B A B 7

184 15 2
                                    

Langkah kecilnya pegun seketika. Telinga mendengar bunyi bergema yang sayup-sayup. Mata melilau mencari punca bunyi.

Sesaat matanya terpaku pada arah hujung laluan. Dia menapak kearah itu dengan rasa tertanya-tanya yang sarat disulami sedikit rasa gemuruh.

'You can roam anywhere but not here.'

Sambil menapak, isi kepala tengiang-ngiang pesanan itu. Tapi langkah kaki tetap mendekat. Persetankan semua, dia nak tahu. Bukan apapun kan?

Bunyi itu semakin kuat apabila dia semakin hampir. Bunyi seakan hentakan bertubi-tubi diselangi satu bunyi yang sukar dijelaskan seperti apa.

Kini dia melangut berdiri didepan pintu mahogani hitam itu dengan tangan sebelah setia mengusung mainan kapal layar. Bunyi tersebut sangat jelas dan sederhana kuat seakan-akan ruang disebalik pintu itu luas dan jauh jaraknya.

Tangan mula memegang tombol emas itu mahu dipulas buka.

Klak!

Pintu dibuka dari dalam membuat jantungnya hampir jatuh. Saat yang sama tangannya yang bergayut pada tombol terlepas dan tubuhnya terdorong kedepan.

Susuk tinggi lampai di depannya juga tidak kalah terkejut apabila anak kecil separas pinggang itu berdiri didepannya.

Tubuh kecil itu ditolak keluar tergesa-gesa.

"I said not here, kenapa degil?!" Keras suara lelaki tinggi lampai itu yang dikawal nadanya.

Klak!

Sembari pintu ditutup cepat.

Namun, saat itu matanya sempat mengerling kearah dalam ruang tersebut. Matanya sempat menangkap sesuatu.

Inverted triangle ... horizontal 'X'... hooks... smaller 'V'...

Sekejap sangat. Tidak jelas apa yang ada didalam sana.

"S—sorry dad—"

Tubuh kecilnya ditolak dan diheret pergi dari situ. Bahunya dipegang kukuh oleh tangan besar itu dan langkah kecilnya terkial-kial mengikuti langkah laju lelaki yang dipanggil daddy.

"Bibik! Bibik!" Bergema suaranya menjerit.

"Y–Ya pak."

"Aku suruh kau jaga anak aku jangan sampai dia pergi tingkat tiga kan?! Kau buat apa?! Makan gaji buta?!" Melengking suaranya memarahi pembantu rumah yang sudah terkulat-kulat menanti masa untuk menangis itu.

"Ma–maaf, Tuan Rex. Saya tadi lagi—"

"Ni last warning! Jadi lagi sekali, kau aku pecat. Faham?!" Laju pembantu rumah itu mengangguk lalu tangannya menarik anak majikannya dan dibawa jauh dari situ.

"Sayang bangun!"

Terus tegak duduk José dari lenanya. Tubuhnya berkeringat dari hujung kepala. Tubuh kekar yang bertelanjang sehingga pinggang itu menampakkan dada yang bergelora kasar.

"You got a nightmare ke?" Suara Kia Madelin yang seakan memujuk dan terselit nada risau itu membuatnya sedar. Nafas diatur tenang. Rambut yang terjuntai kedepan diraup kebelakang.

What the hell...

Kenapa mimpi itu setelah dua tahun?  José menyoal sendiri didalam hati.

"Nothing. I stress sangat kut." Balasnya tidak mahu Kia Madelin risau.

"You're not lying to me, right? You're drenched in sweat, José." Kia masih lagi menyoal. Tangannya mengusap belakang José cuba menenangkannya.

M E L M A W A R [SU]Where stories live. Discover now