Tubuh yang cuba menindih Melmawar tadi terus berguling ke tepi.

Srap!

Kot ditubuh dibuka lalu dihampar pada tubuh Melmawar yang separa sedar dan lemah terbaring. Terus dia meluru ke arah Hanif yang masih mengerang sakit.

"Harkh!!" Erangan Haniff bergema lebih lantang apabila sisi wajahnya dipijak pula dengan tapak Destin Loafer berkulit hitam itu. Tapak itu ditekan kuat sehingga terasa mahu retak tempurung kepala Hanif. Makin kuat erangannya bergema. Hanif menepuk laju pergelangan kaki yang kukuh itu tanda mengalah.

"Hands off me, b*stard!" Jerkahnya pada Hanif yang jijik disentuh sekaligus menekan lagi tempurung kepala si bedebah.

"Sampai ke luar dengar suara sangap kau. Tak belajar sivik ke main sentuh anak dara orang ni? Aku yang tak Islam pun faham consent. Dasar baruah. Ptuih!"

Lelaki itu meludah tepat pada wajah Hanif yang masih dipijaknya. Jantan dengan perangai yang merosakkan reputasi kaum adam memang layak kena ludah!

Melmawar yang masih berusaha untuk sedar dalam keadaanya terasa separuh mati itu dapat mengecam suara lelaki tersebut. Mata yang separa terbuka itu dipaksa celik untuk melihat gerangan yang cuba menyelamatkannya.

"José–"

Gelap.

Manakala Mus dan Amir meluru masuk dan apabila memahami arahan mata José, mereka berdua mengangkat Hanif.

"Woi! Le–Lepaskan aku! Kauorang nak bawa aku pergi mana?! Lepaslah!"

Seutas tali nylon cable zip diatas rak itu dicapai lalu Mus terus mengilas dan mengikat tangan Hanif. Manakala Amir menjolok kain buruk yang digumpal ke dalam mulut lelaki itu.

Hanif yang tidak berhenti meronta-ronta itu membuatkan Amir berdecit rimas lalu sebuah tumbukan padu dihadiahkan ke wajahnya. Dan itu terus mendiamkan si pencabul sehingga terkulai tidak sedarkan diri.

"Mazmorra." Sepatah perkataan itu sudah cukup memahamkan Mus dan Amir dan serentak mereka mengangguk sekilas lalu membawa keluar Hanif dari situ.

Keluhan panjang dilepaskan.

"Padanlah aku call kau tak angkat." Tangan bercekak pinggang sambil menatap Melmawar yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Niat mahu meminta pertolongan berkenaan Kia Madelin terbantut apabila gadis ini lebih berada didalam situasi bermasalah.

Disebabkan panggilan Melmawar tidak berjawab, diserbunya tempat kerja gadis itu apabila telefon bimbitnya dijejaki tadi masih berada disini.

Siapa sangka, pertama kali dia menjejakkan kaki ke bangunan ini malah disajikan dengan situasi Melmawar hampir dicabul.

José mencangkung sambil matanya tidak lepas merenung Melmawar. Pertama kali dia melihat wajah ini tanpa kain yang sentiasa melitupi rambut gadis itu dan tatapannya terpaku pada luka dipinggir bibir tersebut. Masih bersisa air mata pada bibi basah yang semakin jelas lebamnya itu.

"Kalaulah aku lambat tadi..." Dia menggeleng kepalanya perlahan memikirkan apa yang bakal terjadi jika situasi tidak menyebelahi Melmawar tadi.

"Ingat, I'm your saviour." Spontan itu yang terkeluar dari mulutnya. Terus dia melutut. Kedua tangan dipanjangkan mengangkat batang leher halus itu lalu ditempatkan diatas lengan kekarnya. Sebelah tangan lagi mula beralih pada pelipat dibawah lutut. Sempat kot yang ditebar menutupi tubuh Melmawar dibetulkan agar menutupi kawasan terdedah.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now