B A B 5

189 17 2
                                    

Bam!

Buk!

"Allahuakbar!"

Terus lesap fikiran yang menerawang. Membuntang matanya apabila keretanya bergeser dengan pembahagi jalan. Stereng terus dipusing habis berlawanan arah.

Tayar kereta yang sudah hilang kawalan itu mula bergerak tidak tentu arah.

"Argh!!" Jeritan itu hanya didengari dia saja didalam kereta.

Srettt!!

Bam!

Kereta tersebut melanggar tiang lampu isyarat. Tubuhnya terlepas kedepan dek momentum perlanggaran yang kuat dan menghasilkan bunyi hentakan.

"Tsttt..." Kepala yang terhantuk pada cermin depan itu membentuk kesan retakan disitu. Darah pada hidung mengalir laju.

Mata sudah berbalam-balam. Kepala terasa ringan, melayang dan berputar-putar.

"Allah..." Itu saja yang terlepas dari ulas bibir Melmawar sebelum semuanya berubah gelap.

Jeda.








"Doc, patient dah sedar."

Sempat suara itu menampar pelupuk telinga.

Doc? Dia dimana?

Mata cuba dibuka. Cahaya lampu kalimantang diatas kepala memancar garang. Berkerut dahi Melmawar.

"Cik... Cik dah sedar?" Suara itu pula. Terasa kelopak matanya disentuh dan dibuka luas kiri dan kanan.

"S—sakit." Tangan naik memicit kepala.

"Jangan sentuh kuat sangat, cik. Kepala cik benjol lebam." Makin jelas siapa yang berada dihadapan matanya sekarang. Seorang doktor perempuan India dan seorang jururawat melayu sedang merawatnya.

"Kalau cik dah sedar nanti dan cik nak balik, boleh aje. Nurse akan tolong berikan ubat untuk luka cik. Result x-tray pun kita bagi sekali."

Okey. Dia dah faham. Semua yang terjadi dah bercantum sempurna dalam ingatan.

Dia accident dan dibawa kesini. Okey, faham.

Melmawar mengangguk perlahan. Dia masih cuba biasakan dengan keadaan kepala yang terasa berdenyut-denyut pada bahagian yang terhantuk itu. Nasiblah tiada apa-apa.








"Ha?!" Meninggi suara kaget Melmawar. Pantas dia menekup mulutnya. "Sorry sorry. Tapi siapa? Takkan dia tak bagi nama ke apa?" Melmawar menyoal jururawat dibahagian kaunter.

"Maaf cik. Orang tersebut minta identitinya dirahsiakan dan kami tak boleh nak sebarkan maklumat jika diminta. Dia cuma bayarkan kos rawatan cik dan pergi." Balas jururawat tersebut sebelum dia beredar membuat kerja lain.

Melmawar melepaskan keluhan dan berpusing untuk beredar.

"Pstt kak," Panggilan itu membuatkan Melmawar menoleh pada seorang gadis muda yang memegang penyapu dan penyodok. Dia melambai-lambai tangannya agar Melmawar menghampiri. Berkerut dahi Melmawar dibuatnya. Kenal ke? Tapi dia tetap melangkah mendekati gadis itu.

"Akak cari orang yang bayar kan? Tu," Ditunjuknya kearah pintu utama lobi. "Dia baru aje keluar. Pakai kemeja biru gelap. Dia yang bayarkan. Saya pasang telinga tadi hehe." Dengan sengihan, gadis itu memberitahu.

"Terima kasih dik!" Berdesup Melmawar berlari kearah yang ditunjuk. Dia memang mahu berjumpa dengan orang yang menanggung perawatannya. Mungkin tak seberapa tapi dia tetap tidak mahu berhutang duit apantah lagi terhutang budi. Dia mampu saja bayar sendiri.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now