B A B 14

191 33 16
                                    

Suasana di antara mereka sunyi.

Jose memberikan ruang kepada Melmawar untuk menenangkan diri sendiri. Dia yang duduk di kerusi panjang di hujung katil itu tidak lepas merenung gadis itu.

Melmawar bermain dengan jari-jemari sendiri apabila tercuit satu rasa asing selepas mendengarkan ayat Jose tadi.

"Kau bertenang dulu. Take as much time as you need. Aku ada aje dekat sini."

Kenapa lelaki ini... lain?

Butir bicaranya.

Nadanya.

Pandangannya.

"Okey?"

"Huh?" Spontan Melmawar mengangkat kepala dan menggumam. Wajahnya terkebil-kebil. Dia masih janggal.

"Kau dah okey?" Soalnya semula lebih perlahan dan lebih jelas. Tenang sambil kedua tangan melipat ke dada. Kening terjungkit menyoal.

Melmawar mengangguk laju. "Okey."

"Good then. Rehat dan tidur dulu. Aku nak keluar sekarang."

Mendengarkan itu, mata Melmawar membesar luas. Tidur dulu?!

Tidak. Dia tak nak berada disini. Cukuplah dia banyak menyusahkan jejaka ini dengan masalah-masalahnya.

Sudahlah ini kali kedua.

Malu dan rasa serba salah yang teramat sudah menebal.

"Tak!" Jose yang sudah berdiri dari duduknya itu terhenti pergerakannya untuk berlalu pergi. Kening ternaik sebelah sambil menatap gadis itu yang sudah berura-ura untuk turun daripada katil.

"Saya nak balik. Sa–saya dah banyak menyusahkan awak jadi saya nak balik sekarang."

José berdecit nipis. Haru betullah. Rambut disebak sambil tangan sebelah mencekak pinggang.

"Dengar tak? Saya. Nak. Balik." Satu-satu ditekan biar faham. Melmawar nekad.

Tidak mengalah dia mendekati Jose yang langsung tidak memandangnya. Riak rimas Jose itu dihiraukan.

Ada dia kisah? Dia nak balik.

"Awak dengar tak ni? Saya nak balik. Cukuplah setakat ni. Awak dah tolong saya macam-macam jadi saya tak nak menyusahkan lagi." Dengan kepala yang melangut mengejar anak mata Jose, Melmawar tetap tidak mengalah selagi tidak mendapat jawapan lelaki itu.

Mengguling mata José mendengarkan itu. Kepalanya didongakkan keatas dan mata dipejamkan seketika dibuka semula menatap siling.

"José! Saya cakap dengan awak ni, ish!" Melmawar geram. Dia mengepal tangannya menahan geram apabila lelaki itu sengaja menghiraukannya. Keluhan kasar berbunyi dari ulas bibir José.

"José! Saya nak—"

Pak!

"I ain't asking, Miss Mawar. I am telling you and with all due respect, listen." Suara José dicelah gigi. Kesabaran dipupuk tinggi berhadapan perempuan yang satu ini.

"Aku suruh kau rehat dan tidur. Jadi, kau rehat dan tidur dekat sini. Apa yang susah sangat nak faham. Kau tu masih demam. Cuba dengar dan jangan degil, Mawar."

Melmawar terdiam. Matanya membuntang apabila wajah José separasnya kini. Tubuh lelaki itu membongkok merapatkan jarak renungan diantara mereka.

Tindakan José yang tiba-tiba itu langsung membuatkan dia hilang bicara.

Mana yang tadi mendesak sangat tu? Terdiam? Heh.








"Ini rakaman cctv depan JDOSE semalam, maestro."

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now